Strategi Menghilangkan Rambut Tumbuh ke dalam Dengan Sepenuhnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Rambut tumbuh ke dalam adalah implikasi daripada rambut yang tumbuh dengan tidak sempurna dan terbenam ke dalam kulit, mengakibatkan bengkak berwarna merah yang boleh dijangkiti. Sama ada anda pergi ke salun untuk membuang bulu dengan menggunakan lilin atau anda lakukannya dengan sendiri di rumah, rambut tumbuh ke dalam merupakan aduan yang selalu diterima selepas menggunakan lilin. Kawasan yang selalu menerima tekanan juga selalunya mempunyai rambut tumbuh ke dalam, seperti kawasan intim daripada pemakaian pakaian dalam sepanjang hari.

Punca berlakunya rambut tumbuh ke dalam

Rambut tumbuh ke dalam boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi masalah ini cenderung berlaku kepada golongan yang mempunyai rambut kerinting atau rambut yang tebal. Rambut kerinting selalunya akan bengkok ke belakang dan terbenam ke dalam kulit, terutamanya selepas dicukur atau digunting.

Selain itu, golongan yang mempunyai hormon seksual tertentu yang tinggi boleh mempunyai rambut tumbuh secara berlebihan, menyebabkan dia mudah mempunyai rambut tumbuh ke dalam terutamanya selepas cukur.

Golongan yang mempunyai rambut yang tebal atau kerinting boleh mempunyai rambut ke dalam yang dipanggil pseudofolliculitis. Lazimnya ia dikenali dengan “bengkak selepas bercukur”, kelompok bengkak kecil ini selalunya terdapat di kawasan janggut selepas anda bercukur, mencabut menggunakan lilit, atau mencabut untuk membuang lebihan rambut. Rambut yang tumbuh ke dalam mempunyai bucu yang tajam, menjadikannya mudah untuk mencucuk ke dalam kulit dan terperangkap di bawah lapisan kulit.

Bagaimana untuk menghilangkan rambut tumbuh ke dalam?

Elakkan memakai pakaian yang ketat

Anda mungkin ingin mengikuti fesyen semasa, tetapi sekiranya rambut tumbuh ke dalam berlaku kepada anda dengan kerap, lebih baik anda memakai pakaian dalam yang longgar. Mengapa? Pakaian yang ketat mengakibatkan berlakunya geseran, ini akan memberi tekanan kepada folikel rambut dan menjadikan rambut bengkok ke dalam kulit daripada tumbuh dengan lurus, kata pakar dermatologi Ava Shamban, M.D., sama seperti memakai seluar jean ketat.

Bercukur selepas anda mandi

Bercukur boleh memberikan stres kepada kulit, merosakkan folikel rambut dan menggalakkan rambut tumbuh ke dalam. Untuk mengurangkan kemungkinan kesan bercukur, pakar dermatologi Venus, Jodi Levine M.D mencadangkan agar bercukur merupakan perkara terakhir anda lakukan semasa mandi. “Beberapa minit pada permulaan mandi adalah penting untuk melembapkan folikel rambut, menjadikan rambut lebih lembut dan mengurangkan tarik dan tolak ketika bercukur”, kata Levine. “Semakin banyak rambut ditarik, semakin tinggi kemungkinan untuk rambut bengkok ke belakang dan membengkak”.

Selalu gunakan krim pelembap ketika bercukur

Memandangkan rambut kerinting dan kasar cenderung untuk tumbuh ke dalam, kawasan pakaian dalam anda adalah kawasan yang berbahaya. Satu perkara yang anda boleh lakukan untuk melicinkan kawasan di bawah adalah dengan menggunakan krim pelembap cukur apabila anda bercukur.

Selalu membuang kulit mati

Penggelupasan kulit mati sebelum melakukan sebarang langkah membuang rambut adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan rambut tumbuh ke dalam. “Ini adalah kerana lapisan kulit mati yang tebal menjadikan sukar kepada rambut untuk tumbuh keluar dan tumbuh dengan lurus,” kata pakar bedah plastik muka James Marotta M.D “Menggelupas membuang sel kulit yang mati menjadikan rambut tumbuh dengan sempurna”.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alamak! Pakar Kata, Orang Rendah Lebih Berisiko Untuk Dapat Diabetes! Ini Sebabnya

    Ada yang kata, orang pendek lebih mudah untuk mendapat diabetes berbanding orang tinggi. Mengapa orang rendah boleh mempunyai risiko diabetes yang tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

    Kesedaran menjaga kesihatan makin meningkat dan pelbagai jenis diet diamalkan masyarakat, termasuk diet vegetarian. Tapi, cukupkah nutrisi yang diperolehi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Apa itu kanser prostat adalah sejenis kanser yang banyak terjadi kepada kaum lelaki. Persoalannya, wanita pun boleh terkena? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Prostat, Kanser 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Apakah resepi kebahagian kehidupan suami isteri? Layanan kepada pasangan anda semestinya salah satu daripadanya tetapi elakkan melakukan 14 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penutup telinga untuk tidur

    Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    rambut beruban

    Kecil-kecil Lagi Anak Sudah Tumbuh Uban? Ini Punca Si Kecil Boleh Dapat Uban Pramatang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    haid sedikit

    Setiap Kali Datang Bulan Saja Mesti Darah Keluar Sedikit? Selain Hampir Menopaus, Ini Puncanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan