Mengapa Kuku Anda Menjadi Kuning? Tak Sangka, Rokok Juga Beri Pengaruh Rupanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Untuk pengetahuan anda, kuku terbentuk daripada sel-sel mati dan dipenuhi keratin.

Sebenarnya, ia mungkin boleh menjadi jendela kepada tahap kesihatan tubuh badan kita.

Ingin tahu bagaimana? Ayuh kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa punca kuku berwarna kuning?

Kuku berwarna kuning adalah masalah biasa dalam kalangan lelaki dan wanita.

Sama ada disebabkan kesan pengilat kuku, gaya hidup anda atau tanda-tanda masalah perubatan.

Jom sama-sama kita kenali sebabnya!

potong kuku

Pengilat kuku?

Biasanya, pigmen pengilat kuku adalah penyebab kuku kuning.

Lebih gelap warna pengilap, lebih banyak kesan yang ditinggalkannya.

Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah dengan menggunakan kot asas yang jernih pada kuku sebelum menggunakan pengilap kuku.

Ia bukan sahaja melindungi kuku anda daripada kesan warna tetapi juga membuat pengilap kuku tahan lebih lama.

Menggunakan penanggal pengilat kuku yang diperbuat daripada aseton juga menambah kuku kuning anda.

Pilih penanggal bukan aseton setiap kali anda perlu menanggalkan pengilap kuku.

Perokok tegar?

Sekiranya anda seorang perokok, maka kuku anda mungkin menjadi kuning disebabkan tar dan nikotin dari rokok anda.

Di samping itu, merokok menghalang aliran oksigen ke kuku, menyebabkan kekurangan oksigen yang juga menyebabkan kuku kuning.

Untuk mengelakkan kuku anda kuning, anda perlu berhenti merokok.

Walaupun susah, mungkin ini lebih baik untuk kesihatan anda sendiri.

kuku

Jangkitan kulat?

Kuku kuning boleh disebabkan oleh jangkitan kulat.

Tanda-tandanya termasuklah kuku mengelupas, di samping bau yang kurang menyenangkan.

Jika tidak dirawat, kuku anda boleh menebal dan hancur.

Selain itu, warna kuku yang bukan semula jadi mungkin menandakan penyakit tiroid, hati dan paru-paru.

Jika anda merasa curiga dengan warna kuku anda, rujuk kepada doktor untuk menentukan masalah sebenar anda.

Ini cara penjagaan kuku yang betul!

cegah-masalah-kuku

Jika kuku anda sudah pun menjadi kuning.

Anda masih boleh mencerahkannya dengan menggunakan jus lemon dan baking soda atau pergi ke salon kuku untuk pembaikan segera.

Sama seperti kulit anda, kuku anda perlukan oksigen supaya tetap sihat dalam jangka masa panjang.

Sekalipun anda gemar menggunakan pengilap kuku, membiarkannya tanpa diwarnakan akan membantu kuku anda kekal lebih sihat.

Jadi, sila ambil tahu cara penjagaan kuku yang betul agar ia kekal cantik dan sihat ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Adakah Anda Tahu Cara Potong Kuku dan Menjaga Kuku Anda?

Potong kuku mungkin perkara yang remeh bagi anda, tetapi bagi sesetengah individu, penjagaan kuku yang betul penting untuk kesihatan mereka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Helma Hassan
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/12/2018 . 9 minit bacaan

6 Perubahan Kuku Yang Harus Diberi Perhatian, Ia Tanda Masalah Kesihatan Anda!

Penjagaan kuku harus dititik beratkan supaya sentiasa diberi perhatian. Lihat 6 rupa kuku yang tidak sihat ini supaya dapat diberi rawatan sewajarnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/07/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jari kaki bayi

Tip Penjagaan Jari Tangan Dan Kaki Bayi, 5 Perkara Ibu Bapa PERLU Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/03/2020 . 3 minit bacaan
masalah kuku

Jangan Pandang Remeh Tentang Penjagaan Kuku, Ia Penting Untuk Cegah Jangkitan Pada Kuku

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/11/2019 . 3 minit bacaan
kuku berwarna kuning

Oh! Kuku Jadi Kuning Bukan Sebab Kerap Pakai Pengilat Saja, Ada Lagi Punca Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/08/2019 . 4 minit bacaan
9-keadaan-kuku-dan-tahap-kesihatan

Sila Tengok Kuku Anda – Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Perlu Dikenal Pasti

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/12/2018 . 2 minit bacaan