Najis Bayi Berwarna Kekuningan Mustard Serta Berbiji

Paparan gambar mungkin kurang menyenangkan

Amaran: Paparan berikut mungkin menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah individu.

Najis Bayi Berwarna Kekuningan Mustard Serta Berbiji

Berwarna kekuningan mustard serta berbiji

Penerangan

Najis Bayi Yang Menyusu Badan

Selepas mekonium habis dibuang oleh bayi anda, dia akan mula mengeluarkan najis yang berwarna kekuningan mustard. Najis ini adalah biasa dalam kalangan bayi yang menyusu badan. Ia juga mungkin akan mempunyai tekstur berbiji.

Apa saya perlu buat?

Usah khuatir kerana najis jenis ini adalah normal jika ia dikeluarkan oleh bayi yang menyusu badan. Ini kerana susu ibu mengandungi nutrien untuk membantu bayi anda kekal sihat dan kuat. Pun begitu, jika anda perasan si manja anda mengeluarkan najis berwarna kehijauan serta berbuih, ia mungkin tanda dia terlalu banyak mengambil susu awal – susu rendah kalori yang diproses semasa awal penyusan – dan kurang mengambil susu akhir – susu tinggi lemak dan bernutrisi tinggi. Ini bermakna anda tidak menyusukannya dalam tempoh yang sepatutnya bagi setiap payudara. Untuk membetulkan keadaan ini, susukan bayi sehingga habis susu pada sebelah payudara sebelum menukarkannya ke sebelah payudara yang lain.

Kongsikan keputusan

Penafian

Alat saringan kesihatan ini hanya boleh digunakan sebagai maklumat tambahan dan tidak boleh menggantikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan daripada doktor. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecemasan dan memerlukan rawatan perubatan, sila rujuk doktor atau pergi ke hospital dengan segera.

advertisement iconIklan
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti