Awas! Bahaya Asap Rokok Pasif Terhadap Anak Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Umum mengetahui bahawa tabiat merokok akan membahayakan kesihatan si perokok. Namun ramai yang tidak tahu bahawa ia juga akan menjejaskan individu yang berada di sekeliling perokok tersebut. Berikut merupakan apa yang anda perlu tahu mengenai asap rokok pasif dan mengapa anda dan anak anda perlu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Apakah itu asap rokok pasif?

Perokok pasif atau perokok kedua adalah pengertian kepada individu yang berada di sekeliling perokok aktif dan menghidu asap rokok pasif. Ia dipercayai lebih berbahaya kerana asap rokok pasif ini bercampur dengan pelbagai jenis tembakau-tembakau lain yang disedut oleh perokok-perokok aktif di sekeliling mereka.

Adakah terdapat sebarang had terhadap pendedahan kepada asap rokok?

Tidak. Setiap pendedahan kepada asap rokok akan meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser. Risiko ini akan lebih berbahaya kepada golongan bayi dan kanak-kanak ekoran sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya.

Sebagai individu dewasa, anda perlu sentiasa ingat bahawa sebatang rokok mengandungi sekurang-kurangnya 4,000 hingga 5,000 bahan kimia yang mengandungi lebih kurang 43 hingga 69 agen karsinogenik dan 400 lagi bahan beracun yang lain seperti:

  • Benzena: bahan yang digunakan dalam pembuatan simen getah
  • Plumbum: bahan yang dijumpai dalam bateri
  • Hidrogen: bahan yang dijumpai dalam senjata
  • Arsenik: bahan yang dijumpai dalam racun tikut

Merokok pasif sebenarnya berbahaya berbanding merokok aktif

Walaupun sering menjadi perdebatan, merokok pasif sememangnya akan memberi lebih implikasi terhadap kesihatan berbanding merokok aktif. Ini disebabkan oleh asap rokok pasif sebenarnya mempunyai partikel asap yang lebih kecil berbanding asap rokok aktif lantas menyebabkan ia lebih mudah untuk menyerang paru-paru individu yang menghidunya.

Tambahan itu, rokok mengandungi penapis pada puntungnya yang akan menghilang bahan kimia beracun dari memasuki paru-paru perokok aktif. Perokok pasif yang tidak memakai topeng muka semasa terdedah dengan asap rokok ini akan menghidu setiap toksin yang terdapat dalam asap rokok pasif.

Bahaya asap rokok pasif terhadap bayi dan kanak-kanak

Kanak-kanak yang sering terdedah kepada asap rokok pasif ini akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi pelbagai kondisi kesihatan seperti bronkitis, pneumonua, leukemia, infeksi telinga serta masalah pernafasan seperti asma. Kanak-kanak yang sudah sedia menghidapi asma pula dan sering terdedah kepada asap rokok pasif akan berisiko lebih tinggi diserang asma yang lebih teruk berbanding kanak-kanak yang tidak terdedah dengannya.

Merokok pasif juga dikaitkan dengan kematian ribuan bayi setiap tahun. Bayi yang memiliki ibu seorang perokok atau sering terdedah dengan asap rokok pasif sepanjang tempoh kehamilan akan berisiko lahir pramatang, lahir kurang berat atau lebih membimbangkan, meninggal dunia akibat SIDS.

Bagaimanakah melindungi anak anda daripada asap rokok pasif?

Ibu bapa perlu tahu bahawa tidak terdapat sebarang alat seperti kipas atau penyaman udara yang mampu menguraikan racun yang terdapat dalam asap rokok. Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk melindungi anak anda adalah mengurangkan pendedahan mereka terhadap asap rokok pasif. Ini mampu dicapai dengan panduan asas berikut:

  • Hanya membawa mereka keluar ke tempat yang mempunyai area bebas asap rokok
  • Jangan benarkan sesiapa sahaja merokok di dalam rumah, kereta atau di mana-mana kawasan persekitaran anda
  • Jangan menggunakan khidmat pengasuh yang merokok
  • Paling penting, anda sendiri juga perlu untuk tidak merokok

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Jerawat berlaku apabila liang pori tersumbat dengan kotoran dan minyak. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi merawatnya, termasuk menggunakan soda penaik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Penyakit glomerulonephritis merupakan sejenis gangguan buah pinggang. Penyakit ini berlaku apabila glomeruli terluka atau mengalami inflamasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suara lelaki

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat pada kemaluan faraj

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    rawatan skizofrenia

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    bunyi bising

    Anda Risau Bayi Tidur Berdengkur? Ini 5 Punca Lazim Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan