backup og meta

Jangan Terkejut, SOPAK Juga Boleh Ada Pada ZAKAR! Ini Cara Rawatannya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 22/10/2021

    Jangan Terkejut, SOPAK Juga Boleh Ada Pada ZAKAR! Ini Cara Rawatannya

    Sopak atau bahasa perubatannya, vitiligo adalah penyakit kulit yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok putih dek kerana tidak mempunyai pigmen.

    Ia turut dihidapi oleh 0.5 hingga 2% penduduk dunia dan merupakan salah satu penyakit yang selalu menjadi perhatian masyarakat.

    Ada yang mengatakan ia boleh menjangkiti orang lain hingga menyebabkan kerisauan tetapi hakikatnya, ia bukanlah satu penyakit berjangkit.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Kenali penyakit kulit vitiligo

    Vitiligo atau turut dikenali sebagai sopak, adalah penyakit kulit yang menyebabkan bintik-bintik atau tompok-tompok kulit berwarna putih atau cerah akibat kehilangan melanin.

    Perlu diketahui bahawa sopak adalah masalah pada pesakit itu sendiri di mana sel melanocyte yang menghasilkan pigmen melanin mengalami masalah.

    Ini menyebabkan kawasan kulit yang terjejas bertukar menjadi cerah dan sopak pun berlaku.

    Untuk pengetahuan, melanin lah yang memberikan warna pada kulit dan rambut kita, jadi apabila ia berkurangan maka warna pada kawasan-kawasan terjejas bertukar warna.

    Bukan itu sahaja, vitiligo boleh berlaku di mana sahaja anggota badan, termasuklah zakar anda! Ia sering kali muncul di wajah, belakang tangan, dan leher.

    Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitiligo terutamanya pada zakar, termasuk penyebabnya dan pilihan rawatan yang ada.

    penyakit kulit vitiligo

    Simptom-simptom vitiligo zakar

    Vitiligo zakar biasanya muncul di kulit dan batang, bukannya pada kelenjar atau kepala zakar.

    Pun begitu, penghidap juga mungkin melihat gejala yang tidak berkaitan dengan kulit, seperti:

    • Rambut beruban atau putih
    • Kehilangan warna pada membran mukus, seperti di lapisan mulut dan hidung
    • Penglihatan berubah, berlaku akibat kehilangan pigmen pada lapisan dalam bebola mata

    Selain itu, terdapat beberapa jenis penyakit kulit vitiligo, bergantung kepada tahap gejala dialami:

    • Localized vitiligo merujuk kepada vitiligo yang berlaku di satu atau dua kawasan sahaja
    • Generalized vitiligo merujuk kepada vitiligo yang berlaku di seluruh badan
    • Segmental vitiligo adalah vitiligo yang hanya mempengaruhi sebahagian daripada badan

    Penyakit ini boleh berkembang pada usia berapa pun, walaupun ia lebih cenderung untuk muncul sebelum usia 20 tahun.

    Perlu diingat juga, vitiligo zakar tidak bersifat berjangkit, dan tidak mempengaruhi fungsi atau kesihatan zakar anda.

    Baca juga:

    Vitiligo zakar, apa puncanya?

    Sehingga kini, pakar masih tidak pasti mengapa sebilangan individu berhenti menghasilkan melanin pada kawasan tertentu.

    Tetapi ada yang percaya bahawa ia mungkin disebabkan oleh kondisi autoimun.

    Kondisi autoimun berlaku apabila sistem kekebalan tubuh anda secara salah menyerang sel yang sihat.

    Tambahan lagi, jika anda mempunyai kondisi autoimun yang lain, seperti lupus atau tiroiditis Hashimoto, anda mungkin mempunyai risiko terkena vitiligo lebih tinggi.

    Sejarah genetik keluarga turut memainkan peranan untuk seseorang menghidap penyakit sopak.

    Bagaimana vitiligo zakar didiagnosis?

    Vitiligo biasanya didiagnosis semasa pemeriksaan fizikal yang menyeluruh dilakukan.

    Sekiranya ia mempengaruhi zakar anda, doktor mungkin akan memeriksa bahagian badan yang lain juga.

    Mereka mungkin juga menggunakan cahaya ultraviolet di kawasan tersebut untuk membantu mengesahkan bahawa ia adalah sopak.

    Bergantung pada simptom anda, mereka juga mungkin mengambil sampel kulit daripada zakar untuk diperiksa di bawah mikroskop. Ini dikenali sebagai biopsi.

    Bagi mempermudahkan urusan diagnosis, pastikan anda memaklumkan doktor sekiranya terdapat ahli keluarga yang turut sama mengalami masalah vitiligo atau autoimun ya!

    penyakit kulit vitiligo

    Ini kaedah rawatannya

    Malangnya, tiada cara dapat merawat vitiligo sepenuhnya, tetapi beberapa perkara boleh bantu mengembalikan warna kulit asli anda.

    Harus kalian tahu, vitiligo zakar adalah lebih sukar dirawat berbanding bahagian badan lain kerana kulit alat kelamin adalah lebih sensitif.

    Antara kaedah rawatan yang boleh dilakukan adalah:

    • Ubat-ubatan

    Krim topikal dapat membantu kurangkan penampilan sopak kulit, yang biasanya merangkumi ubat steroid topikal antiradang yang mengandungi tacrolimus atau pimecrolimus, yang mempengaruhi tindak balas imun badan anda.

    Peringatan, pastikan anda hanya menggunakan ubat ini pada zakar sekiranya doktor mengesyorkannya!

    Ini kerana penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kerengsaan dan atrofi kulit.

    penyakit kulit vitiligo

    • Terapi cahaya

    Penggunaan cahaya ultraviolet A, ultraviolet B, atau excimer untuk bantu mengembalikan pigmen kulit zakar anda mungkin berkesan.

    Walau bagaimanapun, terlalu banyak pendedahan cahaya ultraviolet pada alat kelamin juga boleh membahayakan dan meningkatkan risiko mendapat barah.

    Justeru, pastikan ia dilakukan oleh doktor yang sudah cukup berpengalaman apabila hendak melakukan rawatan seperti ini.

    • Pembedahan

    Sekiranya rawatan lain tidak berkesan, pembedahan mungkin menjadi pilihan.

    Jika anda hanya mempunyai vitiligo pada kulit zakar, bersunat boleh membantu!

    Dalam kes lain, pakar bedah mungkin mengambil sepotong kecil kulit daripada bahagian badan lain dan mencantumkannya ke kawasan yang terjejas.

    Tetapi pekara ini sukar dilakukan pada zakar, terutamanya jika kawasan yang luas terlibat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 22/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan