Perosak Gigi yang Patut Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat banyak tabiat harian yang boleh merosakkan gigi anda. Apakah tabiat buruk yang perlu anda elakkan itu? Artikel di bawah akan menunjukkan 9 perosak gigi.

Mengunyah ais

Apabila cuaca panas menyiksa anda,  anda mungkin terdorong untuk mengunyah beberapa ketulan ais. Walau bagaimanapun, selepas itu, gigi anda boleh menjadi rosak teruk, terjejas mahupun retak.

Bermain sukan fizikal yang keras tanpa perlindungan mulut

Melainkan jika anda mahu senyuman anda kehilangan beberapa gigi, pakai pelindung mulut setiap kali anda bermain sukan yang berkaitan.

Mempunyai tindikan mulut

Tidak jarang untuk melihat orang yang mempunyai minat untuk tindikan mulut. Walau bagaimanapun, tindikan boleh menyebabkan jangkitan, gigi sensitif, kehilangan gigi, dan gusi menyusut.

Menikmati gula-gula

Ramai orang yang suka menikmati gula-gula. Walau bagaimanapun, makanan ini boleh menambah tahap gula dalam darah anda dan juga merosakkan gigi anda.

Menggunakan mulut anda untuk membuka sesuatu

Ia adalah perkara biasa untuk melihat pelakuan ini kerana ramai yang ingin menjimatkan masa  daripada mencari sepasang gunting.

Makan tanpa henti

Sesetengah orang sukakan makanan lebih daripada segala-galanya. Walau bagaimanapun, sentiasa mengunyah sesuatu atau meneguk minuman memang boleh memendekkan jangka hayat gigi anda, menjadikannya lebih sensitif.

Merokok

Menghisap rokok atau tembakau bukan sahaja menjejaskan kesihatan anda, terutamanya menyebabkan masalah paru-paru, tetapi ia juga boleh  merosakkan gigi anda. Hentikan tabiat ini sebelum terlambat.

Minum kopi dengan banyak

Bagi sesetengah orang, minum kopi telah menjadi kebiasaan yang tidak dapat mereka elakkan. Kopi mengandungi bahan yang dipanggil kafein, yang boleh membantu orang berjaga dan menumpukan perhatian. Itulah sebab mengapa begitu ramai orang memerlukan minuman ini sewaktu kerja. Walau bagaimanapun, kafein adalah berbahaya kepada gigi anda, kerana ia mengganggu aliran air liur, menyebabkan mulut kering, dan dari segi jangka masa panjang, boleh membawa kepada kerosakan gigi.

Banyak minum jus buah-buahan

Walaupun jus buah-buahan mengandungi timbunan vitamin A, C dan mineral penting yang lain, minum berlebihan  boleh membuat gigi menjadi reput. Ini disebabkan glukosa semula jadi dalam buah-buahan boleh merosakkan gigi anda.

Ternyata, beberapa tabiat yang kelihatan  tidak berbahaya boleh menjadi faktor yang boleh menjejaskan atau merosakkan gigi anda. Perlu diingat 9 tabiat buruk di atas perlu dielakkan supaya anda tidak mempunyai sebarang komplikasi dengan gigi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    karang gigi

    Kerap ‘Scaling’ Gigi Untuk Dapatkan Senyuman Menawan? Baca Ini Dulu Sebelum Sesi Seterusnya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    8 Tabiat Anda Ini Punca Gigi Rosak, Selalu Kunyah Ais Juga Salah Satu Daripadanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/12/2018 . 3 minit bacaan
    putihkan-gigi-dengan-baking-soda

    Gigi Cantik & Mulut Berbau Harum Tentunya Jadi Idaman, Ini 7 Cara Pantas Untuk Jaga Kesihatan Mulut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 20/09/2018 . 2 minit bacaan