Serbuk Penaik: Kecantikan, Kesihatan Dan Kebersihan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Serbuk penaik (baking soda), turut dikenali sebagai natrium bikarbonat adalah salah satu bahan yang digunakan dalam masakan kerana ia dapat membantu menaikkan doh. Namun, sebenarnya serbuk penaik ini mempunyai pelbagai kegunaan, antara untuk kecantikan, kesihatan dan juga untuk kebersihan.

Berikut adalah beberapa kegunaan serbuk penaik, yang boleh anda cuba:

  1. Pembersih gigi dan mulut

Merupakan antara bahan yang dapat berfungsi dengan baik untuk menghapuskan plak dan bakteria yang berada dalam mulut. Plak yang terkumpul dan mengeras boleh menjadi tartar dan menyebabkan penyakit gusi. Sapukan berus gigi basah ke dalam serbuk penaik dan beruslah gigi seperti biasa.

Terdapat juga yang menggunakannya sebagai pembersih mulut. Ia dapat membantu menyegarkan nafas dan memberikan perlindungan antibakteria serta antimikrobial. Hanya tambahkan setengah sudu teh serbuk penaik ke dalam separuh gelas air panas dan berkumur seperti biasa.

  1. Legakan kerengsaan

Jika anda digigit nyamuk, serbuk penaik dalam membantu merawat kerengsaan kecil, sakit, kegatalan dan kemerahan. Campurkan 3 bahagian serbuk panaik bersama 1 bahagian air, dan sapukan kepada kulit. Biarkan selama 20 minit sebelum membasuhnya. Anda juga boleh menjadikannya sebagai air rendaman mandian dengan menggunakan setengah cawan serbuk penaik dan dicampur dengan air.

  1. Rawat ulser kecil

Penyelidikan mendapati mencuci mulut menggunakan baking soda sangat baik untuk melegakan kesakitan disebabkan ulser kecil. Cara penggunaannya adalah sama seperti mengunakannya untuk membersihkan mulut. Amalkan sekali sehari sehingga ulser kecil anda sembuh.

  1. Mengurangkan kesakitan

Jika anda mengalami kesakitan akibatan selaran matahari, rendamkan kain lap dalam larutan 4 sudu serbuk penaik kepada 1 liter air. Sapukan secara perlahan di kawasan yang terjejas untuk mengurangkan kesakitan. Ia turut boleh membantu melegakan luka akibat terbakar lain termasuk selaran angin (windburn).

  1. Mengurangkan refluks asid

Pedih ulu hati atau refluks asid boleh berlaku apabila anda makan secara berlebihan, tekanan, makan makanan berminyak atau pedas. Ia merupakan satu keadaan yang menyakitkan pada bahagian atas perut dan boleh merebak hingga ke tekak. Natrium bikarbonat dapat membantu meneutralkan asid perut dengan melarutkan satu sudu natrium bikarbonat ke dalam segelas air sejuk dan minum secara perlahan-lahan. Untuk kanak-kanak bawah usia 6 tahun, pastikan anda mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu.

  1. Meneutralkan bau peti sejuk

Pasti anda pernah membuka peti sejuk dan terbau bauan yang busuk. Ia mungkin disebabkan makanan berlebihan yang sudah rosak dan bau seperti ini boleh bertahan lama walaupun setelah anda membersihkan peti sejuk anda. Anda hanya perlu meletakkan secawan serbuk penaik di dalam peti sejuk, pada bahagian belakang, dan serbuk penaik dapat membantu meneutral bauan seperti ini.

  1. Scrub muka

Basuh dan bilas muka terlebih dahulu dengan pencuci muka dan air. Kemudian buat campuran 3 bahagian serbuk penaik bersama 1 bahagian air. Gosokkan secara perlahan dan berhati-hati ke muka untuk pembersihan mendalam. Bilas dengan air.

  1. Bersihkan rambut

Campurkan satu sudu teh natrium bikarbonat dengan syampu kesukaan anda untuk membantu menyingkirkan sebarang kekotoran. Rambut anda bukan sahaja akan lebih bersih, malah ia juga akan lebih mudah untuk digayakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Ketahuilah bahawasanya perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Azam Tahun Baru Melibatkan Kesihatan, Takkan Berjaya?

    “Apa azam tahun baru anda?" Ada yang mengatakan resolusi tahun baru berkaitan kesihatan sekadar hangat-hangat tahi ayam, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 27/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cacar air

    Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    asid refluks

    Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    sabun bom

    Sebelum Nak Cuba Pakai Bath Bomb, Ambil Tahu Dulu Bahananya Pada Kulit & Faraj!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan