Kekal Yakin dengan Kulit Kering

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kulit kering atau xerosis ialah kekurangan kelembapan pada lapisan sel paling luar kulit. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan atas pelbagai sebab. Di Malaysia, 1 daripada 5 wanita didapati menghadapi kulit kering.

Pun begitu, sesetengah individu menghadapi masalah kulit kering yang sangat teruk terutamanya dalam pesakit ekzema, psoriasis dan kulit hipersensitif. Memandangkan kulit adalah organ terbesar dan paling zahir di luar, tidak hairanlah keadaan kulit sangat menjejaskan keyakinan diri dan persepsi individu terhadap dirinya sendiri.

Menurut kaunselor psikologis Cathie Wu daripada Abri Integrated Mental Health, terdapat kaitan yang jelas antara keadaan kesihatan mental individu dengan keadaan fizikal kulit mereka. Perkaitan yang disebut sebagai hubungan kulit dan minda.

“Keadaan emosi boleh mempengaruhi keadaan kulit anda dan begitu juga sebaliknya. Memfokuskan kepada individu di sebalik keadaan tersebut dan juga masalah yang mereka hadapi adalah penting untuk membantu wanita yang mengalami masalah ini berasa gembira dan yakin dengan kulit mereka,” kata beliau pada majlis pelancaran Dove Derma Series di Aloft, KL Sentral.

Pelancaran produk dan forum tentang kulit kering tersebut antara lain membincangkan masalah kulit kering dan bagaimana membantu rakyat Malaysia yang berdepan masalah ini untuk menerima keadaan kulit mereka.

Dr Irene Lee Chew Kek, konsultan dermatologis daripada Pantai Hospital Cheras berkata pelembap kebiasaannya mencukupi untuk kulit dan membantu mengembalikan fungsi normal kulit. Namun dalam kulit yang terlalu kering, lapisan stratum korneum menjadi tidak berupaya membaiki dirinya sendiri menyebabkan kulit yang merekah, gatal dan menyakitkan.

“Oleh itu, keadaan ini kebiasaannya berlarutan sehingga pesakit belajar untuk ‘mengawal’ dan bukannya menyembuhkan keadaaan mereka,” katanya dalam majlis yang sama.

Disebabkan itu, kedua-dua pakar bersetuju penggunaan produk yang sesuai dan mentaliti pesakit yang tidak terlalu fokus kepada keadaan kulit mereka adalah penting untuk kehidupan pesakit yang lebih yakin diri dan keadaan kulit kering yang terkawal.

Penampilan sempurna wanita dalam bidang kecantikan yang tidak mewakili masalah kulit yang dihadapi kebanyakan wanita juga tidak membantu. Menurut Pengarah Jenama Antarabangsa Dove, Tati Lindenberg, “industri kecantikan selalu terlepas pandang tentang kaitan antara keresahan dan kulit yang sangat kering, dengan produk yang mensasarkan masalah keadaan kulit berbanding individu yang menghadapinya,” katanya.

Oleh itu, pelancaran produk Dove yang terbaru tersebut disasarkan untuk mengubah pendekatan individu yang menghadapi kulit kering agar menjaga diri mereka di samping masalah kulit mereka melalui kempen “Make peace with dry skin”. Kerana walau apa jua keadaan kulit yang anda hadapi, setiap individu berpotensi untuk kelihatan cantik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

    Apa itu stretch mark? Ramai yang tahu tentang perkara ini namun mengapa ia boleh muncul pada semua tempat termasuk bahu? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Makan buah-buahan dan sayuran baik untuk kesihatan, walaupun mungkin tidak ramai mengamalkannya, tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Dengar Terjadi Kepada Wanita Sahaja, Tapi Bolehkah Lelaki Juga Terkena Radang Pelvis?

    Ada satu persoalan yang timbul sama ada lelaki juga boleh terkena penyakit radang pelvis atau tidak? Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

    Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ekzema zakar

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    meremang bulu roma

    Ini Sebab Saintifik Mengapa Bulu Roma Tiba-tiba Boleh Meremang, Bukan Kerana Entiti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat niacinamide

    Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    kondisi kulit semasa menopaus

    Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan