home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Simaruba

Kegunaan|Langkah berjaga-jaga dan amaran|Kesan-kesan sampingan|Tindak balas|Penggunaan / Dos

Kegunaan

Apakah itu Simaruba?

Simaruba digunakan untuk:

  • Cirit-birit
  • Disentri
  • Malaria
  • Pengekalan air (edema)
  • Demam
  • Perut tidak selesa

Ia juga digunakan sebagai tonik. Wanita menggunakannya untuk menggugurkan kandungan.

Simaruba boleh ditetapkan untuk kegunaan lain, tanya doktor atau pakar herba anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Simaruba berfungsi?

Tidak cukup kajian tentang bagaimana simaruba berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Simaruba mengandungi kepekatan tinggi tanin, bahan kimia yang mungkin membantu melegakan cirit-birit.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Simaruba?

Rujuk doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya mengambil ubat atas saranan doktor
  • Anda sedang mengambil ubat lain. Ini termasuk sebarang ubat yang tersedia untuk dibeli sama ada dengan preskripsi atau tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alergik dengan mana-mana bahan dalam Simaruba atau ubat lain atau herba lain
  • Anda mempunyai kesakitan, gangguan, atau syarat kesihatan
  • Anda mempunyai jenis alergik lain, seperti kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba adalah kurang ketat daripada peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kelebihan mengambil suplemen herba ini mestilah menimbangkan risikonya sebelum digunakan. Sila runding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Simaruba selamat?

Ia tidak diketahui jika Simaruba adalah selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Ia tidak selamat untuk menggunakan Simaruba jika anda hamil. Ia mungkin menyebabkan keguguran.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin saya dapat dari Simaruba?

Simaruba boleh menyebabkan keradangan gastrousus dan muntah-muntah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang boleh bertindak balas dengan Simaruba?

Simaruba boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau mengikut keadaan perubatan anda. Berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Apakah dos biasa untuk Simaruba?

Dos yang disyorkan:

Tinktur 60 mL: 1 – 3 ml setiap hari

Infusi (teh herba): 1 – 2 gelas / sehari

  • Kanak-kanak (10 tahun): Separuh daripada dos dewasa
  • Kanak-kanak (14 tahun): Tiga per empat dari dos dewasa
  • Dewasa: 30 titis (1 ml) berwarna: 2 – 3 kali sehari di dalam air

Kapsul Simaruba 500 mg:

Sebagai suplemen pemakanan, ambil 2 kapsul (500 mg setiap satu) dua kali sehari dan terbaik diambil dengan makanan.

Dos untuk Simaruba mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk Simaruba yang ada?

Simaruba boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Tinktur Simaruba
  • Infusi Simaruba
  • Kapsul Simaruba

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Simaruba. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-371-simaruba.aspx?activeingredientid=371&activeingredientname=simaruba. Accessed April 23, 2017.

Simaruba.

http://www.emedicinehealth.com/simaruba/vitamins-supplements.htm Accessed April 23, 2017.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 13/07/2018
x