backup og meta

Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/07/2022

    Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

    Anda risau akan terbuang air besar ketika proses bersalin normal nanti? Jangan begitu. Ia perkara biasa terjadi. Ikuti penjelasan ini terlebih dahulu sebelum berasa malu, okay?

    Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

    Terberak ketika proses bersalin normal

    Mungkin anda pernah mendengar ada yang mengatakan ia sesuatu perkara yang tidak wajar untuk terbuang air besar ketika melahirkan anak.

    Namun hakikatnya, terdapat kemungkinan untuk anda terberak semasa meneran

    Paling tidak, ketika proses bersalin normal itu, anda mungkin berasa seperti ingin mengeluarkan sesuatu yang besar daripada badan anda.

    Pada dasarnya, perasaan terasa seperti ingin berak itu hanyalah cara tubuh anda mengatakan bayi akan dilahirkan. 

    Terbuang air besar vs melahirkan anak

    Umumnya, ketika proses bersalin normal berlaku, badan akan mengeluarkan lendir, darah, air ketuban dan mungkin juga kekotoran seperti najis.

    Walaupun kedengaran agak memalukan ‘terberak ketika bersalin’, tetapi ia sebenarnya cara yang perlu anda lakukan untuk mengeluarkan bayi. 

    Sekiranya masih ada rasa malu dan risau membelenggu diri, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk memahami dengan lebih lanjut.

    Kenapa terbuang air besar ketika proses bersalin normal?

    Pertama sekali, anda harus menjangkakan bahawa anda akan membuang air besar sebelum bersalin. 

    Malahan, mengalami cirit-birit atau terasa ingin berak boleh menjadi antara tanda awal bersalin menjelang beberapa hari sebelum EDD

    Keadaan itu berlaku disebabkan oleh pelepasan hormon yang disebut prostaglandin. 

    proses bersalin normal

    Kemudian semasa bersalin, bahagian badan bayi – biasanya kepala – yang mengetuai jalan keluar akan melalui saluran kelahiran dan menekan reseptor regangan pada usus besar

    Secara tidak langsung, ia merangsang saraf sakral dan menghantar mesej ke otak bahawa anda perlu membuang air besar.

    Biasanya, keadaan ini hanya akan berlaku apabila kedudukan bayi sangat rendah. 

    Pun begitu, dalam kedudukan tertentu seperti oksipital posterior – bahagian belakang kepala bayi bertentangan dengan punggung ibu – atau kedudukan songsang (breech), ia boleh menyebabkan saraf dirangsang sebelum waktunya. 

    Terdapat juga fetal ejection reflex yang berlaku disebabkan tekanan pada serviks dan faraj – mengakibatkan keinginan untuk meneran.

    Gabungan faktor-faktor ini akan menghasilkan tekanan dan menekan stinkfer dubur – membantu menurunkan bayi dan najis yang terdapat pada rektum.

    Perlu difahami, sering kali, jika anda terbuang air besar semasa melahirkan anak, ia dalam jumlah yang sedikit sahaja. 

    Terberak atau tidak?

    Terdapat banyak yang berlaku di bawah sana semasa prosedur kelahiran. Tetapi ramai wanita masih dapat merasakan bahawa mereka terberak, walaupun diberikan suntikan epidural.

    Atau mungkin anda terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Namun, percayalah, ia bukan 1 masalah besar.

    Jika anda terbuang air besar, jururawat akan membersihkannya dengan berhati-hati dan mengelapkan punggung dengan lembut. 

    Baca juga:

    • Tengah Kira Detik Bersalin? Ini Tip Meneran Untuk Ibu, Boleh Rendahkan Risiko Koyakan!
    • Ibu Hamil WAJIB Tahu Teknik Pernafasan Yang Betul, Ia Pemudah Ketika Bersalin Nanti

    Terselit kebaikan yang tidak diketahui

    proses bersalin normal

    Sudah tentu jika ditanya pada hospital, jumlah wanita yang terberak semasa bersalin, tiada data untuk diberikan. 

    Tetapi ia adalah perkara biasa untuk terjadi. Ini kerana otot yang digunakan ketika melahirkan adalah sama dengan membuang air besar.

    Jika berasakan terberak itu perkara yang memalukan, mungkin fakta yang akan dibaca boleh mengubah fikiran anda.

    BMenurut doktor dari Pusat Obstetrik dan Ginekologi di Orland Health, Dr Christine Greves, “Jika seorang wanita itu terbuang air besar semasa proses bersalin normal, itu bermakna mereka menggunakan otot yang betul.”

    Haaa…itu bermakna terberak ketika melahirkan anak itu bukanlah perkara yang tiada kebaikan langsung ya, wahai ibu semua.

    proses bersalin normal

    Lakukan 3 perkara ini

    Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan usus lancar dan bersih sebelum anda bersalin, seperti:

    1. Pengambilan makanan serat

    Lebihkan pengambilan makanan serat menjelang kelahiran. 

    Ia bukan sahaja baik untuk bayi tetapi dalam masa yang sama membantu badan untuk membersihkan najis secara semula jadi ketika rahim mula mengalami kontraksi.

  • Banyakkan pengambilan cecair
  • Meminum air secukupnya akan membantu menyediakan badan anda untuk proses maraton yang akan datang.

    Dalam masa yang sama ia akan membuatkan usus anda terus bergerak.

    1. Kekerapan ke tandas

    Pada peringkat awal melahirkan anak dan sebelum keseronokan sebenarnya bermula, keraplah ke bilik air.

    Ia adalah untuk memberi peluang kepada tubuh anda buang air kecil dan air besar sebelum mula meneran.

    Usah malu

    Jadi jika anda terbuang air besar semasa proses bersalin normal, usah malu kerana ia adalah perkara biasa yang terjadi semasa proses kelahiran. 

    Apa yang penting, anda perlu memastikan diri kekal berada dalam keadaan tenang bagi memudahkan kelahiran si kecil, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan