backup og meta

Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/10/2022

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat!

    Perbuatan tindik telinga adalah normal dan dilakukan bagi membolehkan individu meletakkan perhiasan pada telinga mereka.

    Meskipun ia mungkin sudah jadi kebiasaan buat para wanita, namun wujud juga lelaki yang mahu melakukannya untuk tujuan yang sama.

    Pun begitu, kalian jangan terus membuat keputusan tanpa pertimbangan terlebih dahulu ya? Ia mungkin boleh mendatangkan bahaya!

    Sebelum tindik telinga, ketahui perkara ini!

    Relaks, jangan terus mengambil keputusan untuk menindik telinga ataupun pada mana-mana kawasan muka anda seperti hidung, kening, bibir atau lain-lain.

    Ada beberapa perkara yang kalian mesti ambil tahu termasuklah:

    #1. Pastikan anda betul sudah bersedia

    Perkara paling utama adalah anda perlu memastikan bahawa diri sendiri sudah bersedia secara mental dan fizikal.

    Dapatkan nasihat orang di sekeliling anda tentang perkara ini dan jika mereka bersetuju, tetapkan hati kalian dan mula cari pakar penindik telinga yang sesuai!

    #2. Dapatkan khidmat pakar yang bertauliah

    Selepas itu, anda perlu mencari pakar atau profesional dalam bidang menindik dengan memastikan mereka merupakan individu atau pusat yang sudah berdaftar dan mempunyai lesen.

    Untuk lebih pasti, sila berjumpa terlebih dahulu dengan doktor pakar dermatologi di hospital untuk mendapatkan nasihat dan cadangan.

    tindik telinga

    #3. Gunakan alat tindik yang disteril

    Tiba sahaja anda ke tempat menindik telinga tersebut, pastikan mereka menggunakan peralatan-peralatan yang bersih dan selamat seperti jarum yang sudah disterilkan.

    Dalam pada itu, pastikan juga mereka memakai sarung tangan yang bersih ketika menindik telinga atau kawasan lain yang anda ingini.

    Ini sangat penting untuk mengelak kawasan yang ditindik daripada terkena jangkitan bakteria, kuman atau virus yang boleh mendatangkan bahaya.

    Selepas menindik pula, pastikan mereka membersihkan kawasan yang ditindik dengan cermat dan teliti menggunakan peralatan yang juga telah disterilkan.

    #4. Tindik telinga memang akan menyakitkan

    Ini adalah persoalan utama yang akan bermain dan berlegar di fikiran individu yang ingin melakukannya bukan?

    Ya, ia memang akan menyakitkan namun untuk seketika sahaja dan pengalaman ini mungkin berbeza bergantung kepada individu.

    Pun begitu, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan lanjutan sekiranya kesakitan itu terlalu teruk.

    #5. Elakkan kawasan bertindik daripada terkena air

    Seusai sahaja anda sudah siap menindik, sila elakkan kawasan tersebut daripada terkena air terutamanya kandungan air yang kotor.

    Antara tempatnya adalah kawasan air bertakung seperti kolam renang, sungai atau pantai kerana ia mungkin kotor dan mampu menjejaskan proses pemulihan luka.

    Sekiranya anda masih mahu melakukannya juga, mungkin tiada masalah namun kalian perlu melindungi kawasan bertindik dengan menampal plaster padanya.

    sebelum tindik telinga

    Bila anda boleh tindik telinga?

    Sebenarnya, tiada sebarang waktu ketetapan yang mengatakan anda boleh atau tidak melakukan perbuatan ini dan ia adalah terpulang kepada anda.

    Kebanyakan individu terutama golongan wanita juga sudah ditindik sewaktu mereka masih lagi bayi dan tidak perlu risau akan perkara itu kelak.

    Namun jika anda sebagai wanita yang belum bertindik dan ingin melakukannya, sila pastikan kalian tidak melakukannya ketika sedang hamil.

    Menurut kajian, wanita yang hamil atau yang baru sahaja melahirkan anak perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menindik telinga.

    Ini adalah bertujuan untuk menormalkan kembali tubuh badan dan keseimbangan hormon sebelum menghadapi trauma menindik telinga.

    Adakah wujud sebarang bahaya tindik telinga?

    Baiklah, sekarang kita berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah wujud sebarang bahaya tindik telinga atau kawasan lain?

    Jawapan mudahnya adalah ya, memang ada risiko jika ia dilakukan dengan cara atau kaedah yang tidak betul antaranya:

    • Reaksi alahan
    • Pendarahan
    • Pembengkakan
    • Pembentukan parut keloid
    • Kekoyakan pada kulit
    • Kegatalan pada kulit

    tindik telinga

    Sekiranya aspek kebersihan dan keselamatan tidak dijaga, maka risiko jangkitan akan menjadi semakin tinggi.

    Oleh itu, sila bersihkan kawasan bertindik dengan lebih berwaspada dengan mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor.

    Bagaimana menjaga kawasan bertindik?

    Untuk mengelakkan bahaya tindik telinga seperti yang kami nyatakan di atas tadi, terdapat beberapa pantang larang yang kalian perlu ikuti.

    Seusai prosedur menindik telinga, anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap penjagaannya dan berikut merupakan antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

    • Jauhkan produk seperti minyak wangi, minyak rambut, syampu dan lain-lain produk berbahaya daripada anting-anting atau subang
    • Pastikan baju atau rambut anda tidak mengganggu atau terlekat pada perhiasan yang dipakai
    • Elakkan daripada berenang di sungai atau laut sekurang-kurangnya dua minggu selepas menindik telinga bagi mengelak dijangkiti bakteria
    • Tanggalkan perhiasan anda jika melakukan aktiviti sukan yang memerlukan helmet kerana ia akan memberi tekanan terhadap kawasan bertindik

    Selepas 6 ke 8 minggu, kalian sudah bebas untuk melakukan aktiviti kegemaran anda semula.

    Pun begitu, anda juga mungkin mahu mempertimbangkan untuk membalut atau menutup kawasan bertindik menggunakan plaster untuk melindunginya sehingga benar-benar pulih.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan