backup og meta

Minuman Panas Dipercayai Meningkatkan Risiko Kanser Esofagus - Kajian

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2022

    Minuman Panas Dipercayai Meningkatkan Risiko Kanser Esofagus - Kajian

    Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), meminum minuman yang sangat panas boleh meningkatkan risiko kanser esofagus. Penyelidikan terdahuhu oleh 23 saintis panel antarabangsa menyatakan tiga kunci utama kajian yang  menunjukkan orang yang meminum kopi atau teh pada suhu yang lebih tinggi lebih cenderung untuk mendapat kanser esofagus berbanding orang yang mengambil minuman kurang panas.

    Penyelidik tidak pasti puncanya, tetapi mengatakan minuman panas boleh merosakkan sel-sel di bahagian esofagus anda. Menurut profesor epidemiologi Universiti California Selatan yang juga ahli panel WHO, Dr Mariana Stern, minuman panas menyebabkan risiko kanser esofagus sebanyak dua kali ganda.

    Menurut laporan WHO, minuman 149 darjah Fahrenheit (65 darjah celcius) ke atas berada dalam zon bahaya dan meningkatkan risiko kanser.

    Bagaimana minuman panas menyebabkan kanser?

    Menurut laporan, kopi, teh dan minuman panas lain boleh membakar kerongkong dan ia akan merebak yang kemudiannya mencetuskan kanser.

    Menurut pakar pemakanan klinikal di Pusat Kanser MD Anderson, Universiti Texas, Adrianan Salmon, luka terbakar seperti minuman panas boleh merosakkan sel esofagus. Hubungan ini antara minuman panas dan kanser berfungsi dengan cara yang sama seperti hubungan antara penggunaan alkohol dan kanser esofagus, bentuk kanser kelapan yang paling umum seluruh dunia.

    Adakah pengambilan kopi atau teh tidak baik?

    Laporan WHO yang sama mengatakan bahawa minum kopi dikaitkan dengan risiko penurunan kanser hati. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa pengurangan risiko diabetes, melanoma, penyakit jantung dan strok.

    Menurut kajian dalam American Journal of Nutrition Clinical, teh boleh membantu mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan keupayaan otak dan membantu menurunkan berat badan.

    Pengambilan kopi dan teh tiada hubungan dengan risiko kanser. Bagaimanapun, anda perlu menitikberatkan suhu minuman anda bagi mencegah risiko kecederaan pada bahagian kerongkong yang boleh mencetuskan risiko kanser esofagus.

    Mencegah kanser esofagus

    Walaupun ramai saintis sedang menunggu penemuan terperinci, adalah penting bahawa WHO dan lain-lain mempertimbangkan penemuan ini memberikan bukti yang mencukupi untuk menyimpulkan bahawa cecair sangat panas (65 darjah Celciue dan ke atas), apa-apa komposisi, memindahkan haba ke esophagus dan dengan itu menyebabkan kanser esophagus. Kanser esofagus menyebabkan kira-kira 5% kematian kanser di seluruh dunia, atau kira-kira 400,000 kematian yang berkaitan dengan kanser esofagus.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan