backup og meta

Jenis-jenis Yoga

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 26/11/2019

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan jenis yoga yang terbaik untuk anda dan keperluan anda.

    Secara asasnya, terdapat 8 jenis yoga yang anda boleh dapati di kebanyakan studio yoga:

    Yoga Hatha

    Kebanyakan jenis yoga yang ada dikategorikan sebagai Yoga Hatha disebabkan ciri-ciri yang memfokus kepada amalan penjajaran fizikal dan teknik pernafasan. Jika anda pernah mendengar tentang Yoga Ashtanga, Vinyasa, Iyengar, dan Power, kesemua jenis yoga ini boleh dikategorikan sebagai Yoga Hatha, malahan boleh dikatakan pergerakan Yoga Hatha adalah lebih perlahan.

    Yoga Hatha adalah amat sesuai untuk anda yang pertama kali melakukan yoga. Berlatih Yoga Hatha boleh memperkenalkan anda kepada postur asas dan membantu anda untuk mengenali nama postur. Anda juga mungkin boleh menguasai lebih mendalam setiap postur dengan lebih baik kerana pergerakan perlahannya.

    Yoga Vinyasa

    Jenis yoga ini biasanya datang dengan aliran dinamik dan melibatkan kordinasi antara fizik, postur, dan pernafasan. Yoga Vinyasa selalunya mempunyai tempo yang lebih cepat dan tiada corak formal (bebas), tetapi biasanya pengajar akan menjalankan keseluruhan kelas dengn tujuan tertentu. Misalnya, sesi hari ini akan berfokus tentang menguatkan otot tangan, dan untuk sesi akan datang akan memfokus kepada belakang badan, atau dalam satu sesi anda akan disediakan dengan gaya yang bermanfaat untuk semua bahagian tubuh anda.

    Yoga Hatha paling sesuai untuk mereka yang bertindak spontan, dinamik, dan tidak sukakan rutin. Dalam setiap sesi Yoga Vinyasa, anda akan sentiasa rasa teruja melihat pelbagai siri postur.

    Disebabkan pergerakan dinamik dan penglibatan kedua-dua pergerakan dinamik dan pernafasan, Yoga Ashtanga, Jivamukti, Baptiste, dan Yoga Power juga boleh dikategorikan sebagai Yoga Vinyasa.

    Yoga Ashtanga

    Berbanding Yoga Hatha, Yoga Ashtanga adalah jenis yoga yang amat dinamik, sangat sengit, dan pada kebanyakan masa amat berolahraga. Pada Yoga Ashtanga, ia mempunyai siri perlu buat yang dipanggil siri Ashtanga. Terdapat dua kaedah dalam melakukan Yoga Ashtanga. Kaedah pertama dipanggil Kelas Led, iaitu kelas di mana cikgu atau tenaga pengajar mengetuai kelas. Kaedah lain dipanggil Mysore, iaitu kaedah yang mempraktikkan kepada apa yang anda ikuti pada siri postur, seperti siri Pertama tanpa arahan daripada pengajar, atau cikgu di dalam kelas hanya memantau dan membantu anda untuk melaras postur. Latihan Yoga Ashtanga memerlukan dedikasi yang tinggi, oleh itu adalah terbaik jika anda ingin merasai manfaat segera daripada latihan yoga baik dari segi fizikal dan mental.

    Yoga Ashtanga adalah lebih sesuai untuk anda yang boleh memberikan komitmen penuh dan berdedikasi, terutama jika anda juga merupakan seorang atlet.

    Yoga Iyengar

    Jenis yoga ini memfokus kepada kepersisan postur dan perhatian kepada anatomi manusia secara terperinci. Pada kebanyakan masa anda akan berada pada satu posisi untuk jangka masa panjang, atau kadangkala terdapat juga pengubahsuaian postur menggunakan alat (blok dan tali/tali dinding). Kaedah yoga ini amat sistematik dan biasanya bertujuan untuk meningkatkan kekuatan, fleksibiliti, dan kestabilan tubuh. Yoga Iyengar juga boleh bermanfaat untuk terapi dalam keadaan tubuh tertentu.

    Yoga Iyengar amat sesuai untuk mereka yang suka memberi perhatian kepada perincian. Yoga Iyengar juga boleh dilakukan untuk mereka yang ingin membuat terapi untuk keadaan kesihatan anda.

    Yoga Hot

    Yoga Hot adalah jenis yoga yang dijalankan dalam bilik yang panas. Jenis yoga paling popular untuk yoga ini ialah Yoga Bikram. Yoga Bikram dijalankan dalam bilik dengan suhu 42 darjah Celsius, dengan 26 postur lengkap. Jika anda seorang yang gemar mengembara dan suka melakukan yoga antara pengembaraan anda, di mana sahaja anda bercuti, anda masih boleh melakukan Yoga Bikram dengan kepanasan bilik yang sama dan siri postur yang sama.

    Yoga Hot adalah amat sesuai untuk golongan yang sukakan sensasi peluh yang mengalir ketika bersenam. Peluh senaman datang daripada haba bilik tersebut, yang meniru kesan detoks; kesan ini baik untuk kesihatan anda. Kesemua 26 postur Yoga Bikram juga boleh membuatkan tubuh anda lebih fleksibel. Pada kebanyakan masa, jenis yoga ini menggalakkan anda untuk segera berlatih yoga sebagai rutin untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti tubuh.

    Selain Yoga Bikram, terdapat juga beberapa jenis yoga yang boleh dilakukan dengan kaedah yang sama (dijalankan dalam bilik berhaba), seperti Hot Ashtanga, Yoga Forrest Yoga, Yoga Baptiste Yoga, Yoga Core Power, dan Yoga HotBarre.

    Yoga Kundalini

    Jenis yoga ini menggabungkan nilai fizikal dan rohani. Dengan meletakkan bersama-sama postur tubuh dengan teknik pernafasan dinamik, meditasi, dan juga bernyanyi, Yoga Kundalini bertujuan untuk menambah kecergasan badan dan kesedaran kendiri.

    Yoga Kundalini amat sesuai untuk anda yang gemar bermeditasi, dan suka untuk menerokai tenaga, gerak hati dan pemikiran. Jika anda mahu mengenali lebih dalam rohani, anda mungkin perlu memasukkan Yoga Kundalini dalam siri yoga anda.

    Yoga Pranatal

    Direka khas untuk wanita hamil, jenis yoga ini boleh membantu bakal ibu secara fizikal dan mental. Biasanya, Yoga Pranatal memfokuskan kepada latihan pernafasan, bahagian punggung, dan gaya pemulihan, yang bermanfaat untuk memulihkan tenaga apabila wanita hamil rasa letih disebabkan oleh perubahan hormon.

    Bagi anda yang sedang hamil, latihan yoga jenis ini secara rutin boleh membuatkan anda rasa lebih kuat dan kekal aktif semasa hamil. Selain itu, dengan berlatih yoga ini juga dapat memberi manfaat kepada fetus. Selain berlatih yoga ini bersendirian, terdapat juga studio yang menawarkan kelas Yoga Pranatal, untuk pasangan yang suka berlatih bersama dan berkongsi pengetahuan sesama pasangan untuk mempersiapkan diri dalam memberi sokongan semasa proses bersalin.

    Seperti namanya, Yoga Pranatal sesuai untuk wanita hamil. Walaupun anda tidak pernah berlatih yoga sebelum ini ataupun belum pernah bersenam sepanjang kehamilan anda, anda masih boleh melakukan yoga ini yang direka khas untuk keadaan kehamilan anda.

    Yoga Yin

    Jika kebanyakan jenis yoga yang diterangkan di atas menumpukan kepada latihan dinamik, Yoga Yin pula berfokus kepada latihan pasif, di mana anda berada pada satu gaya untuk 3-5 minit, dan jenis postur adalah duduk, pusingan lembut, atau berbaring. Kaedah yoga ini bermanfaat untuk melatih sisi bertafakur anda. Selain itu, ia juga amat baik untuk kesihatan anda kerana ia bertujuan untuk memberikan regangan pada sendi dan fasia anda (salah satu lapisan tisu).

    Yoga Yin sesuai untuk mereka yang tenang. Walau bagaimanapun, Yoga Yin juga sesuai untuk anda yang aktif, dinamik, dan pada kebanyakan masa selalu sibuk. Yoga Yin bermanfaat untuk memulih tenaga dan meningkatkan kualiti tidur anda disebabkan oleh keadaan tubuh anda yang relaks semasa melakukan latihan yoga. Selain itu, kualiti pernafasan anda juga akan meningkat.

    Terdapat pelbagai jenis yoga selain daripada 8 jenis yoga yang dinyatakan di atas ini. Walau bagaimanapun, daripada jenis yoga terkenal seperti di atas, anda sudah pun mempunyai banyak pilihan. Saya menyarankan kepada anda untuk berlatih pelbagai jenis yoga dengan cikgu yang berbeza. Ini boleh membantu anda memahami jenis yoga mana yang paling anda gemari. Di samping itu, anda boleh mengetahui jenis yoga yang paling sesuai dengan anda serta padan dengan personaliti dan rutin anda. Berlatih pelbagai jenis yoga secara rutin juga baik untuk anda, kerana perjalanan yoga anda akan jadi lebih menarik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan