Ketahui 6 Teknik Membuang Bulu Yang Anda Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 8 minit bacaan
Share now

Mungkin bagi sesetengah individu, bulu atau rambut yang wujud pada mana-mana bahagian tubuh badan adalah seksi, namun tidak semua berfikiran sedemikian. Disebabkan itu, membuang bulu telah menjadi satu bahagian penting dalam rutin kecantikan individu tidak kira lelaki atau wanita. Anda juga mungkin pernah atau akan berfikir tentang penyingkiran rambut secara kekal untuk memudahkan rutin penjagaan diri anda. Sebenarnya, anda mempunyai banyak pilihan, jadi anda boleh cuba pelbagai cara yang berbeza untuk membuat kulit anda kekal licin.

Memahami jenis bulu

Tetapi sebelum itu, anda perlu kenal jenis bulu atau rambut yang tumbuh pada tubuh badan anda terlebih dahulu. Ini kerana setiap jenis bulu mempunyai kaedah penyingkiran yang tersendiri. Disebabkan itu, adalah penting untuk mengetahui jenis rambut pada tubuh badan anda sebelum membuangnya. Pertama sekali, anda perlu memahami teksturnya. Rambut tumbuh dari folikel iaitu seperti tiub kecil di bawah permukaan kulit anda. Semua rambut diperbuat daripada keratin, yang merupakan salah satu daripada kumpulan protein yang mempunyai struktur berserat.

Terdapat dua jenis bulu pada badan anda:

Bulu roma: Ia lembut, halus, dan pendek. Kebanyakan individu mempunyai rambut seperti ini pada dada, belakang badan dan muka. Ia memastikan kestabilan suhu badan anda.

Bulu terminal: Ia bersifat lebih kasar, lebih gelap, dan lebih panjang berbanding bulu roma. Ia tumbuh di kepala anda (rambut). Sekitar waktu akil baligh, ia akan tumbuh pada wajah dan bahagian-bahagian tubuh badan yang lain seperti dada, kaki, dan belakang badan. Ia memainkan peranan penting sebagai kusyen dan perlindungan.

Sesetengah wanita mungkin menghadapi masalah bulu atau rambut yang tidak diingini, juga dikenali sebagai hirsutisme, yakni sebuah keadaan pertumbuhan rambut yang tidak diingini dalam kalangan wanita dengan corak pertumbuhan bulu badan seperti lelaki. Ia disebabkan oleh beberapa keadaan perubatan tertentu seperti sindrom ovari polisistik dan gangguan hormon lain yang menyebabkan rambut gelap dan kasar berkembang di muka, terutamanya atas bibir dan dagu, serta pada dada, perut, dan belakang. Sesetengah ubat-ubatan, seperti steroid anabolik, juga sangat berkemungkinan membawa kepada hirsutisme.

Punca pertumbuhan bulu yang tidak diingini

Bulu yang tidak diingini mungkin tumbuh pada muka atau bahagian tubuh badan yang lain. Ia mungkin tidak akan mengancam nyawa tetapi mampu memberi kesan kepada penampilan dan keyakinan diri anda, terutamanya kepada wanita. Berikut merupakan beberapa punca rambut tumbuh pada muka dan tubuh badan yang tidak diingini dan bagaimana untuk menanganinya.

#1. Sejarah keluarga

Punca utama rambut pada muka dan tubuh badan yang berlebihan adalah genetik keluarga. Jika ibu atau kakak anda pernah mengalami hirsutisme sebelum ini, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat rambut pada muka atau tubuh badan yang berlebihan atau yang tidak diingini. Penyakit ini diwarisi dalam keluarga dan dianggap biasa, bukan tanda gangguan.

#2. Sindrom ovari polisistik (PCOS)

Sindrom ovari polisistik yang menyebabkan kemandulan dan pertambahan berat badan juga boleh menyebabkan rambut pada muka atau tubuh badan yang tidak diingini. Penyakit keturunan ini berpunca daripada pengeluaran hormon LH yang berlebihan yang merangsang hormon androgen berlebihan, menyebabkan ketidakseimbangan hormon seks di dalam badan. Selain itu, PCOS juga boleh berlaku disebabkan masalah sistem pengawalan gula dalam darah.

#3. Hirsutisme idiopatik

Apabila hirsutisme berlaku tanpa sebarang punca, ia dipanggil hirsutisme idiopatik. Hirsutisme jenis ini tidak akan dijejaskan oleh sebarang sebab yang lain seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit tertentu atau DNA keluarga. Dalam kes ini, para saintis mempercayai satu-satunya sebab adalah kerana folikel rambut anda yang lebih sensitif terhadap rangsangan androgen yang berada pada tahap yang normal.

