backup og meta

Selalu Sakit Semasa Berpuasa? Ketahui 5 Penyakit Lazim Berlaku Di Bulan Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/09/2021

    Selalu Sakit Semasa Berpuasa? Ketahui 5 Penyakit Lazim Berlaku Di Bulan Ramadan

    Bulan Ramadan tiba lagi! Bersamanya, datang sekali dengan penyakit bulan puasa yang lazim melanda disebabkan oleh perubahan pada corak pengambilan makanan.

    Adakah ini bermaksud kegiatan berpuasa boleh mendatangkan keburukan kepada umat Islam?

    Tidak sama sekali!

    Namun jika anda makan mengikut hawa nafsu pada waktu berbuka dan tidak bangun untuk bersahur, anda berisiko mendapat masalah ini.

    Teruskan membaca jika ingin mengetahui berkenaan dengan simptom atau penyakit bulan puasa yang lazim dialami. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    #1 Tidak cukup minum air atau dehidrasi

    Walaupun ia memang boleh dijangka, terdapat segelintir individu yang akan mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk.

    Ini terutamanya bagi mereka yang bekerja berat ketika sedang berpuasa.

    Badan manusia terdiri daripada 75% air yang memenuhi ruangan sel.

    Apabila terdapat lebih banyak air yang tersejat keluar berbanding dengan air yang masuk, anda akan mengalami dehidrasi.

    Oleh sebab itu, amat penting bagi setiap individu yang berpuasa untuk mengambil air pada corak yang berpatutan.

    Saranan masih pada 8 gelas sehari namun bahagikan waktu selepas berbuka sehingga sahur.

    Kurangkan daripada membuat kerja berat untuk elak mendapat penyakit dehidrasi bulan puasa. 

    Jika anda masih perlu melakukan kerja berat, bergantung kepada simptom, anda perlu tentukan jika perlu berbuka ataupun tidak.

    Walaupun jarang berlaku dehidrasi teruk hanya kerana berpuasa, tapi faktor persekitaran membuatkan ia tidak mustahil untuk berlaku.

    #2 Gula dalam darah rendah, penyakit bulan puasa yang lazim

    penyakit bulan puasa

    Sama seperti dehidrasi, oleh sebab mereka yang berpuasa tidak mengambil sebarang makanan dan minuman, jadi paras gula di dalam darah kebiasaannya lebih rendah daripada biasa.

    Walau bagaimanapun, penyakit bulan puasa ini lebih lazim berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kencing manis terutamanya bagi yang mengambil rawatan insulin.

    Antara simptom yang boleh dialami oleh:

    1. Pening kepala
    2. Rasa lapar yang teramat
    3. Kekeliruan
    4. Perpeluhan
    5. Menggeletar
    6. Penglihatan kabur
    7. Perubahan personaliti

    Bagi mereka yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, perkara ini tidak merisaukan. 

    Apabila gula di dalam badan rendah, insulin juga akan kurang dirembeskan. Ini membuatkan badan akan menggunakan stok bekalan lemak.

    Apa yang anda perlu tahu berkaitan dengan penggunaan lemak, enzimnya sangat sensitif dengan insulin.

    Jika terdapat insulin, ia tidak akan bekerja. 

    Maka, pesakit kencing manis yang tidak mengawal pengambilan insulin boleh mempunyai tahap insulin yang tinggi.

    Ia merupakan salah satu penyakit bulan puasa yang kerap berlaku pada populasi tersebut.

    Badan tidak boleh menggunakan lemak sebagai tenaga berikutan paras insulin yang tinggi.

    Perkara ini menyebabkan simptom seperti yang dinyatakan.

    #3 Keracunan makanan atau gejala cirit-birit dan muntah

    Mungkin ia bukan keracunan makanan, namun gejala cirit-birit kerap berlaku dalam bulan puasa.

    Ia  berikutan pengambilan makanan berlebihan ketika berbuka puasa.

    Tidak dinafikan bahawa pada bulan ini, kadar pembelian makanan dari luar meningkat terutamanya bagi pasangan suami isteri yang bekerja.

    Pembelian makanan di kedai yang terletak di persekitaran kotor meningkatkan risiko masalah keracunan makanan.

    Anda mungkin berminat:

    Selain itu, pengambilan makanan pedas juga punca kepada penyakit bulan puasa ini.

    Oleh itu, anda perlu menjaga kebersihan sebaiknya. Amalkan tabiat basuh tangan sebelum dan selepas menguruskan makanan.

    Lebih baik jika anda boleh meluangkan masa untuk memasak sendiri.

    Namun, jika tidak boleh, pastikan anda mencari makanan di lokaliti yang bersih.

    #4 Sakit kepala, penyakit bulan puasa yang boleh dialami oleh sesiapapun

    Ia bukanlah satu penyakit namun gejala ini kerap berlaku kepada setiap individu yang berpuasa.

    Setiap individu mempunyai daya ketahanan tubuh yang berbeza bergantung kepada faktor tertentu.

    Mereka yang berpuasa tanpa bersahur lebih cenderung untuk mengalami masalah sakit kepala memandangkan mereka tidak mengambil air yang cukup.

    Begitu juga umat Islam yang menetap di negara luar. Terdapat negara yang mempunyai waktu berpuasa melebihi 16 jam berikutan waktu siang yang panjang.

    Bayangkan jika anda menetap di Iceland dan Norway. Anda perlu berpuasa selama 20 hingga 21 jam!

    Ia bukanlah satu perkara yang mudah dan penyakit bulan puasa ini mudah berlaku kepada umat di negara tersebut.

    Namun, perlu diingatkan, pening kepala tidak semestinya berpunca daripada kurang pengambilan makanan dan minuman.

    Ia juga boleh berlaku jika tabiat tidur anda tidak terjaga.

    #5 Sakit perut, penyakit bulan puasa yang biasa anda lihat

    penyakit bulan puasa

    Sakit perut pada bulan Ramadan sering berlaku berikutan kebanyakan individu mempunyai konsep pemakanan yang salah apabila tiba waktu berbuka.

    Bayangkan jika anda makan lebih daripada apa yang perut anda boleh tampung pada satu masa. 

    Ia bukan sahaja boleh menyebabkan simptom sakit perut, malah pedih ulu hati yang boleh berlaku akibat penyakit refluks gastroesofagus.

    Baca juga:

    Perkara ini lazim berlaku kepada mereka yang baring sejurus selepas makan.

    Untuk elak daripada mengalami simptom sakit perut, tabiat makan merupakan kunci utama.

    Anda perlu bersahur bagi mengelakkan masalah gastrik dan makan secara besederhana ketika berbuka.

    Konklusi

    Jika anda ingin menjaga tahap kesihatan sepanjang bulan Ramadan, anda perlu lebih peka dengan apa yang dimakan.

    Pemakanan merupakan kunci utama kepada tahap kesihatan individu.

    Amalan berpuasa mempunyai pelbagai jenis kebaikan kesihatan.

    Oleh itu, jangan sia-siakannya dengan kerakusan anda untuk makan banyak sewaktu berbuka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan