backup og meta

Selain Mati Pucuk & Mandul, Ada 3 Lagi Kesan Jika Buang Prostat, Orang Lelaki Kena Tahu Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 27/12/2022

    Selain Mati Pucuk & Mandul, Ada 3 Lagi Kesan Jika Buang Prostat, Orang Lelaki Kena Tahu Ini!

    Terdapat pelbagai kesan sampingan yang boleh dialami oleh penghidap kanser prostat setelah menjalani rawatan terutamanya jika ia melibatkan kaedah pembedahan. Sudah pasti ramai lelaki yang menghidap penyakit ini akan tertanya-tanya apakah kesan selepas pembedahan prostat, kan?

    Sebelum itu, biar kami terangkan dahulu mengenai pembedahan ini secara umum.

    Organ prostat terletak berdekatan dengan salur darah, urat saraf dan organ penting dalam sistem gastrousus dan perkumuhan.

    Pembedahan bagi membuang sel kanser dari organ tersebut boleh menyebabkan kecederaan pada mana-mana struktur hingga boleh mengakibatkan kecelaruan fungsi.

    Bagi memastikan kualiti hidup penghidap berada pada paras yang optimum, kesan selepas pembedahan tersebut wajar dikesan pada peringkat awal supaya ia dapat dirawat.

    Artikel ini akan menyenaraikan 5 kesan selepas pembedahan yang bakal dialami oleh penghidap kanser prostat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Prostat, sila dapatkannya di sini.

    #1 Kecelaruan fungsi urinari, kesan selepas pembedahan prostat yang lazim dialami

    Kesan sampingan ini merangkumi masalah sukar tahan kencing (inkontinens), kekerapan kencing meningkat dan sakit ketika kencing.  

    Pada awalnya, simptom ini boleh berlaku disebabkan oleh masalah prostat bengkak

    Namun, selepas rawatan diberikan, simptom ini boleh terjadi berpunca daripada kecederaan saraf dan otot yang mengawal aliran keluar air kencing.

    Hampir kesemua lelaki akan mengalami masalah kebocoran air kencing selepas prosedur pembedahan.

    Namun, ia akan pulih dari masa ke semasa. Kesan pemulihan akan lebih optimum sekiranya ia disertakan dengan senaman (seperti kegel dan sebagainya).

    Kebanyakan lelaki akan sembuh daripada kesan sampingan urinari dalam tempoh masa setahun.

    Bagi mereka yang mengalami masalah kebocoran serius, rujukan kepada doktor pakar wajar dilakukan.

    #2 Kecelaruan fungsi usus, komplikasi yang jarang berlaku

    kesan selepas pembedahan

    Terdapat pelbagai jenis masalah yang boleh berlaku kepada organ usus apabila ia berkaitan dengan kesan sampingan selepas rawatan prostat.

    Kecederaan pada organ rektum (terletak di hujung usus besar) boleh menyebabkan masalah pendarahan, cirit-birit dan kesukaran untuk menahan tinja daripada keluar.

    Selepas prosedur prostatektomi (pembuangan prostat), penghidap kanser boleh mengalami masalah yang mengubah fungsi usus.

    Walau bagaimanapun, risiko berlakunya permasalahan tersebut tersangatlah rendah (kurang daripada 1 peratus).

    Rawatan lain seperti terapi radio boleh menyebabkan masalah usus seperti cirit birit berikutan kedudukan usus besar berdekatan dengan organ prostat. 

    Namun, masalah ini jarang berlaku dan hanya 2 hingga 3 peratus pesakit sahaja akan mengalami pendarahan rektum.

    #3 Mati pucuk, kesan selepas pembedahan yang buat anda takut

    kesan selepas pembedahan

    Berbeza dengan fungsi yang lain, saraf dan salur darah yang mengawal fungsi zakar untuk mengalami ereksi sangat rapuh dan mudah mengalami kecederaan.

    Perkara ini membuatkan mati pucuk lazim dialami selepas rawatan kanser prostat.

    Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami masalah mati pucuk akan pulih secara perlahan-lahan, rata-rata dalam tempoh satu tahun selepas rawatan dijalankan.

    Impak pembedahan terhadap fungsi organ seksual tersebut turut bergantung kepada tahap kecekapan pakar bedah yang memotong ketumbuhan.

    Pun begitu, perlu juga diingatkan bahawa, jika anda mengalami masalah mati pucuk selepas mendapatkan rawatan kanser prostat, jangka masa pemulihannya bergantung kepada beberapa faktor.

    Sebagai contoh, beberapa penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi sering dikaitkan dengan masalah mati pucuk. 

    Maka jika keadaan kesihatan ini tidak terkawal, boleh jadi sukar untuk anda mendapat semula tahap ketegangan yang dialami pra-pembedahan.

    Anda mungkin berminat:

    Secara umumnya, hampir mustahil seorang lelaki yang telah menjalani prosedur prostatektomi untuk mendapatkan anak.

    Ia berikutan organ prostat merupakan elemen utama dalam penghasilan air mani bagi membawa keluar sperma untuk masuk ke dalam faraj wanita.

    Jika prostat telah dibuang sepenuhnya, sperma tidak boleh keluar dan proses persenyawaan tidak boleh berlaku.

    Keadaan akan menjadi lebih keruh selepas penghidap kanser prostat mendapatkan rawatan terapi radiasi.

    Sel prostat yang dipancarkan dengan cahaya radiasi cenderung untuk mengalami kecelaruan sehingga menyebabkan fungsi mereka untuk membawa keluar sperma boleh terjejas.

    Tambahan pula, rawatan tersebut boleh memusnahkan sperma di dalam testis meskipun ia jarang berlaku.

    #5 Kesan sampingan daripada terapi hormon

    Hormon testosteron sangat penting bagi lelaki berikutan ia memberikan ciri-ciri kelelakian seperti bulu badan, otot, nafsu seks dan fungsi ereksi.

    Meskipun begitu, rawatan (selain pembedahan) yang sering dipreskripsikan kepada pesakit kanser prostat boleh menurunkan paras testosteron di dalam badan.

    Perkara ini boleh menyebabkan masalah seperti:

    1. Rasa panas
    2. Turun nafsu seks
    3. Tulang menjadi rapuh
    4. Mati pucuk
    5. Kelesuan
    6. Kenaikan berat badan
    7. Risiko mendapat penyakit kronik meningkat

    Buat masa sekarang, kita masih tidak tahu sejauh mana atau seteruk mana kesan sampingan yang akan dialami oleh penghidap kanser prostat yang menjalani terapi hormon.

    Pun begitu, pengamalan gaya hidup sihat boleh membantu meredakan simptom yang dialami seterusnya meningkatkan kualiti kesihatan penghidap.

    Konklusi

    Pelbagai jenis kesan sampingan yang boleh dialami oleh penghidap kanser prostat selepas pembedahan.

    Namun, itu bukanlah alasan untuk anda menangguhkan pelan rawatan yang telah dirancang oleh doktor.

    Anda perlu mempertimbangkan kesan baik dan buruk yang boleh disebabkan oleh kanser jika ia tidak dibuang dengan segera.

    Jika anda mengalami kesan sampingan teruk selepas pembedahan sekalipun, terdapat rawatan yang boleh membantu meredakan simptom di samping perubahan gaya hidup kepada yang lebih sihat.

    Dapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor yang bertauliah sekiranya anda menghidap kanser prostat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 27/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan