Hati-Hati Mengambil Suntikan Vitamin C Semasa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Selain memenuhi keperluan vitamin C dari makanan segar dan suplemen multivitamin untuk menjaga daya tahan badan, sesetengah orang berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan vitamin C. Tapi, adakah selamat mendapatkan suntikan vitamin C semasa berpuasa?

Apakah tujuan suntikan vitamin C?

Suntikan adalah kaedah yang paling berkesan untuk mengambil vitamin C berbanding melalui oral, baik dalam bentuk suplemen mahupun makanan segar. Ini adalah kerana vitamin tidak perlu dicerna di dalam perut terlebih dahulu, yang membuat penyerapan dos vitamin boleh menjadi tidak maksimum. Melalui suntikan, badan anda bakal menyerap dos penuh vitamin C yang dialirkan secara langsung melalui saluran darah ke sel-sel yang disasarkan.

Vitamin C itu sendiri dikenali kerana pelbagai fungsinya terhadap kesihatan – mulai dari membantu penyembuhan luka, pembentukan kolagen, sehingga menjaga kesihatan gigi dan tulang. Vitamin C juga dipercayai mampu meningkatkan kekebalan tubuh anda dengan merangsang pengeluaran sel darah putih. Sementara itu, kandungan antioksidan dalam vitamin C dapat membantu meningkatkan tenaga, sehingga dapat mencegah anda dari keletihan.

Vitamin C berfungsi menyokong fungsi vital dalam tubuh anda. Salah satunya adalah fungsi kelenjar adrenal. Kelenjar adrenal adalah kelenjar yang mengawal hormon pencetus stres dan keletihan. Vitamin C juga berfungsi melindungi anda dari anemia kerana vitamin ini diperlukan untuk penyerapan zat besi yang lebih optimum. Dengan segala fungsi tersebut, tak menghairankan bahawa vitamin C boleh benar-benar membantu anda meningkatkan dan memelihara ketahanan badan.

Selain untuk terapi penyakit, suntikan vitamin C juga digunakan untuk mencerahkan kulit. Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang baik dan dapat menghindari kesan buruk radikal bebas penyebab penuaan awal. Kerosakan kulit akibat terdedah kepada radikal bebas dari sinar matahari mengakibatkan perubahan warna kulit yang membuatkan kulit kering dan kusam, serta timbulnya kedutan.

Adakah suntikan vitamin C dibolehkan semasa berpuasa?

Beberapa pakar kesihatan terkemuka tidak menganjurkan anda untuk mengambil suntikan vitamin C semasa berpuasa. Menerima suntikan vitamin C dos tinggi secara berkala boleh mencetuskan risiko terlebih vitamin C. Dos umum untuk suntikan vitamin C adalah 500 mg hingga 1 g. Namun, dos hingga 25 g boleh diberikan jika diperlukan. Anda juga harus mempertimbangkan pengambilan vitamin C asli dari makanan dan suplemen multivitamin sepanjang bulan puasa.

Keperluan vitamin C harian orang dewasa hanya berkisar antara 75-90 mg sehari. Manakala had maksimum vitamin C dalam satu hari yang dibenarkan adalah 2000 mg. Jika anda mengambil vitamin C melebihi had selamat ini, anda boleh mengalami muntah, refluks asid perut (heartburn), sakit kepala, insomnia, dan batu karang buah pinggang. Suntikan vitamin C dalam dos yang tinggi sebenarnya hanya diperlukan oleh orang yang mengalami kekurangan vitamin C seperti pesakit kanser atau scurvy.

Terlalu banyak mengambil vitamin C mengurangkan keberkesanan beberapa rawatan tertentu serta memberi kesan sebaliknya dari manfaatnya. Contohnya, pada dos tertentu, vitamin C dapat digunakan untuk mencegah penyakit katarak. Namun mengambil vitamin C dalam dos yang berlebihan meningkatkan risiko katarak.

Kandungan vitamin C yang berlebihan dalam badan juga boleh memburukkan lagi keadaan hemokromatosis jika anda memilikinya. Hemokromatosis adalah penyakit genetik yang menyebabkan badan menyerap terlalu banyak zat besi daripada makanan yang masuk ke dalam tubuh. Penyakit ini sering menyerang hati, jantung, dan pankreas. Hal ini kerana vitamin C berperanan dalam penyerapan zat besi yang berlaku dalam badan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Menghidap Kanser Prostat, Jangan Takut Untuk Buat Saringan & Diagnosis Ini

    Kanser pada kelenjar prostat adalah kanser kedua terlazim didiagnosis di seluruh dunia. Ketahui cara dan prosedur yang dijalankan bagi mendiagnosisnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Prostat, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Kanser Prostat: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Kanser prostat lazim didiagnosis dalam kalangan lelaki terutamanya mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Rawatan bagi masalah ini...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Prostat, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara ketika pandemik COVID-19 tahun ini, marilah kita bersama menyokong kempen #UnPause. Apakah ia? Baca ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Payudara, Kanser 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Malaysia Pernah Jadi Negara Bebas Polio, Tapi Jangan Anggap Kita Sudah Selamat, Wajib Ambil Vaksin!

    Bersempena Hari Polio Sedunia 2020 ini, marilah kita bersama mengingati akan bahaya dan kesan penyakit ini. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    barah prostat

    Ambil Tahu Punca Dan Faktor Risiko Kanser Prostat, Cegah Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    Pencegahan prostat

    Pencegahan Kanser Prostat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 4 minit bacaan
    terapi prostat

    Rawatan Kanser Prostat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    prostat bengkak

    Mengalami Masalah Kencing Yang Teruk? Hati-Hati Ia Mungkin Simptom Kanser Prostat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan