Tabiat Buruk Punca Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Diabetes atau kencing manis bukan sahaja disebabkan oleh genetik, tabiat hidup dan alam sekitar juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada penyakit ini. Jika anda mahukan kesihatan yang lebih baik, perhatikan tabiat anda dan berikan sedikit usaha untuk mengubahnya dengan cara yang lebih baik. Berikut beberapa tabiat buruk yang boleh menjadi punca dan memburukan lagi penyakit anda.

Minuman manis

Minum minuman manis dan jus tanpa kawalan pastinya boleh mengakibatkan kencing manis. Jus adalah baik untuk kesihatan, namun sebenarnya terdapat banyak gula dalam setiap jus yang biasa kita minum. Jadi sekiranya haus, minumlah air kosong, teh tanpa gula atau kopi.

Duduk terlalu banyak

Laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan kes diabetes di negara-negara Asia akan meningkat sebanyak 90 peratus dalam jangka masa 20 tahun akan datang. Menurut Dr Gauden Galea, ‚ÄúDalam 10 tahun, bilangan pesakit kencing manis di Hanoi, Vietnam, meningkat dua kali ganda. Sebabnya? Di bandar tersebut penduduknya lebih suka menunggang motorsikal berbanding berbasikal”. Kesimpulannya, mereka yang kurang aktif secara fizikal mempunyai risiko obesiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang gemar melakukan aktiviti kesihatan.

Berjaga malam

Tidur kurang dari 6 jam sehari boleh menyebabkan metabolisme terganggu. Ia sekaligus akan menyebabkan diabetes anda menjadikan tidak terkawal. Lebih teruk, kurang waktu tidur juga akan merangsang hormon dalam darah membuatkan anda kelaparan, yang menjadi faktor kepada penambahan berat badan. Itu sebabnya tidur yang mencukupi adalah sangat penting.

Tidak bersarapan

Memilih untuk tidak bersarapan adalah satu tabiat yang sangat buruk. Ini kerana sarapan adalah hidangan yang penting sebagai permulaan hari anda. Melangkau sarapan pagi dengan alasan untuk menjimatkan masa adalah tidak betul. Malah ia akan membuatkan emosi anda tidak stabil (mudah marah) dan boleh menjadi antara faktor penyumbang kepada penyakit diabeter jenis 2.

Snek lewat malam

Memakan makan ringan selepas makan malam sangat tidak digalakkan terutamanya buat mereka yang menghidapi diabetes. Snek yang tidak sihat boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Malahan makan terlalu lewat di malam hari boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah. Jika anda masih berasa lapar selepas makan malam, buah-buahan pastinya pilihan yang lebih baik.

Bersediakah anda mengubah tabiat buruk anda kepada sesuatu yang lebih baik? Perbanyakan aktiviti fizikal, seperti berjalan kaki, menari, berbasikal, dan sebagainya. Ketahui dengan lebih mendalam tentang apa yang bagus untuk anda makan dan apa yang perlu anda elakkan. Masih belum terlambat untuk berubah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Elakkan Tabiat Buruk Ini Untuk Jantung yang Sihat

    Jantung merupakan organ paling berharga dalam tubuh anda. Ia bekerja 24 jam sehari tanpa henti untuk memastikan setiap sel dalam tubuh mendapat bekalan darah dan oksigen agar dapat menjalan fungsinya dengan baik. Kadangkala ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/12/2018 . 2 minit bacaan

    Tinggalkan 4 Tabiat Berikut Untuk Kehidupan yang Lebih Sihat

    Kehidupan yang sihat bermula daripada tabiat yang baik. Ayuh mulakan hari ini. Bagaimana ingin bermula? Cuba buang tabiat buruk berikut. 1. Merokok Tiada orang boleh menafikan kesan buruk daripada merokok. Jika ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/11/2018 . 2 minit bacaan

    Genetik, Gaya Hidup & Berat Badan: Adakah Ia 3 Faktor Utama Kencing Manis?

    Ramai yang menyalahkan pemakanan jika terkena kencing manis. Hakikatnya, terdapat 3 faktor diabetes yang paling utama. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/08/2018 . 2 minit bacaan

    Tip Mengubah Tabiat Buruk dengan Berjaya

    Menukar tabiat tidak selalunya mudah. Walaupun sesetengah orang kelihatan mampu melakukan perubahan dengan hanya menetapkan fikirannya, kebanyakan orang berjuang, gagal, dan cuba lagi, kadang-kadang melalui banyak ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/05/2018 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tabiat jejaskan hubungan seks

    Suami Isteri WAJIB Baca, Elak 6 Tabiat Ini Yang Boleh Jejaskan Hubungan Seks Kalian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/03/2020 . 3 minit bacaan
    tanda kencing manis

    18 Tanda Awal Kencing Manis Yang Harus Diperhatikan & Cara Rawatan Yang Berkesan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/08/2019 . 6 minit bacaan

    8 Tabiat Anda Ini Punca Gigi Rosak, Selalu Kunyah Ais Juga Salah Satu Daripadanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/12/2018 . 3 minit bacaan
    tabiat buruk

    Hati-Hati Dengan 5 Tabiat Buruk Ini, Ia Boleh Menjejaskan Kesihatan Otak Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 13/12/2018 . 2 minit bacaan