backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Para Jejaka, Ini Cara Nak Tahu Organ Testis Anda Sihat Atau Tidak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/10/2021

    Para Jejaka, Ini Cara Nak Tahu Organ Testis Anda Sihat Atau Tidak!

    Biasa mendengar perkataan organ testis tetapi tidak pasti apakah ia dan bagaimanakah ia kelihatan?

    Testis atau juga dikenali sebagai testikel adalah dua bahagian organ kemaluan lelaki yang berbentuk oval atau seperti telur, yang terletak dibahagian dalam karung kulit yang dikenali sebagai skrotum.

    Skrotum tergantung dibahagian luar tubuh individu lelaki dibahagian hadapan pelvis berdekatan dengan bahagian paha atas.

    Testikel bergerak dengan bebas didalam skrotum tetapi setiap organ testis terlekat dengan tubuh melalui satu kord atau tali nipis yang digelar tali spermatik, yang melalui rongga didalam pelvis kearah abdomen.

    Kord tersebut mengandungi saraf dan saluran darah untuk testis dan vas deferens.

    Struktur dibahagian dalam testikel adalah amat penting bagi tujuan penghasilan dan penyimpanan sperma sehinggalah sperma tersebut dianggap matang untuk dikeluarkan melalui proses ejakulasi.

    Testikel turut menghasilkan hormon yang dikenali sebagai testosteron dan ia berfungsi sebagai perangsang hubungan seksual, kesuburan dan pertumbuhan otot dan jisim tulang manusia.

    Anatomi organ testis dan fungsi-fungsinya

    organ testis

    Fungsi utama testikel adalah menghasilkan sperma dan menyimpannya sehingga ia matang untuk dikeluarkan.

    Testikel juga berperanan penting dalam penghasilan hormon testosteron dan hormon lelaki yang lain yang dikenali sebagai androgen.

  • Tubul seminiferous
  • Tubul seminiferous adalah tiub bergelung yang menjadikan hampir keseluruhan testikel.

    Sel dan tisu yang terdapat didalam tubul tersebut berfungsi untuk sperma togenesis, iaitu proses penghasilan sperma.

    Tubul dipenuhi dengan lapisan tisu yang dikenali sebagai epithelium (epitel).

    Lapisan ini terdiri daripada sel Sertoli yang berfungsi membantu didalam penghasilan hormon yang menjana sperma.

    Diantara sel Sertoli adalah sel spermatogenik yang terbahagi dan menjadi spermatozoa atau sel-sel sperma.

    Tisu yang berada bersebelahan dengan tubul dikenali sebagai sel Leydig. Sel ini menghasilkan hormon lelaki seperti testosteron dan androgen lain.

    1.   Rete testis

    Selepas sperma dihasilkan didalam tubul seminiferous, sperma akan bergerak kearah epididimis melalui rete testis.

    Rete testis membantu untuk mencampurkan sperma dengan cecair yang dihasilkan oleh sel Sertoli.

    Tubuh menyerap kembali cecair ini apabila sperma bergerak dari tubul seminiferous ke arah epididimis.

    Sebelum sperma dapat bergerak ke epididimis, ia tidak bergerak.

    Terdapat jutaan unjuran kecil didalam rete testis yang dikenali sebagai microvili yang membantu sperma bergerak sepanjang perjalanan ke tubul efferent.

    1.   Duktus efferent (efferent ducts)

    Duktus efferent adalah siri tiub yang menghubungkan rete testis dengan epididimis.

    Epididimis menyimpan sel sperma sehinggalah ia matang dan sedia untuk dikeluarkan melalui ejakulasi.

    Duktus ini dipenuhi dengan unjuran seperti rerambut yang dikenali sebagai cilia.

    Cilia membantu menggerakkan sperma ke dalam epididimis. Duktus efferent turut menyerap kebanyakan cecair yang membantu menggerakkan sel sperma.

    Ini memberi kesan terhadap peningkatan jumlah sperma dalam setiap cecair yang dikeluarkan.

    1.   Tunica: Vasculosa, albuginea dan vaginalis

         Testis dikelilingi oleh beberapa lapisan tisu iaitu:

    • Tunica vasculosa
    • Tunica albuginea
    • Tunica vaginalis

    Tunica vascula adalah lapisan nipis pertama saluran darah. Lapisan ini melindungi tiub dalaman setiap testikel daripada lapisan tisu seterusnya dibahagian luar testikel.

    Tisu seterusnya dikenali sebagai tunica albuginea. Ia adalah lapisan perlindungan yang tebal terbuat daripada fiber yang padat yang berfungsi melindungi bahagian organ testis.

    Bahagian lapisan paling luar pula adalah tunica vaginalis yang terdiri daripada tiga lapisan:

    • Lapisan visceral: Lapisan ini mengelilingi tunica albuginea yang melindungi tubul seminiferous
    • Cavum vaginale: Lapisan ini adalah ruang kosong diantara lapisan visceral dan merupakan lapisan paling luar tunica vaginalis
    • Lapisan parietal: Lapisan ini adalah lapisan perlindungan paling luar yang mengelilingi hampir keseluruhan struktur testikel

    Apakah saiz purata organ testis manusia?

    Saiz purata testikel manusia adalah sekitar 4 x 3 x 2 sentimeter (cm) dan berbentul oval iaitu seperti bentuk telur.

    Kebanyakan lelaki mempunyai dua organ testis dan ia adalah menjadi kebiasaan sekiranya salah satu daripada testikel lelaki tersebut berbeza saiz dengan satu testikel yang lain.

    Penghasilan sperma dan testosteron yang sihat boleh berlaku dalam pelbagai saiz testikel.

    Sebahagian kajian menyatakan bahawa testikel yang lebih besar dalam kalangan mamalia berkait rapat dengan tahap testosteron yang tinggi, manakala saiz testikel yang lebih kecil berkait rapat dengan penghasilan sperma yang lebih rendah.

    Tahap testosteron boleh menjadi kebimbangan sekiranya anda mempunyai masalah seperti sindrom Klinefelter yang disebabkan oleh pemilikan penambahan kromosom X.

    Simptom permasalahan ini termasuklah testikel yang lebih kecil, atau mempunyai ciri-ciri keperempuanan seperti kurang bulu di bahagian badan dan wajah selain pembesaran tisu buah dada.

    Memiliki sindrom Klinefelter kebiasaannya bermaksud mempunyai tahap testosteron yang rendah dan pengurangan aktiviti sperma yang akhirnya menyebabkan ketidaksuburan akibat kurangnya jumlah sperma dalam setiap ejakulasi yang berlaku.

    Hypogonadism adalah satu keadaan dimana tahap testosteron yang rendah secara tidak normal. Simptom hypogonadism termasuklah:

    • Testikel yang bersaiz lebih kecil daripada purata saiz testikel
    • Pembesaran tisu buah dada
    • Kurangnya bulu dikawasan badan dan wajah
    • Tanda-tanda yang sama dengan sindrom Klinefelter

    Hypogonadism sering dirawat dengan terapi penggantian testosteron dan ia sering berlaku semasa proses akil baligh.

    Bagaimana untuk mengenal pasti testis yang sihat?

    organ testis

    Testicular self-exam (TSE) boleh membantu anda mempelajari bagaimana keadaan organ testis anda dan mengenal pasti sebarang ketulan, kesakitan, kelembutan dan perubahan di satu atau kedua-dua testis.

    Skrotum anda sepatutnya berada dalam keadaan longgar, bukannya tertarik atau mengecut apabila anda hendak melakukan TSE. Ikuti langkah seperti di bawah untuk menjalankan TSE:

    1. Gunakan jari dan ibu jari untuk menggerak-gerakkan testikel anda dengan lembut. Jangan mengerak-gerakkannya dengan cara yang terlalu kasar.
    2. Di kawasan permukaan keseluruhan satu testis, periksa jika terdapat sebarang ketulan atau benjolan, perubahan saiz, kelembutan atau kawasan yang terasa sakit.
    3. Rasa di bahagian bawah skrotum untuk memeriksa epididimis, satu tiub yang bersambung dengan testikel yang menyimpan sperma. Ia sepatutnya berasa seperti sekumpulan tiub.
    4. Ulangi langkah yang sama bagi testikel yang lain.
    5. Anda dinasihatkan untuk melakukan TSE sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan