Bagaimanakah Sepatutnya Memanfaatkan Usia 20-an Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semua orang mengatakan bahawa usia 20-an adalah tempoh masa eksperimen atau percubaan, yang mana anda mungkin melakukan kesilapan dan menjalani kehidupan dengan sedikit komitmen dan tanggungjawab. Malah, pada usia ini juga anda sebenarnya sedang membentuk diri anda pada masa hadapan dan sepanjang hayat.

Baca artikel ini untuk membantu anda melalui fasa 20-an.

1. Belajar menerima dan menyayangi diri anda

Dengan kata lain, tunjukkan sedikit belas kasihan terhadap diri sendiri. Para saintis mengatakan bahawa ia boleh membuatkan anda lebih berjaya kerana anda belajar daripada salah faham anda, bukan hanya menghukum diri.

2. Bina kemahiran asas kehidupan

Walau apa pun bidang kerjaya yang anda cari atau inginkan, terdapat kemahiran asas tertentu yang akan membantu anda berjaya. Kita semua perlu belajar cara menangani ketidakpastian, tekanan dan kebimbangan. Anda juga mesti belajar cara untuk bangkit dan mempertahankan diri apabila perlu. Selain itu, belajar menjadi pendengar yang baik, bukannya terus membuat kesimpulan.

3. Ambil risiko

Dalam usia 20-an, anda masih awal dalam kerjaya dan kehidupan. Ini mungkin masa terbaik untuk mengambil pelbagai kepercayaan dan mempelajari sesuatu perkara walaupun berdepan dengan kesukaran. Jika melepasinya, anda berjaya. Sekiranya gagal, anda mempunyai cerita yang hebat dalam 40-an anda. Pada fasa 20-an ini, anda mempunyai semua tenaga, keberanian dan semangat yang diperlukan untuk bangkit semula. Selain itu, anda tidak akan takut untuk gagal.

4. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Dalam era media sosial, adalah cenderung membuatkan anda berasa rendah diri jika mengetahu rakan anda akan berkahwin, mempunyai anak, dan menjalani kehidupan mewah. Perlu diketahui bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan sendiri. Keadaan ini menyebabkan anda menyakiti diri sendiri.

Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa membandingkan diri anda dengan orang lain adalah sia-sia. Ini kerana, dari luar, orang boleh kelihatan lebih bahagia dan kurang bermasalah daripada apa yang sebenarnya.

5. Belajar menguruskan wang

Perkara penting yang sering diabaikan oleh kebanyakan golongan muda adalah pengurusan kewangan. Keadaan kewangan boleh mempengaruhi kehidupan anda sekarang dan selama beberapa dekad akan datang.

Belajar untuk merancang dan mengawal perbelanjaan anda. Tetapkan matlamat kewangan untuk diri sendiri, seperti jumlah simpanan tetap. Ini akan membantu anda membina kestabilan kewangan, yang merupakan asas kepada kejayaan masa depan anda.

6. Seimbangkan diri anda

Pada usia 20-an, anda cenderung untuk bekerja keras dan maju di dalam kerjaya, tetapi dalam masa sama sudah pasti anda mahu kehidupan yang menyeronokkan. Ia tidak menjadi kesalahan untuk anda bersosial selepas menghabiskan masa dengan kerjaya anda. Anda perlu mencari cara untuk memulihkan minda dan tubuh mencapai kejayaan dan kepuasan secara peribadi dan profesional. Dalam masa sama tekankan juga kesihatan mental dan fizikal anda, dan dapatkan keseimbangan yang berfungsi untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ehem! Ini 7 Tanda Anda Tertarik Secara Seksual Dengan Seseorang, Tak Payah Sorok Memang Nampak!

    Setiap orang pasti pernah mengalami tekanan seksual terhadap seseorang. Ingin tahu lebih lanjut mengenai perkara ini? Jom baca artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/11/2019 . 4 minit bacaan

    Individu Narsisis Lebih Rintang Kemurungan – Kajian

    Menurut penilaian 3 kajian berbeza berkaitan dengan ciri-ciri personaliti, narsisis jenis grandiose didapati memiliki kekuatan mental yang lebih teguh.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Dalam Keadaan Kekurangan, Diskriminasi Berlaku Lebih Cepat – Kajian

    Menurut kajian yang oleh Cornell University, diskriminasi dan tingkah laku bias lebih mudah berlaku apabila berada dalam keadaan kekurangan atau kegawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Anda Suka Body Shaming Individu Lain? STOP IT!

    Sikap suka menyindir bentuk badan seseorang perkara selalu berlaku. Tahukah anda, perbuatan tidak bermoral itu menyebabkan keyakinan diri individu pudar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/09/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pakar psikiatri

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    pentingkah-hubungan-asmara-kepada-setiap-pasangan

    Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    kawan

    Nak Tambah Kawan? Ikuti 10 Trick Psikologi Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 minit bacaan