Mungkin akan ada wanita yang tidak kisah mengenai pertumbuhan rambut yang tidak diingini, namun kebanyakan mereka pasti mahu menyingkirkannya dari muka atau tubuh badan sama ada secara sementara sahaja mahupun secara kekal. Jadi, apakah yang mereka boleh lakukan untuk mencapai hasrat itu? 

hair-loss-husband-causes-tips-manage

Kaedah penyingkiran bulu yang anda boleh cuba!

Sebenarnya, terdapat banyak kaedah penyingkiran rambut pada muka atau tubuh badan anda yang anda perlu tahu. Mungkin ramai yang hanya tahu menggunakan pisau cukur sahaja, sedangkan terdapat banyak lagi cara lain untuk melakukannya, seperti:

#1. Bercukur

Bercukur menggunakan pencukur tajam berdekatan kulit untuk memotong rambut. Bercukur membuang hujung rambut yang keluar daripada kulit, tetapi ia akan tumbuh semula. Kulit anda mungkin akan licin hanya sehari atau selama 3 hari.

Bercukur adalah cara kos rendah yang boleh anda lakukan di rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah pencukur, sedikit air sama ada suam atau panas, sedikit sabun, busa cukur (shaving foam) atau gel. Atau anda boleh menggunakan pisau cukur elektrik, yang lebih mudah untuk digunakan dan kurang berkemungkinan mencederakan kulit berbanding pencukur biasa.

Memandangkan pisau cukur tajam, jadi anda mungkin terluka, terutamanya apabila anda baru  belajar bagaimana untuk menggunakannya. Kulit anda juga mungkin terengsa atau menghadapi masalah lain, seperti kulit pedih (razor burn), lebam, tertoreh, luka, jangkitan kulit, atau rambut tumbuh ke dalam.

Tip apabila anda bercukur:

  • Cukur lebih rapat ke kulit jika anda mencukur di bilik mandi
  • Lakukan dengan perlahan-lahan, tarik bahagian kulit yang longgar supaya tegang sebelum mencukur
  • Tukar pisau cukur kerap untuk mengelakkan tertoreh
  • Gunakan krim pencukur jika anda mempunyai kulit sensitif
  • Cukur ke arah pertumbuhan rambut untuk mengelakkan rasa pedih dan bulu tumbuh ke dalam

#2. Melilin (Waxing)

Melilin adalah kaedah penyingkiran rambut sementara yang membuang rambut dari akar. Rambut baru tidak akan tumbuh semula pada bahagian yang tersebut selama tiga hingga lapan minggu. Hampir semua bahagian badan boleh menjalani rawatan ini termasuklah kening, muka, kawasan bikini, kaki, lengan, belakang, perut dan kaki. 

Dua jenis melilin yang utama adalah:

Strip wax: Melilin dengan cara sapuan lapisan lilin yang nipis atas kulit. Satu jalur pakai buang kemudian ditekan pada bahagian atas dan ditanggalkan dengan gerakan cepat melawan arah pertumbuhan rambut. Ini akan membuang lilin bersama-sama dengan bulu dan sel-sel kulit mati, menjadikan kulit lebih licin.

Wax panas: Satu lagi kaedah waxing melibatkan lilin panas, Lilin lembut digunakan secara langsung atas kulit. Lilin ini kemudiannya mengeras apabila menyejuk, dengan itu membolehkan penyingkiran mudah oleh ahli terapi tanpa bantuan strip. Kaedah ini sangat bermanfaat untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Rawatan melilin profesional adalah lebih mahal tetapi anda boleh mengambil pengalaman dengan mendapatkan rawatan melilin pertama di salon untuk melihat bagaimana profesional melakukannya.

Tip: Untuk kaedah melilin berfungsi, rambut hendaklah sekurang-kurangnya 6 milimeter (kira-kira ¼ inci) panjang. Jadi berhenti bercukur untuk beberapa minggu sebelum rawatan. Melilin sangat berkesan pada kaki, kening dan kawasan “bikini”.

#3. Mencabut (threading dan tweezing)

Mencabut menggunakan benang atau pinset untuk mengeluarkan rambut satu demi satu, menarik seluruh folikel bulu dari akar. Kesannya boleh bertahan sehingga enam minggu dan dalam beberapa kes, menjadi kekal: mencabut rambut dengan kerap boleh menyebabkan folikel menjadi rosak dan berhenti tumbuh.

Mencabut lebih menjimatkan wang anda. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama kerana anda hanya boleh mengeluarkan sehelai rambut pada satu masa. Selain itu, mencabut rambut mungkin menyakitkan. Selepas mencabut, anda mungkin perasan benjolan merah sementara kerana folikel rambut membengkak dan terengsa.

Terdapat 2 peralatan untuk menjayakan kaedah mencabut rambut ini, iaitu:

  • Mencabut bulu dengan benang (threading)

Threading adalah cara mudah untuk membuang rambut dari kening, bibir, atau muka. Cara ini adalah hampir sama dengan kaedah melilin kerana ia menarik rambut dari akar untuk hasil yang berpanjangan. Rawatan ini mempunyai hasil yang sama seperti kaedah melilin, tetapi mungkin kurang menyakitkan kerana tidak mencabut lapisan atas kulit. Kaedah ini adalah mudah untuk dipelajari, mudah untuk dilakukan, agak menyakitkan, dan sesuai untuk kulit sensitif. Ia tidak memerlukan sebarang alat, apa yang anda perlukan hanyalah beberapa benang! Anda juga boleh masuk ke salon untuk khidmat profesional. Mereka yang mempunyai pengalaman buruk dengan lilin cenderung untuk mencuba threading. Hasilnya mungkin akan bertahan selama empat hingga lapan minggu.

  • Mencabut dengan pinset (tweezing)

Di salun dan spa, tweezing biasanya digunakan untuk dandanan terakhir. Tweezing, atau mencabut rambut dengan pinset, adalah cara yang murah dan berkesan untuk membuang rambut dari mana-mana kawasan di muka ataupun pada tubuh badan anda. Kelemahan utamanya adalah ia mengambil masa dan menyakitkan, terutama di kawasan kulit yang sensitif. Harga khidmat tweezing lebih kurang sama dengan kaedah melilin, dan kesannya bertahan lama seperti melilin memandangkan pinset mencabut rambut daripada akar.

Tip: Pastikan anda mensterilkan benang, pinset atau apa-apa alat pemetik lain dengan alkohol sebelum dan selepas digunakan untuk meminimumkan risiko jangkitan.

#4. Depilatori

Depilatori adalah bahan kosmetik yang digunakan untuk menghilangkan rambut yang tidak diingini buat sementara waktu. Ia mengandungi bahan-bahan yang digunakan untuk melarutkan rambut di atas permukaan kulit memandangkan proses ini tidak menarik rambut pada akar seperti kaedah lain.

Depilatori boleh didapati dalam bentuk krim, losyen, atau semburan. Losyen lebih sesuai digunakan untuk kawasan tubuh badan yang lebih besar seperti kaki, tangan, ketiak, atau kawasan “bikini”. Krim boleh digunakan untuk kawasan tertentu dengan lebih baik kerana ia lebih tebal.

Depilatori bertindak cepat, mudah didapati di kedai-kedai ubat dan kedai runcit, dan kosnya rendah. Walau bagaimanapun, menggunakan depilatori mempunyai beberapa faktor risiko. Mereka yang mempunyai kulit sensitif mungkin alah kepada bahan kimia di dalamnya, lalu menyebabkan ruam atau keradangan.

Tip: Baca arahan produk dengan teliti dan sapukan mengikut masa yang disyorkan untuk hasil yang terbaik. Sebelum menggunakan depilatori pada rambut kemaluan, pastikan ia dibenarkan untuk digunakan pada kawasan “bikini” atau alat kelamin.

#5. Elektrolisis

Arus elektrik digunakan dengan elektrod yang sangat halus berbentuk jarum, atau prob logam ke dalam setiap folikel rambut untuk memusnahkan akar. Kaedah ini boleh menawarkan hasil yang kekal. Tetapi pertumbuhan semula rambut mungkin berlaku kepada sesetengah orang.

Terdapat tiga jenis elektrolisis: galvani, termolisis dan kombinasi.

Elektrolisis biasanya hanya digunakan pada kawasan yang lebih kecil seperti atas bibir, kening, dan di bawah lengan. Bagi kebanyakan orang, proses ini agak menyakitkan dan menyebabkan kulit kering, keruping, parut, dan keradangan. Ia mudah menyebabkan jangkitan jika jarum dan alatan lain tidak disterilkan dengan betul.

Tip: Bincangkan kaedah ini dengan doktor anda jika anda berminat. Doktor anda mungkin dapat mencadangkan elektrologis berkelayakan.

#6. Rawatan Laser

Sinar cahaya yang digunakan dalam rawatan laser merosakkan folikel rambut. Disebabkan tenaga laser tertarik dengan pigmen bulu, sinaran laser dengan tepat boleh menyasarkan rambut gelap, kasar tanpa merosakkan kawasan sekitarnya. Memandangkan folikel tersebut telah dimusnahkan, rambut anda tidak akan tumbuh kembali. Keberkesanan rawatan laser boleh bertahan selama-lamanya. Tetapi bergantung kepada keadaan anda sendiri, anda mungkin dikehendaki untuk mengambil beberapa sesi lagi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kerana manfaatnya, rawatan laser adalah lebih mahal berbanding kaedah lain. Kesan sampingan terdiri daripada keradangan dan kemerahan.

Tip: Menggunakan pek sejuk boleh membantu mengurangkan sebarang keradangan selepas rawatan. Untuk lebih berkesan, adalah lebih baik untuk mengelakkan matahari sebelum rawatan.

hair removal

Rawatan menghilangkan bulu yang tidak diingini secara alami

Mungkin anda sudah banyak kali mengulangi proses penyingkiran rambut pada muka dan tubuh badan anda. Lama-kelamaan proses ini pasti akan membuat anda berasa sakit hati dan putus asa ekoran rambut yang dibuang tumbuh kembali. Sebenarnya, mungkin anda perlu tukar fokus anda daripada membuangnya kepada menghalangnya daripada tumbuh!

Jika anda berjumpa dengan doktor, sudah pasti mereka akan menyarankan beberapa kaedah rawatan perubatan yang sesuai dengan kulit anda. Pun begitu, apa kata anda cuba cara tradisional yang lebih semula jadi? Namun, anda perlu tahu bahawa ia mungkin agak berisiko. Jadi, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, ya? jBerikut merupakan beberapa cara menghilangkan rambut pada muka atau tubuh badan anda secara alami:

#1. Putih telur

 

Putih telur membuat kulit anda menjadi lebih licin. Ulangi terapi ini dua kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

 

  • Campurkan satu putih telur dengan gula dan tepung jagung
  • Pukul campuran sehingga menjadi melekit
  • Sapukan campuran pada kawasan rambut yang tidak diingini
  • Biarkan setengah jam sebelum mencucinya

#2. Kunyit

Sebagai alternatif, anda boleh juga menggantikan kunyit dengan susu.

  • Isikan jumlah air dan kunyit yang sama ke dalam mangkuk
  • Kacau dengan baik kemudian sapukan pada bahagian atas bibir
  • Biarkan bahan tersebut selama setengah jam
  • Gosokkan dengan lembut apabila campuran mengeras.
  • Basuhkan campuran dengan air suam
  • Keringkan bahagian tersebut dengan kain lembut

#3. Kunyit, yogurt dan tepung gram

 

  • Masukkan jumlah yogurt, tepung dan kunyit yang sama dalam mangkuk
  • Campurkan dengan baik kemudian sapukan pada bahagian berkaitan dan urut perlahan-lahan
  • Biarkan selama 15 minit
  • Basuhkan dengan air sejuk

#4. Lemon, gula dan air

  • Sediakan sedikit jus lemon
  • Masukkan sedikit air dan gula kemudian gaul
  • Apabila pes nipis telah siap, sapukan pada bahagian yang mempunyai bulu yang tidak diingini.
  • Tunggu selama 15 minit kemudian basuh

Konklusi

Konklusinya, rambut pada muka atau tubuh badan yang tidak diingini atau hirsutisme dianggap sebagai kondisi biasa yang boleh dihidapi wanita atau lelaki. Mujurlah rawatan sampingan tersedia agak mudah dan berkesan dalam membantu membuangnya. Ini sekali gus meningkatkan keyakinan dan penampilan diri anda.

Jika anda sudah penat bercukur, melilin atau mencabut rambut pada muka atau tubuh badan, anda mungkin boleh cuba beberapa teknik yang lebih drastik seperti depilatori, elektrolisis atau rawatan laser. Ya, ia mungkin sedikit mahal. Namun ia mungkin berbaloi untuk anda yang mengutamakan kecantikan, bukan?

Pihak Hello Doktor amat berharap artikel ini dapat membantu anda memahami mengenai rambut pada muka dan tubuh badan yang tidak diingini serta cara dan rawatan untuk membuang atau menghalangnya daripada tumbuh. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan