backup og meta

Bagaimana Mencerahkan Kulit Secara Semula Jadi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    Bagaimana Mencerahkan Kulit Secara Semula Jadi

    Selain senyuman menawan, muka bujur dan rambut panjang, kulit cerah secara semula jadi  juga senjata wanita. Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya jika terdapat sebarang cara untuk mencerahkan kulit mereka secara semula jadi. Jika anda salah seorang daripada mereka, bacalah artikel ini.

    Pelan pemakanan sihat

    Gaya hidup yang sihat dengan pemakanan yang baik adalah salah satu penyelesaian utama untuk mendapatkan kulit cerah secara semulajadi. Makanan-makanan yang digalakkan termasuklah:

    Lobak merah

    Lobak merah mengandungi sejumlah besar Vitamin C dan karotena yang mempunyai banyak manfaat kepada kulit dan rambut. Untuk mendapatkan kulit sempurna, anda perlu makan lobak merah atau minum jus lobak merah dengan kerap.

    Tomato

    Sayur merah dan berjus ini adalah sumber besar lycopene. Tomato juga boleh membantu mengurangkan berat badan dan mencegah kanser.

    Ubi bit (Beetrot)

    Sayur merah ini memang kaya dengan vitamin dan zat besi. Ia membantu meningkatkan aliran darah, dan menonjolkan rona merah jambu pada pipi.

    Teh

    Teh hijau adalah minuman herba yang boleh membantu kulit anda kerana ia adalah antioksidan yang terkenal dengan fungsi anti-penuaan dan memerangi radikal bebas.

    Cili kembung (bell pepper) kuning

    Makanan jenis ini merupakan makanan mesra kulit yang kaya dengan vitamin C. Cili kembung membantu anda mendapatkan kulit berseri dan cantik.

    Minyak zaitun

    Penyelidikan pada tahun 2012 dalam jurnal PLOS ONE mendapati bahawa penggunaan minyak zaitun lebih tinggi pada setiap hari (lebih kurang 8.4 gram atau 2 sudu teh / hari) akan menjadikan kulit anda lebih baik berbanding dengan mereka yang menggunakan kurang daripada 3.8 gram.

    Rawatan sampingan

    Terdapat juga beberapa rawatan sampingan untuk mencerahkan kulit.

    Menggunakan lemon

    Campur 1 sudu besar (14.8 ml) jus lemon,1 sudu jus tomato, 1 sudu besar jus timun, dan 1 sudu besar (14.8 ml) pes cendana. Sapukan kepada kulit kemudian biarkan selama 15-20 minit. Bilas muka dengan air suam dan sapukan pelembap.

    Berhenti merokok

    Merokok menjadikan kulit anda menjadi lebih tua. Minta suami atau rakan sebilik anda untuk berhenti merokok selama-lamanya. Jika mereka ingin merokok, minta mereka untuk mencari tempat lain.

    Minum air

    Cuba minum 6 atau 8 cawan air mineral untuk hasil yang terbaik.

    Pakai pelindung matahari setiap hari

    Matahari dengan sinaran UV negatif boleh memberi kesan kepada kulit anda mahupun membawa kepada kanser kulit. Oleh itu, sebelum keluar, anda perlu melindungi kulit anda daripada sinaran UV dengan memakai pelindung matahari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan