backup og meta

Susah Cari Sabun Bagus Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Kena Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    Susah Cari Sabun Bagus Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Kena Tahu!

    Antara cara untuk merawat dan mencegah masalah kulit yang umum lagi bahaya ini adalah dengan cara menggunakan sabun untuk ekzema khusus pada kulit bermasalah.

    Persoalannya, sabun apakah yang sesuai? Jom ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Apa yang dimaksudkan dengan ekzema?

    Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua tahu sedikit informasi mengenai masalah kulit ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang belum tahu, ekzema adalah satu kondisi di mana berlaku keradangan kulit terutama pada muka dan badan individu.

    Kondisi ini akan menyebabkan kulit menjadi merah, gatal, lembik dan bersisik sekali gus mengakibatkan ketidakselesaan buat penderita.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis ekzema yang boleh terjadi termasuklah:

    Dermatitis atopik

    Ia berlaku sejak dari lahir lagi atas sebab yang tidak diketahui dan akan menyebabkan kulit timbul benjolan yang sakit serta gatal.

    sabun untuk ekzema

    Dermatitis kontak

    Ia berlaku akibat kulit tersentuh atau terkena bahan kimia pencetus ekzema, dan antara pencetus yang menyebabkannya adalah pakaian.

    Dermatitis seborrheic

    Ia berlaku secara kerap pada kulit kepala kerana kondisi ini biasa menyerang kawasan yang mempunyai banyak kelenjar minyak pada kulit.

    Sukar menentukan jenis ekzema?

    Walaupun ada banyak jenis ekzema, namun adalah agak sukar untuk menentukan jenis ekzema yang kalian alami kerana kesemuanya kelihatan lebih kurang sama sahaja.

    Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom umum penyakit kulit ini yang boleh diperhatikan seperti:

    • Kulit menjadi kering dan seakan bersisik
    • Kulit bertompok dan berwarna merah, coklat atau kelabu
    • Timbul nanah yang mengeluarkan cecair lelehan
    • Timbul ruam atau benjolan berwarna merah pada kulit
    • Rasa sakit, gatal dan sensitif pada sekitar kawasan yang berjangkit

    Jika ada sebarang petanda ini pada kulit anda, sila berjumpa doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan lanjut segera.

    Punca sebenar ekzema terjadi?

    Dalam kebanyakan kes, punca kondisi ini terjadi adalah disebabkan oleh genetik dan juga persekitaran di mana individu itu tinggal.

    Majoriti penderita akan mengalami mutasi di dalam genetik lantas mengganggu proses ciptaan satu protein bernama filaggrin di dalam badan.

    Protein inilah yang akan bertanggungjawab melindungi lapisan teratas pada kulit dan jika ia kurang atau tiada, bakteria akan lebih mudah memasuki kulit.

    Jadi, individu yang mempunyai risiko tinggi wajarlah mengelak daripada segala pencetus ekzema yang kami nyatakan di atas tadi.

    sabun untuk ekzema

    Sabun untuk ekzema yang sesuai

    Demi mengelak, menjaga dan merawat masalah kulit ini, adalah sangat penting untuk kalian pandai memilih sabun untuk ekzema yang sesuai.

    Perkara paling penting sebelum membeli dan menggunakan sabun jika anda ada ekzema adalah melihat pada label produk tersebut terlebih dahulu.

    Perhatikan perkara berikut:

    #1. Alergen

    Pastikan anda tidak mempunyai alahan terhadap mana-mana bahan yang terdapat di dalamnya kerana ia boleh mengakibatkan kerengsaan yang lebih teruk.

    #2. Kadar pH

    Pastikan anda memilih sabun yang mempunyai kadar pH sama banyak dengan kulit dan elakkan sabun beralkali kerana ia akan menjejaskan sistem perlindungan kulit.

    Tip pilih sabun untuk ekzema #3. Pembersih yang lembut

    Pastikan anda memilih sabun dengan pembersih lembut yang tidak akan menjejaskan kelembapan semula jadi kulit.

    Selain itu, elakkan juga bahan seperti formaldehyde, propylene glycol dan salicylic acid.

    #4. Deodoran

    Elakkan sabun yang mengandungi deodoran kerana ia boleh merengsakan kulit sensitif.

    sabun untuk ekzema

    #5. Pewangi

    Pastikan anda memilih sabun yang tidak mengandungi pewangi kerana bahan ini merupakan salah satu daripada alergen.

    #6. Pewarna

    Pastikan anda memilih sabun yang tidak mengandungi pewarna kerana ia juga merupakan salah satu daripada alergen.

    Tip sabun untuk ekzema #7. Testimoni

    Akhir sekali, sila lebih rajin untuk mencari dan mengkaji testimoni mengenai segala produk yang anda cari itu sebelum membeli dan menggunakannya.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, ekzema memang merupakan salah satu daripada masalah kulit yang bukan sahaja menjejaskan kecantikan malahan juga kesihatan penderita.

    Oleh itu, adalah sangat penting untuk penderita kondisi ini memilih sabun untuk ekzema yang terbaik bagi memastikan anda dapat mencegah dan merawat ia sebelum menjadi lebih buruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan