Kesakitan merupakan satu masalah yang sering mengganggu kehidupan pesakit kanser paru-paru. Ini kerana mereka mungkin akan mengalami kesakitan yang berpanjangan kesan daripada kanser yang mereka alami.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Kesakitan merupakan satu masalah yang sering mengganggu kehidupan pesakit kanser paru-paru. Ini kerana mereka mungkin akan mengalami kesakitan yang berpanjangan kesan daripada kanser yang mereka alami.
Oleh sebab itu, pesakit perlukan rawatan yang disediakan khas untuk merawat kesakitan yang menghantui kehidupan mereka.
Kadangkala, apabila pesakit mula merasakan kesakitan, rasa itu mungkin bermaksud mereka tidak selesa ataupun muncul sakit pada mana-mana bahagian badan mereka.
Kesakitan yang pesakit rasa boleh menjadi lebih teruk jika mereka rasa sedih, gelisah ataupun mengalami depresi.
Ada juga pesakit yang tidak suka untuk bercakap mengenai rasa sakit yang dialami. Mereka yang mempunyai perasaan sebegini mungkin merasakan kesakitan itu adalah sebahagian daripada rawatan yang diterima.
Apapun, cuba jelaskan kepada doktor terlebih dahulu. Pihak pakar akan cuba merawat kesakitan yang anda hadapi menggunakan ubat ubatan yang bersesuaian.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan pesakit yang mengalami simptom ini boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan oral. Untuk pengetahuan anda, ubat tahan sakit hanya berkesan jika pesakit mengambilnya secara berkala.
Pesakit kanser mungkin perlu mengambil ubat tahan sakit mengikut jadual tertentu untuk mengawal rasa tidak selesa yang dialami.
Jika punca kesakitan tersebut telah dikenal pasti, doktor akan bertindak merawat punca tersebut terlebih dahulu.
Lama-kelamaan, anda tidak akan perlukan sebarang ubat untuk merawat rasa sakit yang anda alami.
Kanser yang telah merebak boleh membuatkan anda rasa sakit dalam satu tempoh masa yang panjang. Kesakitan ini boleh buatkan pesakit rasa penat dan tidak bersemangat untuk teruskan kehidupan.
Kesakitan yang anda rasa, walaupun tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, tapi boleh dikurangkan dengan rawatan yang bersesuaian.
Jangan terkejut jika ada pesakit yang mempunyai 2 jenis ubat tahan sakit! Kadangkala, pesakit kanser boleh rasa sakit walaupun mereka makan ubat tahan sakit. Kesakitan ini turut dikenali dengan nama breakthrough pain.
Breakthrough pain akan menyerang di antara dua dos ubat tahan sakit. Oleh sebab itu, doktor mungkin akan berikan anda ubat kedua yang boleh melegakan kesakitan yang pesakit alami di antara dua dos ubat tersebut.
Setiap rawatan mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri:
Pembedahan – Rawatan melalui kaedah pembedahan akan membuatkan individu tersebut rasa sakit pada kawasan pembedahan. Sebagai contoh, wanita yang melalui pembedahan untuk membuang payudara mungkin akan rasa sakit seakan-akan mereka masih lagi mempunyai payudara.
Terapi radiasi – Rawatan ini boleh menyebabkan pesakit alami rasa pedih pada kawasan radiasi. Malah, pesakit juga mungkin akan mengalami cirit birit, ulser, atau masalah lain seperti rasa penat.
Kemoterapi – Kesan sampingan kemoterapi termasuklah rasa loya, keletihan, jangkitan, rambut gugur dan sakit saraf. Ubat-ubatan boleh diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan kesan sampingan ini.
Ubat tahan sakit yang kuat – salah satu kesan sampingannya adalah sakit perut atau sembelit.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen