backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Cara Rawat Kaki Bengkak Ketika Hamil Di Rumah, Ia Pasti Akan BERKESAN!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

    Ini Cara Rawat Kaki Bengkak Ketika Hamil Di Rumah, Ia Pasti Akan BERKESAN!

    Kaki kerap membengkak semasa hamil? Anda mungkin ada penyakit edema! Usah bimbang ya, kami akan cuba beri anda cara untuk rawat masalah ini melalui artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Penyakit edema biasa menyerang ibu mengandung

    Pembengkakan pada kaki dan buku lali atau dikenali sebagai edema merupakan antara masalah fizikal yang biasa berlaku kepada bakal ibu terutamanya selepas minggu ke-22 kehamilan.

    Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana edema adalah tidak berbahaya dan anda boleh merawatnya sendiri di rumah berpandukan kepada huraian artikel ini.

    Apakah yang memicu kaki bengkak ketika mengandung?

    Pembengkakan boleh terjadi apabila tubuh badan anda menghasilkan cecair ekstra untuk tujuan penyusuan bayi.

    Cecair ini kebiasaannya akan disimpan di dalam tisu dan kebanyakannya akan tersimpan di bahagian bawah tubuh badan kesan daripada graviti.

    penyakit edema

    Selain itu, pembengkakan juga merupakan kesan daripada tekanan tambahan daripada rahim yang sedang membesar terhadap saluran darah pelvik dan vena cava.

    Ini akan mengakibatkan perjalanan darah ke bahagian kaki menjadi perlahan sekaligus menyebabkan tisu di bahagian ini menerima lebih banyak cecair daripada bahagian atas tubuh badan.

    Edema juga lebih berbahaya kepada ibu hamil anak kembar ataupun ibu hamil yang terpaksa berdiri lama.

    Bagaimanakah merawat pembengkakan kaki ketika mengandung?

    Melakukan senaman menggunakan kaki merupakan antara metode yang terbaik untuk menghalang dan melegakan penyakit ini pada kaki dan buku lali kerana ia membantu melancarkan pengaliran darah serta menghalang otot betis daripada kekejangan.

    Berikut merupakan senaman untuk ibu hamil yang dicadangkan:

    • Bengkokkan dan luruskan kaki anda berulang kali sekurang-kurangnya 30 kali untuk kedua-dua belah kaki
    • Gerakkan kaki anda dalam pergerakan membulat 8 hingga 10 kali untuk kedua-dua belah kaki
    • Keluarkan lebihan cecair ini dengan membalut kawasan yang membengkak dengan balutan kain sehingga balutan itu menjadi basah. Ulangi rutin ini seberapa kali yang mungkin. 
    • Urutkan kaki anda bagi melancarkan pengaliran darah. Jika perlu, gunakan minyak untuk kesan yang lebih relaks, mudah dan selesa

    Bagaimana menghalang penyakit edema ketika mengandung?

    penyakit edema

    • Tidur pada bahagian kiri badan. Ini bertujuan untuk tidak memberi tekanan terhadap vena cava
    • Pastikan kaki anda dinaikkan pada posisi yang tinggi ketika sedang relaks atau tidur
    • Pakai stoking dan kasut yang bersesuaian
    • Pastikan berat badan anda berada pada tahap yang baik dengan melakukan senaman secukupnya dan mengambil diet yang seimbang
    • Minum air yang banyak. Dehidrasi akan menyebabkan isyarat dihantar kepada badan anda untuk mengekalkan lebih banyak cecair
    • Elakkan pengambilan kafein, alkohol dan garam
    • Elakkan berdiri pada tempoh waktu yang lama atau menyilangkan kaki
    • Elakkan berada di tempat yang bersuhu panas

    Penyakit edema, bila anda perlu berjumpa doktor?

    Meskipun edema merupakan kondisi yang normal dalam kalangan ibu hamil, ia juga mungkin merupakan petanda risiko kondisi yang lain.

    Hubungi doktor jika anda mempunyai petanda-petanda seperti berikut, yang mungkin menunjukkan bahawa anda dijangkiti praeklampsia atau trombosis:

    • Pembengkakan yang teruk secara tiba-tiba pada bahagian muka, tangan dan kaki
    • Pening kepala yang teruk
    • Gangguan penglihatan
    • Cirit-birit dan muntah-muntah
    • Hanya sebelah sahaja kaki membengkak dan betis menjadi kemerah-merahan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan