Rawatan Sampingan untuk Membuang Bulu Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bulu badan yang tidak diingini mungkin tumbuh pada muka atau bahagian badan yang lain. Bulu badan yang tidak diingini tidak mengancam nyawa tetapi memberi kesan kepada penampilan dan keyakinan anda, terutamanya kepada wanita. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai punca bulu badan yang tidak diingini dan bagaimana untuk menanganinya.

Punca bulu badan tidak diingini

Sejarah keluarga

Punca utama bulu muka dan badan yang berlebihan adalah genetik keluarga. Jika ibu atau kakak anda pernah mengalami hirsutisme sebelum ini, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat bulu badan yang berlebihan atau yang tidak diingini. Penyakit ini diwarisi dalam keluarga dan dianggap biasa, bukan tanda gangguan.

Sindrom ovari polisistik (PCOS)

Sindrom ovari polisistik yang menyebabkan kemandulan dan pertambahan berat badan, boleh menyebabkan bulu badan yang tidak diingini. Penyakit keturunan ini berpunca daripada  pengeluaran hormon LH yang berlebihan yang merangsang hormon androgen berlebihan, menyebabkan ketidakseimbangan hormon seks di dalam badan. Selain itu, PCOS juga boleh berlaku disebabkan masalah sistem pengawalan gula dalam darah.

Hirsutisme Idiopatik

Apabila hirsutisme berlaku tanpa sebarang punca, ia dipanggil hirsutisme idiopatik. Dalam hirsutisme jenis ini, anda tidak terjejas oleh sebarang sebab yang lain seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit tertentu atau DNA keluarga. Dalam kes ini, para saintis mempercayai satu-satunya sebab adalah disebabkan folikel rambut anda yang lebih sensitif terhadap ransangan androgen yang bnerada pada tahap yang normal.

Rawatan menghilangkan bulu yang tidak diingini

1.Kunyit dan Air untuk membuang bulu di atas bibir

Sebagai alternatif, anda boleh juga menggantikan kunyit dengan susu.

  • Isikan jumlah air dan kunyit yang sama ke dalam mangkuk
  • Kacau dengan baik kemudian sapukan pada bahagian atas bibir
  • Biarkan bahan tersebut selama setengah jam
  • Gosok dengan lembut apabila campuran mengeras.
  • Basuh campuran dengan air suam
  • Keringkan bahagian tersebut dengan kain lembut
  1. Putih Telur

Putih telur membuat kulit anda menjadi lebih licin. Ulangi terapi dua kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

  • Campurkan satu putih telur dengan gula dan tepung jagung
  • Pukul campuran sehingga menjadi melekit
  • Sapukan campuran pada kawasan bulu yang tidak diingini
  • Biarkan setengah jam sebelum mencucinya

3.Lemon, gula dan air

  • Sediakan sedikit jus lemon
  • Masukkan sedikit air dan gula kemudian gaul
  • Apabila pes nipis telah siap, sapukan pada bahagian yang mempunyai bulu yang tidak diingini.
  • Tunggu selama 15 minit kemudian basuh

4.Yogurt, Tepung gram dan Kunyit

  • Masukkan jumlah yogurt, tepung dan kunyit yang sama dalam mangkuk
  • Campurkan dengan baik kemudian sapukan pada bahagian berkaitan dan urut perlahan-lahan
  • Biarkan selama 15 minit
  • Basuh dengan air sejuk

Bulu badan yang tidak diingini atau hirsutisme dianggap sebagai penyakit biasa yang mungkin dihadapi wanita atau lelaki. Mujurlah rawatan sampingan tersedia agak mudah dan berkesan dalam membantu membuangnya, meningkatkan keyakinan dan penampilan diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    cukur bulu

    Cukur Atas Cukur Bawah, Tapi Tahu Tak Cara Mencukur Yang Betul? Kalau Gatal Mesti Salah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/03/2020 . 3 minit bacaan
    bulu

    “Bulu Badan Banyak Sebab Hormon Tinggi Lah Ni”. Betul Ke Tak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/10/2019 . 2 minit bacaan

    Tip Mencukur untuk Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 04/05/2018 . 2 minit bacaan