Senarai Diet Terbaik Tahun 2020

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/01/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Menurunkan berat badan pastinya merupakan antara senarai azam tahun baru bagi kebanyakan individu. Ia sama ada bertujuan untuk penjagaan kesihatan atau sekadar untuk memperolehi bentuk badan menarik. Tetapi apakah diet terbaik untuk diamalkan tahun ini?

Diet pilihan pakar

Anda ingin berdiet? Tetapi anda tidak tahu diet apakah yang sesuai untuk anda cuba? Jangan risau, melalui perkongsian artikel kali ini, Hello Doktor akan membantu anda dengan menyenaraikan diet terbaik tahun 2020 yang boleh anda lakukan. Siapa tahu mungkin anda berjaya mendapatkan berat badan yang diinginkan?

Selama tiga tahun berturut-turut, diet Mediterranean telah dinobatkan sebagai pelan diet yang terbaik bagi kesihatan secara keseluruhan. Haaa…bukan pihak Hello Doktor yang memutuskan diet ini sebagai pilihan diet terbaik, tetapi ia diputuskan oleh hampir keseluruhan panel doktor, pakar pemakanan dan pakar kecergasan.

Ini kerana, menurut US News & World Report’s, diet Mediterranean dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko diabetes dan demensia. Malahan ia juga merupakan diet yang mudah untuk diikuti dan terbaik bagi individu yang mempunyai penyakit kencing manis.

Hanya diet Mediterranean sahaja yang boleh diamalkan? Jangan risau, berikut disenaraikan jenis diet terbaik yang boleh anda cuba dan amalkan. Mungkin azam tahun ini untuk anda menguruskan badan akan tercapai.

Jenis diet terbaik untuk dicuba

1. Diet Mediterranean

Seperti yang dinyatakan, diet ini merupakan pilihan diet terbaik. Ia menggabungkan tabiat pemakanan penduduk dari negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean, seperti Sepanyol, Perancis, Itali dan Greece. Mungkin kerana itu ia dinamakan sebagai diet Mediterranean.

Diet jenis ini digambarkan sebagai corak pemakanan berbanding diet yang berstruktur. Pengambilan produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang sederhana. 

Jika anda peminat rancangan masakan, mungkin anda mengenali siapa itu Rachel Ray. Chef selebriti ini mengangkat diet Mediterranean sebagai diet yang membantu beliau menurunkan berat badan. Malahan pelakon, Penelope Cruz juga mengatakan diet ini membantu beliau mencapai berat badan yang diidamkan selepas melahirkan anaknya.  

2. Diet HMR Program

Diet Health Management Resources (HMR) adalah pelan diet berkalori rendah. Ia menggalakkan pengambilan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak. 

Individu yang ingin mencuba diet ini disarankan untuk menggantikan makanan kepada jenis makanan berkalori rendah, kepelbagaian bijirin dan snek bar bernutrisi. Dengan gabungan sayuran dan buah-buahan bersama penggantian makanan saranan HMR, ia akan membuatkan anda mendapatkan hidangan makanan berkhasiat. Amalan pemakanan ini juga dikatakan dapat membuatkan anda berasa lebih kenyang. 

Terdapat dua variasi HMR:

  • Penyelesaian sihat (Healthy Solution) – dilakukan sendiri di rumah
  • Bebas membuat keputusan (Decision-Free) – di bawah seliaan pakar pemakanan

Selain itu, mereka yang ingin melakukan diet HMR digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal, walaupun sekadar berjalan untuk tempoh 10 hingga 20 minit setiap hari.

Satu kajian daripada University of Kentucky, mendapati dalam tempoh 12 hingga 26 bulan, individu yang mengamalkan variasi Penyelesaian sihat (Healthy Solution) secara puratanya kehilangan berat antara 13 hingga 16 kg. Manakala bagi variasi Bebas membuat keputusan (Decision-Free) purata kehilangan berat antara 19 hingga 30 kg.

Dalam satu penyelidikan lain mendapati sejumlah 59 hingga 66 peratus individu yang berjaya menurunkan berat mampu mengekalkan berat tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga tujuh tahun.

3. Diet DASH

DASH adalah daripada perkataan Dietary Approaches to Stop Hypertension (Pendekatan Pemakanan untuk Menghentikan Hipertensi), direka sebagai pelan diet pemakanan sepanjang hayat terbaik bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan diabetes. Ia dipercayai dapat membantu mencegah atau mengurangkan tekanan darah tinggi (hipertensi).

Diet ini menggalakkan pengurangan pengambilan garam dan memakan lebih sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan tenusu rendah lemak. Selain itu, diet ini juga menyarankan pengambilan secara sederhana bagi bijirin, ikan, ayam dan kekacang.

Individu yang ingin mencuba diet ini perlu mengehadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu seperti daging merah dan produk tenusu tinggi lemak serta minuman manis. Diet standard DASH mencadangkan pengambilan garam yang tidak melebihi 2,300 miligram (mg) setiap hari. Tetapi bagi individu dengan masalah kesihatan tertentu, dinasihatkan untuk tidak mengambil garam lebih daripada 1,500 mg sehari.

Diet DASH yang disyorkan oleh American Heart Association dan National Heart, Lung, and Blood Institute, juga menyarankan amalan senaman sekurang-kurangnya 150 minit untuk aktiviti berintensiti sederhana seminggu, seperti berjalan kaki pantas selama 30 minit, lima hari seminggu. 

4. Diet Ornish

Diet ini dicipta oleh seorang profesor perubatan di University of California di San Francisco, Dr Dean Ornish, pada awal tahun 1990-an. Ia direka untuk individu vegan mencapai pelbagai matlamat seperti kehilangan berat badan bagi menurunkan tekanan darah serta mengatasi masalah berkaitan penyakit jantung. 

Dalam diet ini, ia mengkategorikan makanan kepada lima kumpulan; dari ‘paling sihat’ (kumpulan satu) kepada ‘kurang sihat’ (kumpulan lima). Hanya 10 peratus kalori boleh datang dari lemak dan individu yang mengamalkan diet ini perlu mengawal pengambilan lemak pada tahap yang minimum. Manakala pengambilan makanan berkolesterol dan karbohidrat diproses serta produk berasaskan haiwan adalah dilarang sama sekali. 

Makanan serat tinggi, seperti kentang, dan karbohidrat kompleks, seperti kacang, adalah digalakkan dalam diet ini. Walaupun ia adalah diet vegetarian, tetapi ia tidak vegan kerana individu yang mengamalkan diet Ornish dibenarkan memakan putih telur dan satu cawan susu tanpa lemak atau yogurt setiap hari.

5. Diet Flexitarian

Flexitarian adalah kombinasi perkataan fleksibel dan vegetarian. Ia pertama kali dicipta oleh ahli diet bertauliah, Dawn Jackson Blatner pada tahun 2009. Diet ini menggalakkan individu yang ingin mencubanya untuk menjadi vegetarian pada kebanyakan masa. Tetapi jika anda menginginkan untuk memakan daging, anda boleh mengambilnya.

Ia adalah berkisarkan pengiraan kalori. Bagi pengambilan sarapan adalah sekitar 300 kalori, makan tengah hari adalah 400 kalori dan makan malam adalah kira-kira 500 kalori. Individu yang mengamalkannya boleh mempunyai dua makanan snek ringan dengan setiap satu sekitar 150 kalori bagi jumlah kalori harian sebanyak 1,500 kalori.

Mereka yang mematuhi diet Flexitarian mungkin berjaya menurunkan berat badan kerana beberapa kajian mendapati bahawa individu vegetarian akan mempunyai berat badan yang kurang dan mempunyai indeks jisim badan yang lebih rendah berbanding daripada mereka yang memakan daging.

Kesimpulan 

Rupanya ada pelbagai jenis diet yang boleh anda cuba, bukan? Ini bermaksud selain daripada diet intermittent fasting, diet rendah karbo atau diet ADF, anda turut mempunyai pilihan diet lain yang boleh anda cuba. Tetapi perkara paling utama, pastikan pilihan diet anda adalah pilihan diet terbaik dan bersesuaian dengan tahap kesihatan anda. Jadi selamat berdiet! 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Untuk menghindari penyakit, kita harus menjaga pemakanan & bersenam. Tapi 1 perkara tidak diketahui, menjadi ibu juga dapat memperbaiki tahap kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!

    Pelbagai cara yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan. Namun, berat masih tak turun-turun. Mahu tips kurus? Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/06/2020 . 3 minit bacaan

    Belum Pun Seminggu Raya, Tapi Badan Makin Kembang? Ikut 23 Cara Ini Kalau Nak Slim Kembali

    Alamak, seluar dan baju makin ketat!!! Sedang mencari cara nak kurus? Jangan risau, ini Hello Doktor kongsikan 23 tip penjagaan berat badan untuk dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/05/2020 . 3 minit bacaan

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil diet

    Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mengatasi malas bersenam

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    daun kapal terbang

    Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan