backup og meta

7 Bahan Anti-Penuaan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    7 Bahan Anti-Penuaan

    Penuaan adalah proses semula jadi manusia yang akan dialami oleh semua orang. Ia bukan satu penyakit berbahaya untuk tubuh manusia tetapi ia boleh menghalang daripada aktiviti fizikal atau memberi kesan kepada penampilan seseorang. Selain disebabkan masa, penuaan juga disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan diet dengan terlalu banyak gula. Oleh itu, terdapat beberapa bahan-bahan yang boleh mengurangkan proses penuaan untuk anda.

    Kumpulan vitamin B

    Vitamin B biasanya digunakan dalam produk penjagaan kulit. Ia berfungsi untuk mencegah penuaan dengan menukarkan makanan kepada tenaga untuk menyokong proses badan yang amat penting. Menurut NIA, ia adalah satu zat yang penting untuk kulit sihat dan tegas. Vitamin B juga hidrat kulit dan menyembuhkan kulit yang rosak. Oleh itu, anda perlu memilih produk anti-penuaan yang mengandungi sekumpulan vitamin B dan membekalkannya lebih daripada makanan seperti pisang.

    Antioksidan

    Antioksidan adalah gabungan pelbagai bahan anti-penuaan yang terbaik: Vitamin A, C, dan E, glutathione, selenium, ekstrak teh hijau, ekstrak soya, ekstrak biji anggur, ekstrak buah delima, superoxide dismutase, bête-karotena, … Produk penjagaan kulit anti- penuaan yang mana mengandungi antioksidan boleh menenangkan tekanan dan kulit merah. Ia juga memperbaiki permukaan kulit dan melindungi kulit daripada persekitaran harian memberi kesan.

    Koenzim Q10

    Ia adalah satu antioksidan berkesan dan kuat yang boleh mewujudkan satu asas untuk kulit kelihatan muda. Menyediakan koenzim Q10 untuk kulit boleh mengekalkan tisu elastik dan kolagen untuk membentuk kulit. Krim topikal kaya koenzim Q10 untuk badan.

    Peptida

    Peptida adalah rantaian pendek asid amino yang membina protein kemudian meningkatkan jumlah kolagen. Akibatnya, peptida merupakan faktor penting dalam produk penjagaan kulit anti-penuaan untuk mewujudkan kulit yang sihat.

    Minyak ikan

    Mengandungi jumlah omega-3 asid lemak yang tinggi , minyak ikan bukan juga membawa manfaat untuk jantung tetapi juga memperbaiki sistem otot. Sakit sendi, arthritis, dan penyakit kulit yang kronik boleh dirawat dengan berkesan. Selain itu, minyak ikan boleh menyokong kesihatan otak, yang boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer dalam kalangan warga emas.

    Kacang

    Jumlah lemak tak tepu yang tinggi dalam kacang boleh mencegah pengoksidaan pada kulit dan juga sel-sel badan. Ia boleh menggalakkan jantung yang kuat dan mencegah kanser. Selain itu, mineral dan fitokimia lain (termasuk antioksidan) boleh memanjangkan usia.

    Hormon (Testosteron)

    Hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar yang membolehkannya beredar melalui darah. Apabila hormon menemui sel yang bersesuaian, ia boleh mengarahkan sel untuk menghasilkan lebih banyak protein atau enzim.

    Testosteron adalah sokongan hormon seks untuk mengawal jisim tulang, pengedaran lemak, kekuatan otot. Ia bukan satu hormon tertentu untuk lelaki tetapi juga untuk wanita. Walau bagaimanapun, testosteron adalah lebih penting bagi lelaki daripada wanita.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan