Kanser Kulit: Jauhi Cahaya Matahari dengan Solekan Mineral

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mengalami sebarang penyakit boleh menyebabkan bukan sahaja kesan dalaman tetapi juga kerosakan luaran. Dalam kes ini, kanser kulit boleh menjadi penyakit utama yang menyebabkan kerosakan luaran dan dalaman untuk pesakit. Untuk mengelakkan kanser kulit, di samping strategi pelindungan matahari yang lain, menggunakan pelindung matahari dan kosmetik dengan kadar SPF yang tinggi telah terbukti membantu mencegah dan menutup masalah kanser kulit.

Apakah solekan mineral?

Dengan sejarah yang panjang dalam industri solekan, solekan mineral datang dalam bentuk serbuk ditekan atau longgar yang mengandungi bahan semula jadi. Bahan-bahannya adalah talkum, zink oksida, besi oksida dan titanium dioksida. Dengan gabungan banyak nutrien, solekan jenis ini terkenal dengan tekstur lembut, melekap, warna berkilauan dan penyerapan sempurna. Antara kelebihan solekan mineral adalah kerana ia sering dibuat tanpa wangian, minyak emolien, bahan pengikat atau pengawet, lantas mengelakkan kerengsaan kulit. Dalam sesetengah produk mineral, pengeluar juga menambah silikon untuk membantu melembapkan dan melembutkan kulit. Ramai orang juga suka solekan mineral dengan tambahan antioksidan atau pro-vitamin yang dapat memberikan penghidratan tambahan dan meningkatkan emolien.

Apakah manfaat solekan mineral untuk melindungi kulit daripada matahari serta kanser kulit?

Apabila menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinaran matahari, kulit anda akan mendapat keradangan atau kulit melepuh. Masalah kulit ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan tisu kulit. Sel-sel imun untuk menyembuhkan kerosakan akan berkumpul di lokasi yang rosak dan menghasilkan sensasi terbakar. Kerosakan sel ini dianggap sebagai risiko pertama yang membawa kepada kanser kulit. Oleh itu, ramai orang terpaksa memakai pelindung matahari dan solekan lain untuk menutup permukaan kulit daripada matahari.

Solekan mineral menawarkan agen perlindungan matahari seperti titanium dioksida dan zink dioksida dalam krim asasnya. Jenis solekan ini dipilih oleh ramai wanita kerana kesannya. Walaupun pelindung matahari organik yang lain menyerap sinaran UV, solekan mineral adalah mineral bukan organik yang berfungsi dengan melantunkan sinaran UV daripada kulit. Walau bagaimanapun, solekan mineral semata-mata tidak dapat memberikan perlindungan matahari yang cukup untuk kulit. Oleh itu, anda perlu menggunakan solekan mineral di samping pelindung matahari yang lain dengan kadar SPF yang tinggi (atas 35). Solekan mineral menawarkan faedah terbaik apabila anda menggunakannya sebagai lapisan di atas produk pelindung matahari.

Bagi mereka yang telah bertarung dengan kanser kulit dan mempunyai beberapa kesan luka, solekan mineral boleh membantu anda menutupnya dengan sempurna tanpa perlu risau akan kesan sampingann. Mengatasi kanser kulit memang mencabar lebih-lebih lagi jika ada parut yang tinggal yang menyebabkan tekanan, terutamanya dengan wanita. Mujurlah, berbanding dengan produk konvensional lain di pasaran, solekan mineral mengandungi faktor perlindungan matahari pada kadar minimum 15 untuk melindungi dan menyembunyikan bahagian kulit anda yang terjejas. Walaupun banyak bedak asas lain juga boleh menyembunyikan parut dengan sempurna, ia juga boleh menyebabkan kesan parut lebih gelap berbanding permukaan kulit yang lain di badan. Dengan bahan semula jadi dalam solekan mineral, tona solekan mineral yang lebih cerah dapat membantu mengurangkan hiperpigmentasi.

Dengan memilih produk solekan yang sihat seperti solekan mineral, kulit anda tidak akan terus mengalami kerosakan lanjut. Anda boleh gunakan dengan kombinasi bersama pelindung matahari. Ini akan menjadi perlindungan yang berkesan daripada matahari serta melindungi tanda yang tidak diingini dengan selamat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mak Buyung Gemar Bermekap? AWAS! Ada Kandungan BAHAYA Dalam Alat Solek PATUT Dihindari

    Sesetengah wanita hamil akan menggunakan alat solek bagi menutupi wajah yang kusam. Tapi bukan semua mekap sesuai untuk digunakan ibu mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Bagaimana jika anda mengetahui masalah kesihatan yang cenderung untuk dialami diri? Buat kaum lelaki, ini risiko kesihatan patut diberikan perhatian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

    Berkelah dan berjemur di pantai pastinya aktiviti kesukaan ramai individu. Namun, bagi wanita mengandung, wujud kesan bahaya yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Tahap keterukan keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Namun, itu tidak bermakna anda boleh mengambil mudah akan keadaan-keadaan kulit yang lazim. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 26/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    radiasi matahari

    AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    prosedur kulit tan

    Orang Barat Anggap Kulit Tan Itu Cantik, Tapi Selamat Ke Jika Lakukan Prosedur Gelapkan Kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan melanoma

    Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    kulit berjerawat pakai makeup

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan