Pasangan Berbeza Tabiat Tidur? Jom Ketahui Cara Mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bagi individu berkahwin, waktu tidur merupakan antara waktu yang sesuai untuk bermesra bersama pasangan tanpa gangguan. Tetapi bagaimana jika pasangan mempunyai tabiat tidur yang berbeza?

Kunci kebahagiaan?

Pasangan suami isteri, terutamanya jika sudah bergelar ibu ayah, peluang untuk berdua di dalam bilik pada waktu tidur pastinya merupakan antara masa untuk bermesra dengan pasangan secara privasi.

Tetapi bagaimana jika pasangan anda mempunyai tabiat tidur yang berbeza? Sebenarnya, tabiat tidur atau sikap setiap pasangan di kamar tidur boleh menjadi penanda aras untuk menentukan kebahagiaan dalam rumah tangga. 

Atasi tabiat tidur

Sudah tentu semua pasangan yang berkahwin inginkan kebahagiaan. Jadi berikut adalah cara mengatasi perbezaan tabiat tidur antara pasangan.

  1. Berlainan masa tidur

Sebenarnya, ia menjadi kebiasaan untuk tidur pada waktu yang berbeza. Adakalanya ia disebabkan oleh tugasan kerja yang perlu disiapkan. Tetapi tabiat ini secara perlahan-lahan boleh menjejaskan perhubungan.

Jadi untuk mengatasinya, mungkin anda boleh masuk ke bilik bersama walaupun anda masih belum mengantuk dan tidak berasa ingin tidur. Temankan pasangan anda dengan berbual atau mungkin sekadar memeluknya sehingga dia tidur. 

  1. Keintiman 

Tidak dinafikan keletihan akibat seharian bekerja mungkin mengurangkan keinginan untuk bersama pasangan. Malahan ramai di antara pasangan suami isteri sering kali mengabaikan aspek keintiman ini dan menganggap ia adalah satu perkara normal.

Keintiman tidak bermakna hanya melibatkan hubungan seksual. Tetapi bergurau senda, memeluk pasangan serta mencium walau sekadar di pipi sudah boleh mengekalkan rasa keintiman antara pasangan. 

  1. Suasana bilik

Suasana dalam bilik memainkan peranan penting. Ia sama ada akan memberikan keinginan untuk segera masuk ke bilik tidur atau membuatkan anda hilang keinginan. Susun atur perabut yang terlalu padat atau berserabut di dalam bilik juga boleh menjejaskan keinginan anda untuk tidur.

Berbincanglah dengan pasangan untuk melakukan pengubahsuaian pada bilik jika perlu. Bilik dengan suasana yang dingin dan susunan perabut yang ringkas pastinya dapat memberikan ketenangan. Anda juga boleh letakkan sebarang tumbuhan hiasan untuk menaikkan lagi suasana bilik. 

  1. Emosi

Berada dalam keadaan atau emosi yang marah atau tidak stabil boleh menjadi punca yang menjejaskan perhubungan suami isteri. Apatah lagi jika emosi itu terbawa-bawa sampai ke bilik tidur.

Jadi sebaiknya, sebelum masuk tidur atau waktu tiba di rumah dari tempat kerja, elakkan dari terbawa-bawa emosi yang marah itu. Ini kerana apabila anda berada di dalam emosi yang terganggu, besar kemungkinan anda akan melepaskannya kepada pasangan anda. Jadi fikir-fikirkanlah.

Berbincang 

Walaupun tempoh waktu yang disarankan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah 8 jam, tetapi ia mungkin berbeza bagi setiap individu. Terdapat sesetengah individu mungkin memerlukan kurang waktu tidur berbanding yang lain.

Jadi penyelesaian yang terbaik adalah untuk berbincang. Ia dapat membantu anda memahami keperluan pasangan dan membuatkan pasangan anda memahami tentang keperluan anda. Namun, sebaik-baiknya, hindari daripada tidur berasingan demi kesejahteraan perhubungan anda dan pasangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

    Rasa mengantuk sebab tak cukup tidur boleh menyebabkan nafsu seks anda kurang. Ini boleh mengganggu kemesraan di antara anda dan pasangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Anda Yang Sayang Sangat Dengan Bantal Busuk, AWAS Dengan 7 Perkara Ini!

    Anda ada bantal busuk? Ya, ia mungkin normal namun ketahuilah bahawa terdapat 7 bahaya yang menanti anda! Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

    Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Susah tidur malam, isu sering dialami oleh individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    waktu tidur

    Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat tidur siang

    Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    penutup telinga untuk tidur

    Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    seks ketika tidur

    Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan