backup og meta

Pelembap: Pilihan untuk Kulit yang Lebih Lembut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2023

    Pelembap: Pilihan untuk Kulit yang Lebih Lembut

    Ramai orang tahu pelembap boleh digunakan untuk mencegah dan merawat kulit kering. Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu tentang manfaat pelembap yang baik. Pelembap boleh bertindak sebagai pelindung kulit, mencerahkan dan melicinkan kulit serta menutup cela. Terdapat pelbagai jenis pelembap di pasaran. Mari kita cari yang terbaik untuk anda!

    Pelembap yang manakah sesuai untuk kulit anda?

    Pada dasarnya, pelembap menyimpan air pada lapisan paling luar kulit anda. Pelembap sering mengandungi kedua-dua humektan dan emolien di  samping bahan-bahan lain yang mungkin berasaskan air kerana formula tersebut mudah untuk digunakan pada kulit dan tidak meninggalkan sisa yang jelas kelihatan. Apabila memilih pelembap, banyak faktor perlu dipertimbangkan, termasuk jenis kulit, usia, dan keadaan kulit yang lain. Cara paling mudah adalah berdasarkan jenis kulit anda.

    Kulit biasa

    Kulit normal tidak kering atau berminyak dan mempunyai keseimbangan kelembapan semula jadi. Sekiranya anda beruntung dan mempunyai jenis kulit ini, apa yang anda perlukan adalah pelembap berasaskan air yang ringan dan tidak berminyak. Bahan utama dalam pelembap seperti ini adalah minyak ringan dan bahan daripada silikon.

    Kulit kering

    Kulit kering memerlukan pelembap berat yang mempunyai formula dan ramuan berasaskan minyak untuk menampung kekurangan kelembapan. Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering, anda mungkin memerlukan produk berasaskan petrolatum. Bahan ini lebih kuat daripada krim biasa dan lebih berkesan dalam mencegah kehilangan air.

    Kulit berminyak

    Mereka yang mempunyai kulit berminyak sering mengalami masalah jerawat. Walaupun kulit berminyak mempunyai minyak yang berlebihan, ia masih memerlukan kelembapan. Pelembap ringan seperti losyen yang dirumuskan dengan lebih banyak air boleh membantu dalam hal ini. Ia lebih mudah menyerap dan kurang cenderung untuk mengganggu kulit yang mudah dijangkiti. Apabila anda membeli pelembab, cari yang berasaskan air dan dilabelkan tidak bersifat komodegonik, yang bermaksud telah terbukti tidak menyumbat liang roma.

    Kulit sensitif

    Kulit sensitif terdedah kepada kerengsaan, ruam, dan kemerahan. Bahan-bahan yang meredakan seperti chamomile atau aloe adalah pembantu kulit sensitif. Jangan lupa untuk mengelakkan alergen seperti wangian, pewarna, dan asid.

    Kulit matang

    Semakin tua usia anda, minyak yang dihasilkan makin berkurangan memandangkan kelenjar minyak di kulit anda menjadi kurang aktif dengan peningkatan usia. Untuk memiliki kulit yang lembut dan terhidrasi, pilih pelembap berasaskan minyak dengan petrolatum, antioksidan, dan asid alpha hydroxy untuk memerangi kedutan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan