Ish, Stres Bila Rambut Asyik Gugur, Ia Mungkin Disebabkan 15 Punca Ini, Cuba Semak!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Rambut gugur boleh menjadi satu mimpi ngeri terutama bagi kalangan individu yang masih muda. Tetapi apakah punca rambut gugur lelaki dan wanita yang mendasari masalah penipisan rambut tersebut?

Simptom-simptom rambut gugur

Rambut gugur boleh terjadi dalam pelbagai cara, bergantung kepada faktor yang menyebabkannya.  Tanda-tanda dan simptom keguguran rambut termasuklah:

  • Penipisan secara berperingkat di atas kepala. Ini adalah jenis keguguran rambut yang paling biasa, yang menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita apabila mereka semakin berumur.
  • Tompok botak yang bulat atau tidak lengkap. Jenis keguguran rambut seperti ini pada kebiasaannya hanya mempengaruhi kulit kepala, tetapi kadangkala berlaku di bahagian janggut atau kening.
  • Rambut gugur secara tiba-tiba. Jenis keguguran rambut seperti pada kebiasaannya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan dan bukannya botak bertompok.
  • Keguguran rambut atau bulu di seluruh badan. Sesetengah keadaan dan rawatan perubatan, seperti kemoterapi untuk kanser, boleh mengakibatkan kehilangan rambut di seluruh badan anda. Rambut biasanya akan tumbuh kembali.

Punca rambut gugur lelaki & wanita

Keguguran rambut biasanya berkaitan dengan satu atau lebih faktor-faktor seperti berikut:

1. Tekanan fizikal

Sebarang jenis pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Ini boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut yang dipanggil telogen effluvium

2. Tekanan emosi

Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku.

3. Kehamilan

Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan berbanding daripada semasa kehamilan. 

penipisan rambut

4. Terlalu banyak vitamin A

Suplemen atau ubat vitamin A yang berlebihan boleh mencetuskan keguguran rambut. Jika pengambilan vitamin A yang berlebihan terhenti, rambut akan tumbuh kembali secara normal.

5. Kekurangan kandungan protein

Jika anda tidak mendapat protein yang cukup dalam diet anda, tubuh anda akan mencatu protein yang berbaki dengan menghentikan pertumbuhan rambut. 

6.Pola kebotakan lelaki

Kira-kira dua daripada tiga lelaki mengalami keguguran rambut pada umur 60 tahun, dan kebanyakannya disebabkan oleh pola kebotakan lelaki.

Punca rambut gugur lelaki ini berlaku disebabkan oleh gabungan gen dan hormon seks lelaki. 

7. Keturunan

Pola keguguran rambut wanita, yang dipanggil androgenetic atau androgenetic alopecia, adalah pola kebotakan lelaki versi wanita. 

Kebotakan dialami wanita pada rambut mereka yang gugur mungkin melebar dan mereka mungkin mempunyai penipisan rambut yang ketara. 

8. Hormon wanita

Perubahan dalam keseimbangan hormon yang berlaku semasa menopause dan pengambilan pil kawalan kelahiran mungkin juga menjadi punca rambut gugur. 

Anda lebih cenderung untuk mengalami kesan sampingan daripada pil ini sekiranya mempunyai sejarah keluarga keguguran rambut. 

9. Sindrom ovarium polikistik (PCOS)

PCOS adalah ketidakseimbangan hormon seks lelaki dan wanita. PCOS meningkatkan risiko wanita diabetes, kemandulan dan penipisan rambut.

Lebihan hormon lelaki juga boleh menyebabkan lebih banyak rambut di badan dan muka bersama-sama dengan penipisan rambut pada kulit kepala. 

10.Anemia

Hampir satu dalam setiap 10 orang wanita yang berumur 20 hingga 49 tahun mengalami anemia akibat kekurangan zat besi (jenis anemia yang paling biasa), yang merupakan penyebab mudah kehilangan rambut. 

11. Hypothyroidism

Hypothyroidism adalah istilah perubatan untuk kelenjar tiroid yang tidak aktif. Kelenjar kecil ini terletak di bahagian leher menghasilkan hormon yang penting untuk metabolisme serta pertumbuhan dan perkembangan. Ia boleh menyumbang kepada keguguran rambut.

12. Kehilangan berat badan yang drastik

Penurunan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis.  Terdapat kemungkinan bahawa penurunan berat badan itu sendiri memberi tekanan terhadap tubuh badan anda. 

Kehilangan rambut bersama dengan penurunan berat badan yang ketara juga boleh menjadi tanda gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia.

punca rambut gugur lelaki

13. Kemoterapi

Sesetengah ubat yang digunakan untuk melawan kanser juga boleh menyebabkan rambut anda gugur. Ia memusnahkan sel sihat lain dengan cepat.

Ini bermakna walaupun ia memusnahkan sel-sel kanser, ia juga merosakkan sel lain seperti sel rambut.

14. Penggayaan rambut secara berlebihan

Gaya rambut dan rawatan rambut yang dilakukan selama bertahun-tahun boleh menyebabkan rambut anda gugur.

Contoh-contoh penggayaan rambut yang ekstrem termasuklah tight braids, tenunan rambut atau corn rows serta bahan kimia untuk meluruskan rambut anda, rawatan minyak panas atau sebarang jenis kimia kasar atau haba yang tinggi

15. Penuaan

Keguguran rambut pada wanita selepas usia tertentu adalah biasa dan tiada bukti yang mencukup punca ianya berlaku.

Rawatan doktor

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut terjadi tanpa mengira jika seseorang individu itu adalah seorang lelaki mahupun wanita.

Jika keguguran rambut yang terjadi tersebut terlalu ketara, anda boleh mencuba dengan berbincang bersama doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik. Anda juga boleh mencuba ubatan yang tersedia di farmasi tanpa preskripsi doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alamak! Kerja Lebih Masa Boleh Botak Awal? Ini Satu-Satunya Cara Boleh Membantu

Lelaki yang bekerja melebihi 52 jam seminggu berisiko untuk mengalami masalah kepala botak awal. Itulah kesan stres kerja kepada tahap kesihatan rambut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 04/11/2019 . 3 minit bacaan

12 Makanan Atasi Rambut Gugur Yang Boleh Dicuba & Tips Semulajadi Lebatkan Rambut

Bagaimana jika anda mempunyai rambut yang bermasalah seperti rambut gugur? Apakah punca rambut gugur dan adakah makanan atasi rambut gugur?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/08/2019 . 5 minit bacaan

5 Cara Untuk Melebatkan Rambut Bayi Anda Dengan Cepat, Alahai Comelnya!

Mungkin ada bayi yang lahir botak, namun pasti anda ingin tahu rahsia cara melebatkan rambut mereka kan? Ia mudah dengan 5 tip ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Farah Aziz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 12/04/2019 . 3 minit bacaan

Alami Masalah Rambut Gugur Semasa Hamil? Ini Cara Atasinya!

Anda mengalami masalah rambut gugur semasa hamil yang teruk? Ini cara penjagaan rambut ketika mengandung yang boleh anda cuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 18/10/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

rambut gugur

Kaum Adam, Sebelum Kepala Hampir Botak, Buat & Elak 10 Benda Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
masalah-rambut-paling-kerap-dialami

Kebotakan, Masalah Rambut Paling Kerap Dialami

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/11/2019 . 3 minit bacaan
rambut mudah gugur

MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/11/2019 . 3 minit bacaan
rambut gugur

Umur Muda Lagi Tapi Rambut Sudah Makin Menipis, Mengapa Agaknya Ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/11/2019 . 3 minit bacaan