backup og meta

Gangguan Dan Serangan Seksual: Fahami Emosi Mangsa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2019

    Gangguan Dan Serangan Seksual: Fahami Emosi Mangsa

    Setiap mangsa yang terselamat daripada  gangguan dan serangan seksual mempunyai emosi dan pengalaman yang tersendiri. Ia bergantung kepada keadaan kesihatan mental atau jenis serangan yang dihadapi.

    Sesetengah individu menghadapinya dengan tenang dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun, sesetengah individu lain mungkin akan menangis, menggigil dan sukar meneruskan kehidupan seperti biasa.

    Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, bagaimana tindak balas anda jika berdepan dengan gangguan dan serangan seksual?

    Ia boleh mencetuskan pelbagai emosi dan perasaan yang berbeza apabila terselamat. Walaupun setiap mangsa akan memberikan tindak balas yang berbeza antara satu sama lain dalam situasi ini, terdapat emosi umum yang boleh dikenal pasti setelah melalui serangan atau gangguan seksual ini.

    Terkejut dan kelu

    Selepas berdepan dengan pengalaman yang dashyat ini, anda akan berasa terkejut, kelu dan tidak percaya. Ini adalah emosi yang normal apabila melalui sesuatu yang tidak kita terjangka akan berlaku. Anda mungkin ketawa atau menangis tanpa kawalan, namun sebaliknya, mungkin sukar untuk anda menangis mahupun ketawa. Seolah-olah perasaan anda telah beku ataupun kebas. 

    Ketakutan

    Serangan seksual adalah satu jenayah. Adalah normal untuk berasa takut selepas serangan. Anda mungkin takut kehilangan nyawa, takut penyerang akan kembali memburu anda.

    Anda juga akan merasa takut bahawa anda mungkin menjadi sasaran penjenayah seksual lain. Anda mungkin juga akan berasa bimbang bahawa individu di sekeliling anda mengetahui tentang serangan yang anda hadapi dan menjadikan anda mangsa serangan seksual.

    Anda mungkin takut dan risau terhadap pandangan individu lain. Anda mungkin fikir bahawa mereka akan menyakiti atau mentertawakan anda. Keadaan ini berlaku, jika penyerang itu adalah individu yang anda kenal atau suka.

    Rasa malu dan bersalah

    Ini berlaku kerana persepsi masyarakat yang sering menyalahkan mangsa, walaupun anda tidak melakukan sebarang kesalahan, anda tetap merasa bersalah. Walaupun anda menyedari bahawa ia bukan kesalahan anda, anda mungkin berasakan bahawa ia bermula dari kesilapan anda.

    Apabila anda diserang secara seksual, anda telah terpaksa melakukan perkara yang anda tidak mahu dan tidak akan lakukan. Anda mungkin berasa diri anda kotor dan menjijikan. Anda mungkin berasa anda telah memberi peluang kepada penyerang untuk melakukan serangan dan gangguan seksual kepada anda, dan anda membiarkan ianya terjadi.

    Perasaan ini telah membuatkan anda memilih untuk berdiam diri. Anda tidak akan melaporkan kepada polis, jadi ia membolehkan penyerang meneruskan aktiviti jenayah yang dilakukan tanpa sebarang hukuman.

    Kemarahan

    Hakikatnya anda adalah mangsa dan anda diserang. Kemarahan merupakan satu tindak balas normal terhadap apa yang anda lalui.

    Anda mungkin merasa marah dengan penyerang, dengan diri anda yang membiarkan perkara ini berlaku, atau kepada individu yang ingin membantu anda. Ada masanya, kemarahan yang dilalui boleh membawa kepada tindakan jenayah seperti membunuh penyerang.

    Hilang kawalan

    Anda pasti tidak pernah terfikir serangan ini boleh berlaku kepada anda. Tetapi ia telah berlaku. Dan anda kehilangan keyakinan diri. Anda pasti terfikir bahawa anda tidak berguna, tidak berkuasa dan tidak dapat mengawal hidup anda kerana membiarkan serangan berlaku.

    Ketidakpercayaan

    Jika penyerang itu adalah individu yang anda kenali, seperti seorang yang anda sayangi atau jiran; anda mungkin berfikir bahawa anda tidak boleh mempercayai individu yang akan kenali.

    Sekiranya anda diserang oleh individu yang tidak anda kenali,  anda mungkin berasa bahawa anda tidak boleh mempercayai individu lain yang tidak anda kenali. Anda akan kehilangan kepercayaan dalam kehidupan dan kepada individu di sekeliling anda. Semua individu akan kelihatan jahat dan boleh menyerang anda pada bila-bila masa.

    Tanda tanya

    Anda mungkin ingin mengetahui mengapa penyerang memilih anda. Kenapa tidak dia memilih individu lain? Kenapa mesti anda yang diserang secara seksual? Ini adalah normal kerana anda tahu bukan semua individu akan diserang secara seksual.

    Selepas serangan seksual, emosi anda akan berubah secara ketara. Perubahan ini akan mendatangkan kesan dalam kehidupan seharian anda dan membuatkan anda kekal negatif. Walau bagaimanapun, anda boleh mengubah cara anda berfikir untuk membantu proses penyembuhan.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan