Keadaan Kesihatan dan Penyakit akibat Merokok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Anda pastinya tahu bahawa merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru dan penyakit jantung. Anda juga tahu ia akan membuatkan gigi akan menjadi kuning. Anda pasti sedar bahawa ia juga akan membuatkan kulit anda berkedut, mengotorkan jari dan mengurangkan deria rasa dan deria bau anda.

Tetapi jika sebab-sebab di atas masih belum berjaya buat anda untuk berhenti merokok, berikut terdapat beberapa penyakit yang mungkin akan hadir dalam hidup anda akibat merokok:

Psoriasis

Merokok tidak akan menyebabkan penyakit autoimmune (autoimmune disorder), iaitu rasa gatal, secara langsung. Walau bagaimanapun, terdapat dua perkara yang penyelidik pasti tentang psoriasis. Pertama, ia ada kaitan dengan genetik. Kedua, merokok dan tembakau memberi faktor risiko lebih dua kali ganda untuk psoriasis terjadi kepada mereka yang sudah sedia memiliki genetik psoriasis.

Gangren

Anda mungkin pernah mendengar tentang gangren. Ia berlaku apabila tisu di dalam badan anda terurai, dan ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Apabila bahagian hujung saluran darah anda tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi, ia akan membawa kepada gangren. Merokok untuk tempoh jangka masa yang panjang akan menjadi punca kepada saluran darah yang tersekat sekali gus menyebabkan kurangnya pengaliran darah.

Mati pucuk

Sepertimana keadaan gangren, merokok untuk tempoh yang lama juga boleh memotong bekalan darah ke alat kelamin lelaki. Ingin menggunakan Viagra sebagai makanan tambahan? Ia mungkin tidak akan berlaku. Reaksi kimia dalam badan yang berlaku sebagai tindak balas terhadap merokok akan menyebabkan ubat-ubatan seperti disfungsi erektikal (erectile dysfunction, ED) tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Strok

Walaupun saluran darah anda bertindak balas terhadap karsinogen, namun ia juga boleh membawa darah beku berbahaya ke bahagian otak anda. Sekiranya darah beku tidak membawa maut, ia boleh menyebabkan kerosakan otak yang serius.

Buta

Jika anda memilih untuk terus merokok daripada berhenti, berkemungkinan akan menyebabkan degenerasi makula (macular degeneration) atau gangguan mata kronik. Ia boleh mengakibatkan saluran darah ke retina tersekat dan menjadikan buta secara kekal.

Degenerative disk disease
Penyakit kemerosotan cakera melibatkan kesakitan pada bahagian tulang belakang. Merokok adalah punca yang mempercepatkan proses kemerosotan ini. Ia berlaku apabila cecair di antara tulang belakang dan cakera hilang, mengakibatkan tulang belakang tidak dapat dilindungi dan tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya. Akhirnya menyebabkan anda mendapat sakit belakang yang kronik, pendarahan dalam cakera, dan mungkin menjadi osteoarthritis (OA).

Kanser lain

Anda biasa mendengar tentang kanser paru-paru – penyakit biasa yang disebut sebagai alasan untuk memberi anda sebab berhenti merokok. Tetapi jangan lupa, penyakit kanser lain juga boleh berlaku, seperti:

  • Hati, buah pinggang, atau pundi kencing.
  • Bibir, atau mulut.
  • Tekak, laryngeal, atau esophageal.
  • Perut, atau kolon.
  • Pankreas
  • Serviks

Mungkin juga Leukemia, ini kerana risiko untuk dijangkiti semakin meningkat apabila anda merokok.

Tekad hati

Apabila anda sudah bersedia untuk berhenti, terdapat banyak cara untuk memulakan langkah menjadi perokok bebas. Sememangnya pilihan positif ini banyak dugaan dan cabaran, tetapi jika mendapatkan sokongan dan bantuan yang betul, ia pastinya membuahkan hasil yang berbaloi. Ini adalah soal kehidupan anda, kesihatan anda, maka pilihlah dengan bijak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Sama seperti insan lain, individu dengan penyakit barah juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan lafazkan 9 perkara ini jika anda menziarahi mereka, okay?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser Payudara, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit kanser atau barah sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ketahui apa itu kanser, simptom, punca dan bila anda perlu berjumpa doktor.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

    Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

    Anda nampak tahi lalat pelik pada badan anda? Jaga-jaga, itu mungkin tanda kanser kulit. Kesan kanser melanoma melalui 2 kaedah mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    zakar tidak tegang

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    mati pucuk

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    hpv adalah

    Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan