backup og meta

Nak Kekalkan Awet Muda Sampai Bila-Bila, Mudah Saja Dengan Skipping, Memang Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/09/2020

    Nak Kekalkan Awet Muda Sampai Bila-Bila, Mudah Saja Dengan Skipping, Memang Berkesan!

    Ada ke orang nak nampak tua? Mestilah takda. Semua orang kalau boleh nak maintain muda aje. Tapi ada ke cara untuk kekal awet muda? Kalau nak tahu tip maintain muda, marilah baca perkongsian artikel ini.

    Skipping bantu kekal awet muda

    Apa itu skipping? Bagi yang tidak tahu, skipping atau jumping rope (melompat tali) melibatkan pergerakan lompatan yang menggunakan tali khas. Ia merupakan satu senaman ringkas tetapi sangat bagus untuk kardio dan berkesan membakar kalori dalam badan anda. 

    Menurut Profesor Bersekutu, Perubatan Kardiologi/Pernafasan, University of Connecticut Health Center di Farmington, Dr Peter Schulman, “Senaman ini sudah tentu baik untuk hati. Ia menguatkan badan pada bahagian atas dan bawah serta dapat membakar kalori dalam masa yang singkat. Tetapi ia bergantung kepada kesesuaian individu.”

    Jadi kita sudah tahu bahawa ia merupakan satu senaman yang ringkas dan baik untuk kesihatan. Jom ketahui lebih lanjut tentang kebaikan jumping rope yang lain? Siapa tahu ia mungkin menjadi pendorong untuk anda melakukannya?

    Manfaat skipping

    awet muda

    Sudah tentu anda semua sedia maklum bersenam adalah baik untuk kesihatan. Begitu jugalah dengan melakukan jumping rope. Ia dapat membantu anda untuk kekal cantik, tegap, handsome dan awet muda. Selain itu, terdapat juga manfaat kesihatan yang lain, seperti:

    1. Perbaiki koordinasi

    Senaman ini dapat membantu meningkatkan koordinasi dengan menjadikan anda lebih fokus kepada bahagian kaki. Anda mungkin akan cakap, “Eh, mana ada aku tengok kaki masa melompat”, tetapi percayalah anda sedang fokus cuma tidaklah secara direct memandang kaki. Cuma ia hanya melibatkan bahagian otak yang sedar tentang apa yang sedang dilakukan kaki anda. Kalau tak fokus, boleh tersandung kaki tau!

    1. Mengurangkan kecederaan kaki

    Bukan hanya baik dalam membantu meningkatkan koordinasi kaki tetapi dalam masa yang sama senaman ini dapat menguatkan otot di sekeliling pergelangan kaki dan kaki secara keseluruhan. 

    1. Pembakar kalori

    Seperti yang dinyatakan tadi, melompat tali ini bagus dalam membantu membakar kalori. Berbanding berjoging selama 30 minit, melompat dapat membakar lebih banyak kalori. Menurut Science Daily, senaman ini dapat membakar sehingga 1,300 kalori bagi setiap jam aktiviti melompat pada intensiti yang tinggi.

    1. Mudah dan menyeronokkan

    Anda boleh melakukan senaman ini di mana-mana sahaja yang anda inginkan. Malahan kalau anda sudah biasa melakukannya, anda boleh belajar membuat pergerakan lebih rumit untuk menjadikan senaman lompatan tali ini lebih menarik. 

    1. Ketumpatan tulang

    Bagi Penolong Profesor Perubatan di University of Colorado di Denver merangkap penyelidik berkaitan tulang individu lebih berusia dan atlet, Dr Daniel W. Barry memberitahu bahawa melompat tali adalah satu senaman terbaik untuk meningkatkan ketumpatan tulang dengan hanya melompat. Malahan anda mungkin hanya perlu melakukannya dalam tempoh yang sekejap.

    Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sejarah berkaitan masalah patah tulang atau keluarga yang mempunyai osteoporosis, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu. 

    1. Kesihatan kardiovaskular

    awet muda

    Menurut American College of Sports Medicine, melompat tali adalah amat disarankan. Untuk membantu meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru, lakukanlah senaman lompat tali ini sekurang-kurangnya tiga atau lima kali seminggu untuk 12 hingga 20 minit setiap sesi. 

    1. Memperbaiki pernafasan

    Selain baik untuk jantung dan stamina, skipping juga dapat memperbaiki pernafasan anda menjadi lebih baik dan efisien. Ia sudah tentu dapat membantu mengelakkan masalah semput dan menjadi tercungap-cungap selepas berlari.

    1. Lebih bijak

    Haaa…mesti ‘tak’ percayakan senaman ini boleh menjadikan anda lebih bijak. Tetapi menurut Jump Rope Institue, melompat dapat membantu perkembangan otak kiri dan kanan anda. Sekali gus keadaan ini dapat membuat anda lebih fokus, tingkatkan kemahiran membaca dan membantu meningkatkan memori serta lebih peka terhadap mental. Jadi ‘nak’ jadi bijak? Mulakan skipping sekarang!

    Kebaikan menyeluruh

    Kita boleh katakan bahawa melompat tali ini memberikan manfaat kesihatan secara menyeluruh. Apabila anda lebih fokus dan pernafasan lebih efisien, sudah tentu secara tidak langsung dapat menjadikan anda sebagai individu yang lebih tenang. Dalam masa yang sama sudah tentu ia boleh membantu membuatkan anda kekal awet muda, sihat dan cantik. Jadi apa tunggu lagi? Marilah ber-skipping!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/09/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan