backup og meta

Kawal Rasa Mengidam Anda dengan Ikuti 4 Tip Ini

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    Kawal Rasa Mengidam Anda dengan Ikuti 4 Tip Ini

    Mengidam atau teringin makan sesuatu makanan adalah fenomena biasa untuk wanita hamil, terutama semasa berada dalam trimester pertama atau kedua. Walau bagaimanapun, makanan yang paling menjadi idaman wanita hamil ialah makanan yang manis, masin atau pedas, yang mana jenis-jenis makanan ini adalah tidak berkhasiat untuk bayi anda. Sudah tentu anda ingin menitikberatkan kesihatan bayi dalam kandungan yang memerlukan nutrisi, tetapi mengidam makan makanan manis dan berlemak pasti mengganggu anda. Tip-tip di bawah boleh membantu anda mengawal rasa mengidam anda menjadi lebih mudah dan sihat.

    1. Campurkan makanan sihat dengan makanan yang tidak berkhasiat

    Jika anda begitu teringin makanan manis dan makanan ringan, cuba campurkan makanan ini bersama makanan sihat. Contohnya, anda makan granola manis dan rangup dengan bijirin tinggi-serat. Dengan cara ini, anda boleh memenuhi rasa mengidam anda dan juga menyerap serat untuk mengelakkan sembelit. Contoh lain ialah, anda mahu makan snek masin, yang merupakan makanan paling diingini semasa hamil, jadi anda boleh makan bersama salad.

    1. Jangan melangkau sarapan pagi

    Sarapan pagi lengkap dan berkhasiat membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar anda sebelum waktu makan tengah hari. Sarapan pagi untuk ibu hamil perlu mengandungi gandum penuh untuk tenaga, protein untuk pembinaan darah, kalsium untuk tulang yang sihat, vitamin dan bahan lain. Oleh itu, mengikuti jadual makan yang betul adalah langkah bijak untuk cara pemakanan semasa kehamilan.

  • Makan makanan ringan dengan kuantiti yang lebih kecil
  • Jika anda benar-benar teringin untuk mengambil makanan yang tidak sihat dan tanpa pengganti makanan sihat, anda boleh teruskan keinginan anda, tetapi ambillah dalam kuantiti yang lebih kecil berbanding biasa. Berbanding makan secawan aiskrim penuh-lemak, anda boleh menukarnya dengan makan separuh cawan aiskrim. Begitu juga dengan snek kurang berkhasiat lain, anda boleh mengambilnya dalam bahagian yang kecil untuk menghilangkan rasa mengidam dan lapar anda.

    1. Cuba untuk tidak makan makanan ringan

    Jangan beli makanan yang tidak sihat sehinggalah anda benar-benar terasa ingin makan makanan tersebut. Sebaliknya, anda sediakan makanan yang berkhasiat di rumah anda, jadi, jika tiba-tiba anda teringin untuk makan sesuatu, anda boleh mencapai dahulu makanan berkhasiat yang ada. Anda mungkin akan rasa malas untuk keluar dan membeli makanan kegemaran anda, jadi anda ‘terpaksa’ makan dahulu makanan berkhasiat yang ada di rumah.

    Secara umumnya, cara terbaik untuk mengelakkan makanan tidak sihat adalah dengan tidak makan makanan tersebut, kerana makanan ini akan membuatkan anda terlebih berat badan, mendapat dibetes gestasi, dan masalah lain yang boleh mnjejaskan bayi anda. Selain itu, jika anda mengidam bahan bukan makanan seperti rambut, abu, kotoran, atau bahan-bahan lain, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil pica, yang memerlukan anda untuk segera berjumpa dengan doktor. Pica mungkin adalah petanda anda mengalami kekurangan nutrisi kalsium atau zat besi teruk.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan