backup og meta

Kes Meningkat, Kenali Beza Sakit Tekak Angkara COVID-19 Dengan Jangkitan Biasa!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/12/2023

    Kes Meningkat, Kenali Beza Sakit Tekak Angkara COVID-19 Dengan Jangkitan Biasa!

    Setiap kali mengalami kondisi sakit tekak, sudah pasti kita semua akan risau lantas mengaitkannya dengan simptom sakit tekak COVID.

    Mana tidaknya, ini kerana seluruh dunia masih lagi dilanda wabak pandemik virus korona baharu yang perlu ditangani dengan baik.

    Persoalannya, sakit tekak akibat covid macam mana? Adakah ia berbahaya dan berbeza dengan jangkitan biasa? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.

    Sakit tekak covid macam mana ia berlaku?

    COVID-19 adalah sejenis wabak pandemik yang disebabkan oleh virus korona baharu dan akan menjejaskan sistem pernafasan.

    Penderita jangkitan virus korona baharu ini akan mengalami beberapa jenis simptom dan antaranya tentu sekali adalah sakit tekak.

    Untuk pengetahuan anda, sakit tekak covid dengan jangkitan biasa tidaklah berbeza kerana gejalanya adalah lebih kurang sama sahaja.

    Anda mungkin akan mengalami gejala sakit tekak yang menyebabkan kesakitan, kemerahan dan kegatalan pada kawasan tekak.

    Dalam pada itu, simptom-simptom yang dialami oleh setiap penderita COVID-19 juga mungkin akan berbeza bergantung kepada individu.

    Jadi, mungkin adalah agak sukar untuk membezakan bahawa anda sedang mengalami jangkitan sakit tekak angkara COVID-19 atau tidak.

    sakit tekak covid

    Sakit tekak adalah simptom umum COVID-19?

    Ya, kalian juga harus faham bahawa sakit tekak covid itu mungkin adalah simptom paling utama serta pertama untuk jangkitan wabak ini.

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), gejala sakit tekak merupakan simptom paling umum untuk penderita COVID-19.

    Malahan itu, ia juga merupakan petanda awal ekoran virus ini yang biasanya akan memasuki kawasan hidung dan tekak terlebih dahulu.

    Pun begitu, ia tidak bermakna bahawa anda tidak berisiko terkena jangkitan jika tidak mempunyai gejala ini pada diri.

    Ini kerana terdapat juga kes di mana individu tidak mengalami sakit tekak namun disahkan positif virus korona baharu.

    Disebabkan itu, adalah penting untuk kalian tahu juga simptom-simptom lain COVID-19!

    Ia bukanlah satu-satunya simptom COVID-19!

    Untuk lebih kepastian mengenai jangkitan wabak penyakit ini, adalah penting untuk kita semua tahu kesemua simptom-simptomnya.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat beberapa simptom COVID-19 termasuklah:

    • Sakit tekak
    • Sesak nafas
    • Pening kepala
    • Demam
    • Batuk
    • Selesema
    • Lemah tubuh badan
    • Loya
    • Muntah-muntah
    • Cirit-birit
    • Hilang deria bau & rasa

    Jika diperhatikan, setiap simptom-simptom ini mungkin adalah gejala yang lebih kurang sama seperti jangkitan penyakit yang biasa.

    Oleh itu, adalah wajar untuk kalian tahu sedikit perbezaan di antara-penyakit ini:

    COVID-19

    Simptom akan berlaku secara berperingkat dengan demam, batuk dan lemah tubuh badan, ini adalah gejala yang paling umum.

    Simptom yang lain juga mungkin akan berlaku namun mungkin tidak begitu ketara atau teruk.

    sakit tekak covid

    Jangkitan selesema

    Simptom akan berlaku secara berperingkat dengan sakit tekak, hidung berair atau tersumbat- ini juga adalah gejala yang paling umum.

    Simptom lain mungkin tidak akan berlaku kecuali demam dalam beberapa kes yang jarang terjadi.

    Jangkitan flu

    Simptom akan berlaku secara tiba-tiba dan kebanyakan gejalanya adalah lebih kurang sama seperti jangkitan virus korona baharu.

    Simptom lain seperti pening kepala dan lemah tubuh badan mungkin tidak akan berlaku.

    Untuk lebih pasti, adalah wajar untuk kalian berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor untuk melakukan diagnosis penyakit.

    Apa yang perlu anda buat jika ada simptom?

    Sekiranya anda mulai berasa sakit tekak covid serta mengalami simptom-simptom lain, jangan berdiam diri dan segera berjumpa doktor.

    Setelah disahkan positif COVID-19, ikuti setiap langkah kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Setelah keluar, masih lagi awasi setiap simptom dan beritahu kepada ahli keluarga, saudara mara atau kenalan untuk mengelak jangkitan.

    • Minum lebih banyak air untuk kekal berhidrasi
    • Kumur dengan air garam untuk legakan kesakitan
    • Ambil lozeng atau gula-gula keras bagi memastikan tekak kekal lembap dengan air liur
    • Guna air-humidifier untuk melembapkan udara
    • Mandi air stim atau sauna
    • Rehat dengan secukupnya
    • Ambil ubatan dengan preskripsi daripada doktor

    Paling penting, jangan berdiam diri sahaja gara-gara takut kerana segala simptom termasuklah sakit tekak covid perlu didiagnosis oleh doktor.

    Sebaiknya, segera berjumpa dengan doktor dalam usaha meluruskan graf jangkitan sekali gus melawan penularan wabak pandemik COVID-19.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan