Sebenarnya, wujud beberapa cara merawat kanser payudara yang diakui dan diyakini secara klinikal. Apakah antara pilihan rawatan yang ada? Jom terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Sebenarnya, wujud beberapa cara merawat kanser payudara yang diakui dan diyakini secara klinikal. Apakah antara pilihan rawatan yang ada? Jom terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Payudara, sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan wanita yang menghidap barah payudara pernah menjalani pembedahan sebagai salah satu rawatan untuk membuang sel kanser dalam badan.
Terdapat pelbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan ke atas pesakit kanser, namun jenis rawatan yang diterima mungkin berbeza mengikut jenis dan tahap kanser yang dialami pesakit.
Cara rawatan kanser melalui pembedahan merupakan sesuatu yang lazim dan sering dilakukan oleh pesakit kanser ini.
Pembedahan untuk barah payudara merangkumi prosedur yang berbeza. Antaranya ialah:
Lumpectomy merupakan sejenis pembedahan yang bertujuan untuk membuang tisu barah pada payudara pesakit.
Lumpectomy turut dikenali sebagai pembedahan memulihara payudara (breast-conserving surgery) kerana hanya sebahagian daripada buah dada sahaja yang dibuang semasa rawatan.
Wanita yang menghidap kanser pada tahap awal selalunya akan melalui pembedahan jenis ini untuk membuang sel kanser.
Selepas pembedahan, pesakit akan melakukan terapi radiasi untuk membunuh sebarang sel kanser yang tinggal selepas pembedahan.
Mastectomy merupakan pembedahan yang dilakukan untuk membuang semua tisu payudara daripada buah dada untuk merawat atau mencegah barah.
Individu yang masing menghidap kanser pada tahap awal boleh memilih antara mastectomy ataupun lumpectomy sebagai rawatan.
Namun, bukan semua pesakit boleh melakukan lumpectomy.
Ada juga pesakit yang memilih untuk melakukan mastectomy atas alasan tersendiri.
Selalunya, pesakit yang melakukan pembedahan ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kanser payudara kali kedua walaupun setelah melakukan rawatan.
Oleh itu, mereka bertindak membuang kedua-dua belah payudara supaya barah tersebut tidak akan kembali.
Pesakit yang melakukan mastectomy boleh melakukan pembedahan penstrukturan semula payudara pada akhir pembedahan.
Sentinel node biopsy ialah pembedahan yang dilakukan untuk mengesahkan sama ada kanser telah merebak ke kawasan sistem limfa.
Kaedah ini lazim digunakan untuk menilai sama ada sel kanser wujud di dalam kelenjar limfa.
Keputusan yang positif menandakan kanser telah berada di dalam kelenjar limfa yang berdekatan dengan tumor primer.
Informasi ini boleh membantu doktor bagi menentukan tahap kanser dan merancang rawatan yang bersesuaian dengan pesakit.
Keputusan yang negatif pula menandakan bahawa kanser masih belum merebak ke nodus limfa ataupun organ yang berdekatan.
Ada tiga tahap axillary lymph node ataupun kelenjar limfa yang terletak di bawah bahagian bawah lengan atau ketiak:
Pembedahan kelenjar limfa bawah lengan selalunya dilakukan untuk membuang nodus limfa pada tahap 1 dan 2.
Wanita yang menghidap kanser payudara jenis invasif selalunya akan menjalani mastectomy selepas melakukan cara merawat kanser payudara ini.
Re-excision merupakan pembedahan yang dilakukan selepas pesakit melalui lumpectomy.
Melalui pembedahan ini, doktor akan memeriksa sama ada sel kanser telah 100% dibuang ketika pembedahan.
Jika menemui sel kanser, doktor akan melakukan pembedahan semula (re-excision) untuk membuang semua sel tersebut.
Pembedahan akan dijalankan sehinggalah tidak ada lagi sel kanser yang tinggal di dalam buah dada pesakit.
Selepas melakukan mastectomy, pesakit mungkin mahu melakukan pembedahan untuk membentuk semula payudara.
Pembedahan ini boleh dilakukan selepas mastectomy atau pada masa yang lain.
Namun, ada wanita yang memilih untuk tidak melakukan pembedahan penstruturan semula payudara.
Pesakit boleh memilih untuk memakai prostesis (payudara palsu).
Ada juga wanita yang selesa tanpa sebarang prostesis.
Terapi radiasi ialah sejenis cara merawat kanser payudara yang menggunakan sinaran atau partikel bertenaga tinggi untuk membunuh sel kanser.
Pesakit mungkin memerlukan terapi radiasi selepas menjalani pembedahan.
Walau bagaimanapun, terapi tidak akan dimulakan selagi kesan pembedahan belum baik sepenuhnya.
Jika pesakit menerima rawatan kemoterapi, terapi radiasi akan dijalankan selepas rawatan kemoterapi selesai.
Terapi radiasi boleh dilakukan dengan dua cara:
Kemoterapi merupakan ubat kanser payudara paling mujarab yang diberikan secara intravena ataupun melalui ubat yang dimakan secara oral.
Ubat tersebut akan bergerak melalui salur darah dan merawat kanser yang terdapat dalam badan pesakit.
Kemoterapi boleh dilakukan bersama rawatan lain mengikut kesesuaian.
Terdapat dua jenis kemoterapi untuk pesakit barah payudara:
Satu di antara 5 wanita yang menghidap barah payudara mempunyai sel kanser yang terdiri daripada sejenis protein yang dikenali sebagai HER2.
Kanser yang mempunyai protein jenis ini merebak dengan lebih agresif.
Terapi bersasar menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyerang sel kanser secara spesifik.
Melalui terapi hormon, ubat tersebut akan melekat pada reseptor protein HER2 lalu menghalang sel tersebut daripada membesar dan merebak.
Terdapat beberapa jenis kanser ini yang sensitif terhadap hormon, terutamanya hormon estrogen dan progesteron.
Terapi jenis ini akan menghentikan hormon daripada melekat pada reseptor yang terdapat pada sel kanser.
Rawatan ini digalakkan untuk pesakit yang mempunyai tumor reseptor positif hormon.
Sama seperti kemoterapi, terapi hormon juga boleh dijalankan sebelum atau selepas pembedahan.
Jika kanser telah merebak ke seluruh badan, terapi hormon adalah antara cara merawat kanser payudara yang berkesan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen