Nak Tahu Keadaan Janin, Kena Pantau Degupan Jantung Bayi Dalam Perut, Tapi Selamat Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Boleh ke kalau nak buat pemantauan kadar denyutan jantung janin atau ia berisiko mendatangkan mudarat? Ini apa yang ibu mengandung harus fahami sebelum melakukannya.

Pemantauan kadar denyutan jantung janin

Pemantauan kadar denyutan jantung janin atau fetal heart monitoring adalah prosedur untuk mengukur degupan jantung dan irama bayi dalam kandungan (janin).

Ini membolehkan doktor melihat bagaimana keadaan bayi anda.

Pemantauan itu mungkin dilakukan semasa lewat kehamilan dan ketika prosedur bersalin berlangsung. 

Denyutan jantung janin secara purata adalah antara 110 dan 160 degupan seminit. Ia boleh berubah-ubah antara 5 hingga 25 denyutan seminit. 

Perubahan berlaku ketika bayi bertindak balas terhadap keadaan di dalam rahim anda.

Jika kadar denyutan janin tidak normal, itu mungkin bermaksud bahawa bayi anda tidak mendapat cukup oksigen atau mempunyai masalah lain. 

2 jenis pemantauan kadar denyutan jantung 

Umumnya, terdapat 2 kaedah untuk melakukan pemantauan jantung janin:

Pemantauan jantung janin luaran

Kaedah ini menggunakan alat untuk mendengar dan merakam degupan jantung bayi melalui perut (abdomen) ibu mengandung. 

Salah satu jenis monitor adalah alat ultrasound Doppler. Ia sering digunakan semasa temujanji pranatal untuk mengira degupan jantung janin. Alat yang sama turut digunakan untuk memeriksa degupan jantung bayi semasa bersalin. 

Untuk melakukan prosedur ini, probe ultrabunyi (transducer) diikat ke perut anda. Ia akan menghantar bunyi kadar denyutan jantung bayi ke komputer. 

Kadar dan corak degupan itu akan dipaparkan pada skrin dan dicetak ke atas kertas.

kadar denyutan jantung

Pemantauan jantung janin dalaman

Kaedah ini menggunakan wayar nipis (electrode) yang diletakkan pada kulit kepala bayi anda. Wayar itu akan dimasukkan daripada saluran serviks dan disambungkan ke monitor.

Umumnya, kaedah ini dikatakan dapat memberi bacaan yang lebih baik kerana isu seperti pergerakan tidak akan mempengaruhinya. 

Namun cara ini hanya dapat dilakukan apabila kantung yang berisi cecair yang mengelilingi bayi semasa kehamilan (kantung amniotik – air ketuban) telah pecah dan saluran serviks dibuka.

Doktor mungkin akan menggunakan prosedur pemantauan kadar denyutan jantung bayi dalaman jika pemantauan luaran tidak memberikan bacaan yang baik.

Selain itu, kaedah ini juga akan dilakukan untuk membolehkan doktor memerhatikan bayi lebih dekat semasa proses kelahiran.

Semasa bersalin, doktor akan memerhatikan kontraksi rahim dan denyutan jantung bayi anda. Ia membolehkan kekerapan anda kontraksi dan tempohnya diketahui. 

Oleh sebab degupan jantung janin dan kontraksi dicatatkan pada masa sama, hasilnya dapat dilihat bersama dan dibandingkan.

Doktor mungkin akan memeriksa tekanan di dalam rahim semasa melakukan pemantauan jantung janin dalaman. Bagi melakukannya, tiub nipis (catheter) melalui serviks dan ke dalam rahim.

Hasil bacaan tekanan rahim akan dihantar ke monitor.

Perlu ke ibu mengandung melakukan pemantauan ini?

Pemantauan degupan jantung janin sangat membantu jika kandungan berisiko tinggi. Kehamilan akan dikategorikan sebagai berisiko jika anda menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi.

Ia juga berisiko tinggi jika bayi tidak berkembang atau membesar sebagaimana yang sepatutnya. 

Prosedur pemantauan kadar denyutan jantung janin mungkin digunakan untuk memeriksa bagaimana ubat-ubatan bersalin pramatang mempengaruhi bayi anda.

Ubatan tersebut digunakan untuk membantu mengekalkan proses bersalin agar tidak berlaku terlalu awal.

Pemantauan kadar jantung janin boleh digunakan dalam ujian lain seperti:

  • Ujian tanpa tekanan mengukur degupan jantung janin semasa bayi bergerak
  • Ujian tekanan kontraksi – mengukur degupan jantung janin bersama dengan pengecutan rahim. Kontraksi dicetuskan dengan ubat atau kaedah lain
  • Profil biofizik (BPP) – menggabungkan ujian tanpa stres dengan ultrabunyi

Perkara yang boleh mempengaruhi degupan jantung janin semasa bersalin adalah:

  • Pengecutan rahim
  • Ubat sakit atau anestesia (anesthesia) yang diberikan semasa bersalin
  • Ujian dilakukan semasa bersalin
  • Mendorong semasa fasa kedua bersalin

Doktor mungkin mempunyai sebab lain untuk melakukan kaedah kadar denyutan jantung janin.

Risiko yang perlu ibu mengandung fahami

Radiasi tidak digunakan dalam ujian ini. Transduser biasanya tidak akan menimbulkan rasa tidak selesa.

Pun begitu anda mungkin akan mendapati tali pinggang elastik yang menahan transduser menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Tetapi tali pinggang tersebut boleh dilaraskan mengikut keperluan.

pemantauan kadar denyutan jantung janin luaran

Dalam prosedur pemantauan kadar denyutan jantung dalaman, anda mungkin akan mengalami sedikit ketidakselesaan ketika elektrod dimasukkan ke dalam rahim anda. 

Walau bagaimanapun, wujud risiko pada kaedah pemantauan dalam termasuklah jangkitan dan lebam pada kulit kepala bayi atau bahagian badan yang lain. 

Kaedah pemantauan dalaman juga tidak boleh dilakukan jika ibu mengandung positif HIV. Ini kerana anda mungkin menyebarkan jangkitan kepada bayi. 

Risiko lain mungkin boleh berlaku bergantung kepada keadaan kesihatan khusus anda.  

Jika terdapat sebarang kebimbangan atau keraguan, anda disarankan berbincang dengan doktor sebelum melakukan sebarang prosedur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Tahu Mengapa Ibu Hamil Senang Alami Mood Swings? Ada Kaitan Dengan 7 Hormon Ini!

Mood swings dengan ibu mengandung ibarat irama dan lagu, sukar dipisahkan. Tetapi perubahan hormon apakah yang menjadi punca kepada keadaan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan satu parameter penting yang perlu dipantau oleh ibu hamil. Ketahui 9 fakta menarik mengenainya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/07/2020 . 3 minit bacaan

Cyst Ketika Hamil Bahaya? Jika Mak Buyung Mendapat Cyst Ovari, Ambil Tahu Fakta Ini!

Cyst ketika hamil merupakan sesuatu yang kerap berlaku. Sakit perut dan sakit pada bahagian pelvis merupakan antara tanda cyst ketika mengandung.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jantina bayi

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
parut czer

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
kehamilan berisiko tinggi

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
kontraksi

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan