backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tekak Rasa Kering? Ini Beza Sakit Tekak Sebab Alahan, Bukan COVID-19!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/09/2023

    Tekak Rasa Kering? Ini Beza Sakit Tekak Sebab Alahan, Bukan COVID-19!

    Adakah anda mengalami sakit tekak kering berpanjangan?

    Cuba tanya diri anda sendiri, sudah berapa lama anda mengalami sakit tekak?

    2 hari? 2 minggu? Atau lebih teruk lagi, 2 bulan?

    Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit tekak. Tetapi, sakit tekak selalunya berlaku hanya selama beberapa hari, bukannya berlarutan selama berbulan-bulan!

    Jika anda mengalami gejala sakit tekak kering berpanjangan, anda mungkin sebenarnya sedang mengalami tindak balas alergi.

    Dapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.

    Tekak kering berpanjangan simptom biasa demam dan alergi

    tekak kering berpanjangan

    Sakit tekak merupakan salah satu simptom demam dan reaksi semua jadi badan terhadap alergi.

    Ketika anda mengalami sakit tekak atau gatal tekak, anda mungkin juga mengalami simptom lain seperti hidung berair, batuk atau kerap bersin.

    Jika anda mengalami semua simptom ini pada jangka masa yang pendek, jangan risau, anda mungkin mengalami demam biasa.

    Tetapi, jika simptom ini diikuti dengan rasa gatal-gatal ataupun sakit mata dan berlaku dalam tempoh masa yang panjang, anda mungkin sedang mengalami reaksi alergi.

    Selalunya, alergi tidak akan sembuh dalam masa yang singkat. Simptomnya akan kekal sehinggalah alergen itu tidak lagi berada dalam tubuh badan anda.

    Apa itu alergi?

    Alergi ialah tindak balas negatif badan kepada sesuatu bahan tertentu. Selalunya, bahan ini merupakan bahan biasa yang tidak menimbulkan iritasi atau kesan alahan kepada orang lain.

    Ada pelbagai bahan yang boleh menjadi alergen. Sebagai contoh, anda boleh alah kepada habuk, debunga, kulapuk, makanan, dan binatang seperti kucing, anjing ataupun lipas.

    Semua bahan ini boleh memicu tindak balas alergi.

    Anda akan kerap bersin, mata berair dan rasa gatal tekak.

    Selalunya, seseorang itu akan mengalami alahan jika keluarganya juga mengalami alahan yang sama. Berbeza dengan demam, alahan tidak boleh berjangkit kepada orang lain.

    Demam atau alahan, bagaimana hendak bezakan?

    Pertama sekali, anda perlu tahu simptom-simptom utama demam.

    tekak kering berpanjangan

    Demam selesema selalunya berlaku selama 3-14 hari diikuti simptom seperti suhu badan yang tinggi, sakit kepala, sakit badan dan rasa penat atau letih yang amat sangat.

    Tetapi, simptom alahan pula boleh berkekalan selama berminggu-minggu. Reaksi kepada alergi boleh berlangsung selama mana anda terdedah kepada alergen tersebut.

    Walaupun simptom alergi dan demam kadangkala sukar untuk dibezakan, namun masih ada beberapa simptom yang ekslusif kepada demam dan alahan sahaja.

    Sakit mata, nafas berbunyi dan gatal-gatal ataupun ruam pada kulit merupakan simptom alahan.

    Sakit dada, sakit badan, demam dan kepenatan merupakan simptom untuk demam selesema biasa.

    Cuba cari perbezaan antara simptom yang anda alami untuk kenal pasti sama ada anda demam atau sedang mengalami alahan.

    Walau bagaimanapun, jika anda tidak pasti tentang punca gatal tekak yang anda alami, berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

    Anda mungkin berminat untuk membaca:

    Rawatan untuk demam dan alergi

    Demam biasa akan beransur-ansur pulih jika anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Ubat demam yang dijual di farmasi juga boleh digunakan untuk merawat demam.

    Tetapi, alergi tidak akan pulih selagi anda tidak dapat mengenal pasti punca sebenar alahan anda.

    Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan berjumpa doktor untuk merawat penyakit yang sedang anda alami.

    Jangan cuba diagnosis diri anda sendiri ya! Setiap individu mempunyai simptom alahan yang berbeza-beza.

    Walaupun anda mungkin menghadapi alergi yang sederhana, ada sesetengah kes alergi yang boleh menyebabkan anaphylaxis – satu kondisi berbahaya yang boleh membawa maut.

    Jika anda sudahpun mengenal pasti punca anda terkena alahan, cuba untuk jauhkan diri anda daripada menyentuh bahan tersebut.

    Anda mengalami tekak kering berpanjangan? Cuba tip ini untuk kurangkan keradangan

    tekak kering berpanjangan

    Langkah yang terbaik untuk mengelakkan alergi adalah dengan cara mengelakkan diri daripada bersentuhan secara fizikal dengan alergen tersebut.

    Jika anda alah kepada habuk, debunga ataupun kulapuk, cuba pastikan tempat tinggal anda bersih daripada habuk dan debu.

    Tutup tingkap dan tinggal di dalam rumah jika keadaan luar rumah penuh dengan alergen.

    Selain itu, anda juga boleh cuba beberapa cara mudah untuk mengurangkan rasa sakit tekak kering berpanjangan.

    Amalkan minum air suam untuk melegakan kesakitan. Minum air juga amat digalakkan untuk pesakit sakit tekak kerana tekak kering berpanjangan akan menyebabkan sakit menjadi lebih teruk.

    Elakkan minum minuman bergas ataupun mengandungi kafein. Kafein boleh menyebabkan kerongkong anda menjadi gatal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan