Patutkah Anda Tidur Meniarap?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Adakah anda tidur meniarap? Jika ya, adakah anda pernah perasan jika ada sesuatu yang berbeza pada keesokan harinya? Kemungkinan besar anda telah mengalami kesan berbahaya akibat tidur meniarap. Artikel di bawah ini akan memberikan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Ia bermula dengan tulang belakang

Ramai orang yang terbiasa tidur meniarap mengalami beberapa jenis sakit sama ada di sendi, belakang badan, tulang belakang atau leher. Mengalami lebih banyak kesakitan bermakna anda lebih cenderung untuk bangun secara tiba-tiba pada pertengahan malam. Akibatnya, kesakitan ini boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anda, daripada tahap tidur anda, produktiviti, hinggalah tingkah laku.

Apabila anda tidur meniarap, tekanan pada tulang belakang anda bertambah, oleh itu, seluruh struktur tulang anda perlu menanggung tahap tekanan yang lebih tinggi. Selain itu, kerana tulang belakang ibarat saluran paip untuk saraf anda, seluruh badan anda akan mengalami kesakitan disebabkan oleh tekanan pada tulang belakang.

Dan kemudian leher

Melainkan anda tidak perlu bernafas atau anda mempunyai kekuatan super yang membolehkan anda bernafas melalui bantal anda apabila anda meniarap, kemungkinan besar anda perlu mengalihkan kepala ke sisi untuk mendapatkan oksigen. Ini menjadikan kepala dan tulang belakang anda tidak selari, bermakna leher anda berpusing. Pada mulanya, kesan buruk kedudukan ini mungkin tidak ketara atau tidak disedari, bagaimanapun, dari masa ke masa, simptom akan menjadi lebih teruk dan serius.

Tambahan pula, apabila tidur dalam kedudukan ini, leher anda juga berisiko mengalami herniasi cakera (herniated disc). Ini adalah masalah kesihatan serius yang harus anda elakkan. Apabila vertebra tulang belakang anda telah mencapai had, atau dengan kata lain, atau telah beralih sepenuhnya, cakera gelatin di dalamnya boleh pecah. Apabila berlaku kebocoran gel tersebut, sistem saraf anda akan terjejas.

Peringatan Khusus untuk Bakal Ibu

Apabila anda hamil, semua yang anda lakukan, anda lakukannya untuk dua orang. Itulah sebabnya anda memerlukan rehat yang mencukupi untuk memastikan anda dan bayi sihat. Idea untuk tidur meniarap ketika hamil agak tidak masuk akal, kerana sangat tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, untuk wanita yang terbiasa tidur dalam kedudukan itu, sebaiknya sebaik sahaja anda hamil, ubah kedudukan tidur anda menjadi lebih selamat dan selesa.

Adalah fakta bahawa tidur meniarap membawa kesan berbahaya kepada tubuh anda. Sekiranya anda mengalami kesukaran mengubah kedudukan tidur anda atau mengalami kesan tidur meniarap, dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin untuk nasihat, bimbingan dan rawatan lanjut.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Tahukah Anda Bahawa Adakalanya Genetik Anda Sendiri Yang Sebabkan Tidur Anda Terganggu?

    Ada satu kajian mendapati, bukan hanya persekitaran tetapi faktor genetik turut menjadi penyebab terbaharu yang menjejaskan kualiti tidur anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 09/04/2019 . 2 minit bacaan

    Aduhai, Ada Rasa Penat Dan Mengantuk Tapi Mata Sukar Nak Tidur: Apakah Puncanya?

    Apakah yang menjadi punca kepada masalah tidak boleh tidur ini? Mungkin ada perkara yang tanpa kita sedar menjadi punca kepada masalah ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 01/04/2019 . 3 minit bacaan

    Sakit Belakang? Posisi Tidur Anda Mungkin Memainkan Peranan

    Keanjalan tilam dan jenis bantal yang anda gunakan juga boleh menentukan tahap keselesaan anda. Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 29/03/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara untuk tidur

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit anemia

    Sering Penat, Sukar Tidur Malam- Ini TANDA KETARA Anemia, Cepat Jumpa Doktor Jika Anda Alaminya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    susah tidur malam

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan