backup og meta

Bila Perlu Maklumkan Majikan Tentang Kehamilan Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/07/2020

    Bila Perlu Maklumkan Majikan Tentang Kehamilan Anda?

    Sudah tentu anda teruja saat mengetahui kehamilan anda, apatah lagi jika sudah lama menunggu untuk hamil. Tetapi bagaimana kalau anda seorang wanita yang berkerjaya? Perlukah berkongsi dengan bos mengenai berita kehamilan anda?

    Berkongsi berita tentang kehamilan

    Berita mengenai kehamilan pasti 1 perkara yang mampu membuatkan sesiapa untuk menjadi teruja, khususnya buat pasangan anda, keluarga dan juga sahabat-sahabat terdekat.

    Walau bagaimanapun, bagi seorang bakal ibu, semestinya anda tertanya-tanya adakah perlu untuk menyampaikan berita yang anda sedang hamil kepada pihak atasan seperti bos dan juga rakan sekerja?

    Sudah tentu ini merupakan tindakan yang perlu. Ia sekurang-kurangnya menjadikan mereka lebih maklum tentang keadaan anda. 

    Manfaat berkongsi berita anda hamil di tempat kerja

    Memberitahu mengenai kehamilan anda kepada rakan sekerja boleh dianggap penting. Ia bukan sekadar untuk berkongsi kegembiraan, tetapi lebih daripada itu.

    Ini terutamanya jika pekerjaan yang dilakukan bakal ibu itu memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, meletihkan, melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia atau perlu berhadapan dengan individu yang sakit.

    Dengan memaklumkan mengenainya, syarikat anda mungkin dapat memberikan kelonggaran berkaitan tugasan harian yang perlu dilakukan setiap hari. Semakin ringan pekerjaan yang perlu dilakukan, maka akan berkuranglah risiko berbahaya kepada keadaan anda dan juga kandungan. 

    Kebanyakan wanita memilih untuk memaklumkan berita kehamilan itu ketika kandungan hampir memasuki trimester kedua. Tindakan seperti ini pastinya akan meningkatkan kecenderungan untuk berlakunya risiko keguguran.

    perlu ke maklumkan kepada majikan mengenai kehamilan anda?

    Mencari masa yang sesuai

    Anda mungkin berasakan bahawa anda boleh menunggu masa yang sesuai sebelum memberitahu kepada bos dan rakan sekerja mengenai kehamilan anda. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan.

    Terdapat 2 faktor harus difikirkan dalam menentukan masa sesuai untuk memaklumkan mengenai anda hamil, antaranya:

    Apabila anda memikirkan mengenai kedua-dua perkara di atas, pastinya ia dapat membantu untuk menentukan waktu sesuai memaklumkan tentang kehamilan anda kepada pihak atasan dan juga rakan sekerja.

    Anda juga boleh memilih untuk melakukan rawatan dan pemeriksaan doktor terlebih dahulu bagi mengetahui mengenai keadaan kehamilan anda sebelum berkongsikan berita tersebut. Ini sekurang-kurangnya dapat membantu dalam menjelaskan berkaitan keadaan anda kepada bos.

    Tip memaklumkan majikan bahawa anda hamil

    Berikut adalah beberapa tip yang boleh dipertimbangkan sebelum berkongsi berita kehamilan anda dengan pihak atasan:

    1. Kesesuaian masa

    Ada sesetengah individu menunggu sehingga beberapa tempoh tertentu sebelum memutuskan untuk memaklumkan mengenainya. Biasanya mereka akan menunggu sehingga memasuki tempoh 9 hingga 11 minggu kehamilan.

    Namun seperti yang dinyatakan pada awal tadi, ada 2 faktor yang perlu dipertimbangkan dalam membuat keputusan waktu yang sesuai untuk berkongsi perkhabaran tersebut.

    Sekiranya proses mengandung itu mungkin memberikan kesan fizikal, sehingga menyukarkan anda melakukan tugasan kerja, ia petanda sudah tiba masanya untuk memaklumkan kepada majikan anda.

    1. Pihak atasan paling utama

    Dalam hierarki di tempat kerja, pihak atasan merupakan antara kelompok utama yang perlu anda maklumkan bahawa anda sedang mengandung. Elakkan daripada membiarkan berita ini sampai ke pihak atasan melalui individu lain. 

    Sikap mendahulukan pihak atasan dapat menunjukkan bahawa anda adalah pekerja yang menghargai pihak atasan. Jangan pula anda menganggap ia seperti membodek, okay?

    Menunjukkan sikap yang baik pastinya akan membuatkan majikan mudah memberikan kerjasama untuk memudahkan tugasan pekerjaan anda. Carilah waktu yang sesuai untuk memaklumkan mengenainya. 

    1. Rakan sekerja

    Selepas anda memaklumkan berita tersebut dengan pihak atasan, barulah anda boleh berkongsi dengan rakan sekerja lain. Lebih-lebih lagi jika pekerjaan anda memerlukan anda bekerja secara berkumpulan. 

    Ini sudah tentu dapat membantu mereka untuk lebih memahami keadaan anda jika mengalami morning sickness atau sebarang gejala berkaitan kehamilan.

    perlu ke maklumkan kepada majikan mengenai kehamilan anda?

    Tetap profesional

    Sepanjang tempoh kehamilan anda mungkin akan mengalami simptom seperti wanita mengandung lain. Sesetengah wanita yang sedang hamil mungkin mengalami simptom yang teruk, namun ada juga yang langsung tidak mengalami sebarang simptom.

    Walau bagaimanapun, sebaiknya cuba untuk tidak menjadikan alasan bahawa anda sedang hamil untuk mengelat daripada melakukan sebarang pekerjaan, lebih-lebih lagi setelah anda memaklumkan kepada pihak atasan dan diberikan kelonggaran.

    Selagi boleh melakukan kerja dan tugasan tersebut tidak mendatangkan mudarat kepada diri, lakukannya secara profesional. Pastinya anda tidak mahu ada yang menganggap anda cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan bos.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan