backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Korek Telinga Guna Cotton Bud, Ini Cara Selamat Buang Tahi Telinga Keras!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/02/2024

    Jangan Korek Telinga Guna Cotton Bud, Ini Cara Selamat Buang Tahi Telinga Keras!

    Tahu tak, ada dua jenis keadaan tahi telinga yang boleh berlaku. Pertama, tahi telinga kering dan kedua, tahi telinga basah. Tahi telinga yang basah agak mudah untuk dikeluarkan. Namun, bagaimana untuk keluarkan tahi telinga keras dan kering?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Telinga, anda boleh klik di sini.

    Fungsi sebenar tahi telinga

    Kenapa ada banyak tahi telinga?

    Kewujudan sebenar tahi telinga bukanlah tanpa sebarang fungsi. Walaupun kita menggelarnya sebagai tahi telinga, ia tetap mempunyai peranannya yang tersendiri terhadap telinga.

    Tahi telinga mengekalkan tahap kesihatan telinga selain melindungi dinding lubang telinga anda.

    Namun, tahi telinga keras dan kering juga boleh menyebabkan masalah pada telinga anda.

    Antara masalah yang boleh timbul akibat daripada tahi telinga seperti ini ialah sakit pada telinga dan juga berasa gatal.

    Selain itu, telinga anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan dan mengalami kehilangan pendengaran.

    Anda juga mungkin akan mendengar bunyi berdesing dalam telinga sekiranya tahi telinga tersumbat.

    Apakah punca yang menyebabkan tahi telinga keras dan kering?

    tahi telinga keras
    Sudah menjadi amalan menggunakan putik kapas bagi mengorek telinga.

    Secara semula jadinya, ada individu yang sememangnya mempunyai jenis tahi telinga kering. Ada juga yang mempunyai jenis tahi telinga lembut dan juga basah.

    Namun, pengumpulan tahi telinga terlalu lama dalam saluran telinga boleh menjadikan ia kering dan keras.

    Selain itu, tahi telinga juga menjadi keras dan kering disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

    Apakah cara yang boleh digunakan untuk membuang tahi telinga keras?

    Untuk membuang tahi telinga keras ini, ada dua kaedah yang disarankan untuk dilakukan, iaitu menggunakan ubat tahi telinga dan juga menggunakan minyak.

    Ubat tahi telinga

    Anda boleh mendapatkan ubat tahi telinga di kaunter farmasi bagi mengeluarkan tahi dalam telinga anda.

    Cari ubat tahi telinga yang mengandungi hidrogen atau mana-mana jenis peroksida (peroxide).

    Ini kerana, kandungan peroksida sangat membantu dalam melembutkan tahi telinga kering anda.

    Berikut adalah langkah untuk menggunakannya:

  • Baring mengiring dengan telinga yang ingin dibersihkan berada di bahagian atas.
  • Titiskan ubat tahi telinga ke dalam lubang telinga anda.
  • Biarkan ubat tersebut berada dalam telinga anda sekitar lima minit. Ini bertujuan agar ubat tersebut meresap dan melembutkan tahi telinga kering.
  • Sediakan tisu dan letakkannya pada lubang telinga anda. 
  • Lap cecair dan tahi telinga yang keluar daripada telinga anda.
  • Kaedah ini berkesan bagi anda yang mempunyai jumlah tahi telinga yang sedikit.

    Ia mungkin kurang berkesan jika tahi telinga anda banyak sehingga menyekat saluran telinga.

    Menggunakan minyak

    Selain daripada ubat tahi telinga, anda juga boleh menggunakan minyak untuk membantu mengeluarkan tahi telinga keras.

    Antara jenis minyak yang boleh digunakan adalah seperti minyak mineral, minyak zaitun dan minyak kelapa.

    Selain itu, anda juga boleh menggunakan beberapa jenis cecair lain seperti gliserin dan saline solution

    Elakkan daripada menggunakan kaedah ini 

    tahi telinga keras
    Jangan gunakan putik kapas untuk korek telinga ya!

    Tidak semua kaedah berkesan untuk membuang tahi telinga seperti ini. Malah, ada juga kaedah yang agak berbahaya untuk dilakukan.

    Dua kaedah yang perlu anda elakkan adalah dengan menggunakan putik kapas dan juga lilin pembuang tahi telinga. 

    Putik kapas

    Putik kapas bukan hanya tidak membersihkan telinga anda, malah ia akan menolak tahi telinga anda lebih jauh ke dalam lubang telinga.

    Semakin kerap anda menggunakan putik kapas, maka semakin banyak tahi telinga yang terkumpul dalam lubang telinga.

    tahi telinga keras
    Ini risikonya kalau anda masukkan sesuatu dalam lubang telinga.

    Malah, anda juga berpotensi untuk mencederakan gegendang telinga anda lalu menyebabkan kehilangan pendengaran.

    Telinga anda juga boleh mendapat jangkitan jika mengalami luka akibat tusukan putik kapas.

    Selain putik kapas, elakkan juga penggunaan sebarang alat yang berbahaya seperti pengorek telinga besi, pensil, pen malah jari anda sendiri.

    Lilin pembuang tahi telinga

    Ada juga sesetengah individu yang menggunakan lilin pembuang tahi telinga bagi menyingkirkan tahi telinga yang keras.

    Namun, kaedah ini sebenarnya tidak berkesan. Malah, ia berpotensi menyebabkan saluran telinga menjadi melecur. 

    Kesimpulan 

    Jika telinga anda mengalami masalah seperti gatal, keradangan atau pendengaran yang kurang jelas, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan