backup og meta

Benarkah Asid Folik Tingkat Peluang Hamil Anak Kembar? Jika Tidak Pun, Ia Masih Penting!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

    Benarkah Asid Folik Tingkat Peluang Hamil Anak Kembar? Jika Tidak Pun, Ia Masih Penting!

    Ramai wanita mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan untuk mengurangkan risiko bayi mereka mempunyai kecacatan tiub neural, seperti spina bifida.

    Di Amerika Syarikat, penambahan asid folik dalam sarapan bijirin dan roti wholemeal sejak 1998 telah mengurangkan insiden spina bifida sebanyak 19 peratus.

    Di sebalik tujuan asal pengambilan asid folik untuk mengelakkan kecacatan, terdapat dakwaan bahawa asid folik meningkatkan peluang hamil anak kembar.

    Sejauh manakah kebenaran dakwaan yang kata asid folik boleh jadi cara mendapatkan anak kembar tanpa ada keturunan ini?

    Suplemen & kehamilan

    kembar

    Peningkatan kadar kehamilan anak kembar didapati berlaku di kebanyakan negara-negara Barat.

    Sebagai contoh, di Australia terdapat peningkatan kejadian kembar daripada 9 daripada 1000 kehamilan pada tahun 1977 menjadi 15.1  daripada 1000 kehamilan pada tahun 2000.

    Kejadian kembar adalah tinggi terutamanya pada wanita berusia 35-39, dan satu perempat daripada peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan usia ibu.

    Punca lain adalah disebabkan rangsangan ovari dan teknologi bantuan reproduktif.

    Sementara itu, dalam satu kajian di Swedish, analisis rekod 2569 wanita yang mengambil suplemen asid folik mendapati seramai 2.8 peratus melahirkan bayi kembar.

    Ini berbeza dengan peratus kelahiran kembar sebanyak 1.5 peratus dalam populasi Sweden umum.

    Punca perbezaan ini tidak dapat dipastikan.

    Kumpulan saintis yang terlibat dengan kajian tersebut mengandaikan kebarangkalian faktor lain yang memainkan peranan seperti usia ibu yang lebih tua dan penggunaan IVF.

    Mereka juga mengandaikan kemungkinan asid folik meningkatkan kebarangkalian ovulasi berganda atau implantasi lebih dari satu telur.

    Asid folik adalah cara mendapatkan anak kembar tanpa ada keturunan?

    kembar

    Kajian lain di Hungary juga menunjukkan peningkatan kehamilan kembar dalam kalangan ibu yang mengambil asid folik berbanding ibu yang tidak mengambilnya.

    Namun begitu, masih ramai pakar kesihatan yang tidak yakin dengan penyelidikan sedia ada.

    Dalam dua kajian di UK, tiada perbezaan ketara dalam peluang mendapatkan bayi kembar pada ibu yang mengambil asid folik.

    Para penyelidik yang menulis dalam jurnal perubatan Lancet, menyimpulkan bahawa tidak ada bukti bahawa suplemen asid folik dikaitkan dengan kadar peningkatan kembar.

    Sementara perbandingan semua kajian-kajian tentang topik ini oleh Food Standards Australia New Zealand mendapati terdapat kemungkinan kaitan antara pengambilan asid folik dan kejadian kembar.

    Kajian lebih besar yang melibatkan ibu muda yang mempunyai peluang sama rata memiliki kembar dan tidak menjalani rawatan kesuburan patut dilakukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan