Simptom Jangkitan HPV pada Bayi dan Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jangkitan virus papilloma manusia  (HPV) lebih dikenali sebagai penyebab kepada kanser servik dan ketuat genital. Namun, bayi atau kanak-kanak juga boleh dijangkiti oleh virus HPV.

Punca jangkitan HPV

Kanak-kanak boleh dijangkiti HPV disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah proses kelahiran bayi yang lewat.

Penularan jangkitan HPV terjadi antara ibu dan bayi ini tidak selalunya berlaku. Ini kerana sistem kekebalan tubuh bayi boleh membasmi jangkitan apa-apa virus. Tetapi sekiranya ibu memiliki jangkitan HPV, bayi juga berisiko mengalaminya menerusi proses kelahiran normal.

Kebiasaannya doktor akan melakukan ujian saringan pada bayi yang baru dilahirkan untuk mengenal pasti sama ada bayi terkana virus HPV atau tidak.

Simptom jangkitan HPV

1. Kutil/Ketuat

Simptom jangkitan HPV pada anak biasanya disertai dengan kemunculan kutil pada tubuh. Kutil biasanya muncul di mana-mana bahagian tubuh termasuk di kemaluan dak sekitarnya. Kutil yang ada pada bayi umumnya akibat penderaan seksual.

Kutil merupakan simptom jangkitan HPV kanak-kanak yang biasanya kelihatan seperti luka dan benjolan seperti daging yang menonjol. Bagi perempuan, ketuat genital jarang muncul di vulva, tetapi boleh muncul berhampiran dubur, pada servik atau permukaan faraj. Manakala bagi kanak-kanak lelaki, kutil boleh muncul pada penis, buah zakar atau sekitar anus.

Keadaan ini menyebab ketidakselesaan, kesakitan, dan gatal pada bahagian dijangkiti

2. Mata kemerahan/Konjungtivitis

Selain kutil, kanak-kanak atau bayi yang mempunyai simptom jangkitan HPV juga boleh mengalami mata merah akibat konjungtivitis. Ini juga dikenali sebagai ophthalmia neonatorum pada bayi. Ciri-cirinya adalah warna mata merah dan jangkitan pada lapisan kelopak mata bayi anda.

Bagi bayi yang baru lahir, keadaan ini boleh menyebabkan pembengkakan kelopak mata, pendarahan atau sembap. Ini boleh berlaku satu hingga dua minggu selepas kelahiran. Keadaan ini jika tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan buta. Anda perlu berjumpa doktor jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda konjunktivitis.

3. Masalah saluran pernafasan

Papilloma laryngeal (HPV berhubung dengan pangkal tekak) adalah simptom jangkitan HPV pada kanak-kanak yang menyebabkan pembentukan kutil di dalam kerongkong dan dalam pita suara kanak-kanak. Walaupun sangat jarang berlaku, keadaan ini menghadkan pernafasan dan berpotensi mengancam kehidupan bayi yang baru lahir.

Rawatan untuk papilloma laryngeal ini mesti menggunakan pembedahan laser secara tetap untuk menghilangkan kutil yang boleh mencetuskan masalah pernafasan.

Papillomal laryngeal pada umumnya boleh dikesan dari kelahiran. Kutil juga boleh berkembang sehingga lima tahun selepas bayi anda dilahirkan. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk membawa bayi berjumpa doktor jika mengalami masalah pernafasan selama beberapa tahun pertama dalam hidupnya.

Pencegahan jangkitan dengan vaksin HPV

Dengan melakukan vaksinasi HPV, ia boleh mencegah kanser serviks, penyakit kelamin serta jangkitan HPV yang lain. Vaksin HPV paling baik diberikan kepada mereka yang belum aktif secara seksual.

Bagi orang dewasa yang merancang untuk hamil, vaksin HPV adalah salah satu perkara penting untuk mencegah bayi anda dijangkiti HPV semasa kelahiran. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan semua kanak-kanak dan dewasa berusian 13-26 tahun perlu menerima vaksin HPV.

Selain itu, amalkan hubungan seksual yang sihat dengan menggunakan kondom dan elakkan bertukar pasangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    ujian pap smear

    Lakukan Ujian Diagnosis Untuk Memeriksa Kanser Serviks, Jangan Takut Untuk Buat Prosedur Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 4 minit bacaan
    kanser serviks

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/02/2020 . 3 minit bacaan
    selamat-tinggal-kanser-serviks

    Mampukah Kita Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Kanser Serviks Menjelang Tahun 2021?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/02/2020 . 3 minit bacaan
    hpv

    Sudahkah Anda Ambil Vaksin HPV Untuk Cegah Kanser? Bukan HANYA Untuk Wanita, Lelaki Pun!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/01/2020 . 3 minit bacaan