2 Sebab PENTING Kenapa Anda Perlu Cepat Kahwin Atau Dapatkan Pasangan, Patutlah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Perkahwinan merupakan gerbang ke arah menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan komited.

Di sinilah waktu di mana segalanya berubah 360 darjah berbanding kehidupan yang dilalui semasa anda masih bujang.

Jika dahulunya anda hanya memasak nasi untuk dimakan seorang diri, kini anda perlu memasaknya untuk tiga atau empat orang bergantung kepada ahli keluarga semasa anda.

Jika dahulu wang gaji anda milik anda sepenuhnya, kini “duitku duitmu jua”. Kesemuanya dikongsi bersama apabila anda telah mengikat hubungan yang sah bersama pasangan hidup anda.

Walau bagaimanapun, terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa, perkahwinan hanya akan menambah beban seseorang individu.

Ini termasuklah beban fizikal, kewangan, pengurusan dan emosi. Sekejap, benarkah emosi individu yang telah berkahwin turut terbeban? Bagaimana pula jika sebaliknya?

Bagaimana jika kami mengatakan bahawa kesihatan mental pasangan berkahwin adalah lebih baik berbanding mereka yang masih bujang? Jom baca penerangan di bawah.

Kurang berisiko menghidap demensia

Satu kajian menyatakan bahawa, sekiranya anda berada dalam perkahwinan yang membahagiakan hidup anda, anda kurang berisiko untuk mendapat demensia.

Apakah itu demensia?

Demensia merupakan sejenis gangguan proses mental yang kronik atau berterusan yang disebabkan oleh penyakit otak atau kecederaan dan ditunjukkan melalui gangguan ingatan, perubahan personaliti, dan pertimbangan akal yang semakin merosot.

Saintis menemui bahawa risiko demensia adalah 40% lebih besar dalam kalangan peserta kajian yang masih bujang dan tidak gembira berbanding daripada peserta kajian yang telah berada dalam ikatan perkahwinan secara gembira.

Kajian berpendapat bahawa pengasingan sosial (social isolation) mungkin menyebabkan seseorang individu menjalani cara hidup yang kurang sihat yang menyebabkan peningkatan risiko demensia.

Rangsangan positif perkahwinan

Selain itu, penyelidik kajian turut menyatakan bahawa tinggal bersama dengan pasangan boleh memberikan anda rangsangan sosial dan mental.

Perkara-perkara yang dilakukan secara bersama dengan pasangan akan meningkatkan mood yang positif dan seterusnya memperlahankan risiko berlakunya demensia.

Sebagai contoh, pasangan yang telah berkahwin akan sentiasa memberi galakan kepada pasangannya untuk terlibat dengan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang sihat, bersenam dan tidak merokok.

Tabiat seperti ini akan mengurangkan keradangan sekali gus mengelakkan seseorang individu daripada mendapat simptom-simptom demensia. 

Selain itu, pasangan berkahwin turut memberikan sokongan emosi dan ekonomi selain bantu-membantu antara satu sama lain sekiranya melalui fasa yang memeritkan.

Sokongan bersama ini amat penting terutama ketika mood seseorang individu berada pada tahap yang rendah. Ini turut menjelaskan mengapa seseorang yang masih bujang dan tidak memiliki pasangan hidup mempunyai peningkatan risiko untuk menghidap demensia apabila berada pada tahap mood yang rendah. 

Antara salah satu cara untuk mengurangkan risiko demensia adalah melalui pengekalan hubungan sosial antara individu. Bagaimana mahu mengekalkan hubungan sosial sesama manusia?

Hal ini bukanlah sesukar yang disangka. Cukup sekadar anda menyapa seseorang di jalanan dan bertanyakan keadaan mereka.

Anda juga boleh melakukan aktiviti secara bersama dengan individu lain seperti berkebun, menyanyi dan menari bersama selain menyertai kumpulan sokongan komuniti. 

Bagi mereka yang masih bujang atau masih tidak mempunyai pasangan, carilah calon pasangan anda secepatnya. Pada era milenium ini, mencari pasangan hati bukanlah satu hal yang sukar. Hanya bergantung kepada kesungguhan dan tekad anda secara serius untuk mencari raja atau permaisuri hidup anda. Teruskan mencari kerana tidak terdapat istilah “terlambat” untuk melangsungkan perkahwinan walaupun anda telah berusia separuh abad. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Berkahwin Tak Bermakna Anda Boleh Terus Terjah Pasangan! Kena Minta Izin Sebelum Seks

    Istilah sexual consent selalu dikaitkan dalam hubungan pasangan. Tapi sedarkah anda, seks pasangan yang sudah berkahwin juga memerlukan persetujuan 2 pihak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 09/12/2020 . 3 minit bacaan

    Cuba Sensitif, Golongan OKU Juga Berdepan Dengan Cabaran Mental, Sokongan Kita Bawa Perubahan!

    Hidup dengan kecacatan, fizikal atau intelektual, mampu mempengaruhi kesejahteraan seseorang yang mengalaminya, malah kesihatan mental tidak terkecuali.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Toleransi Sedunia: Sejauh Manakah Anda Harus Bersabar Dengan Perilaku Toksik?

    Sepanjang wabak COVID-19 berlangsung, kesihatan emosi rakyat merudum dengan peningkatan angka kes penderaan dan gangguan mental. Klik artikel untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menangis emosi perempuan ketika haid

    Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    positif toksik

    Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    struktur otak

    Bagaimana Perubahan Otak Berlaku Seiring Dengan Peningkatan Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    makanan orang tua

    Pelan Diet Untuk Warga Emas: Ini Tip Penting Yang Perlu Diikuti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/01/2021 . 4 minit bacaan