backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/11/2021

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.

    Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimun kronik, yang menjejaskan kulit. Ia berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang akan mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit.

    Kitaran yang cepat ini akan menyebabkan sel terkumpul pada kulit sehingga menjadi tebal.

    Namun, bolehkah anda merawat penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu?

    Ya, merawat psoriasis dibenarkan semasa mengandung atau menyusu. Namun, individu wanita mesti mengelakkan beberapa jenis rawatan kerana ia boleh membahayakan bayi.

    Bagaimana penyakit psoriasis mempengaruhi kehamilan?

    Mempunyai penyakit psoriasis tidak akan menghalang anda untuk hamil serta mempunyai bayi yang sihat.

    Tahukah anda, kehamilan sebenarnya boleh memberikan ‘waktu rehat’ selama 9 bulan kepada segelintir wanita daripada terus menderita penyakit kulit ini? Menarik bukan!

    Sekiranya gejala-gejala anda tidak reda semasa hamil, pencarian rawatan bagi merawatnya boleh menjadi satu cabaran.

    Ini kerana, sebilangan ubat yang mungkin anda perlukan untuk mengawal penyakit tersebut mungkin tidak selamat untuk bayi anda.

    Pun begitu, penyakit psoriasis tidak akan mempengaruhi kemampuan wanita untuk hamil. Psoriasis belum pernah dikaitkan dengan sebarang kecacatan kelahiran atau keguguran.

    Satu kajian dalam Jurnal Akademi Dermatologi Amerika mendapati wanita dengan masalah psoriasis yang teruk lebih cenderung mempunyai bayi dengan berat lahir lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyainya.

    Namun, kebimbangan terbesar semasa kehamilan adalah ubat yang digunakan untuk merawat psoriasis.

    Sekiranya diberikan ubat-ubatan yang tidak sesuai, ia boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan kelahiran, dan perlu dielakkan.

    Ubat-ubatan apa yang harus dihindari semasa hamil?

    Bagi yang mempunyai penyakit ini, cuba jauhkan atau hadkan penggunaan ubat-ubatan yang disenaraikan di bawah.

    Ubatan berikut masih belum diketahui dengan baik untuk menentukan sama ada ia selamat digunakan semasa mengandung ataupun tidak:

    • Rawatan topikal, seperti coal tar dan tazarotene (Tazorac)
    • Ubat biologi, seperti adalimumab (Humira), etanercept (Enbrel), dan infliximab (Remicade)

    Jauhilah ubat-ubatan ini yang terbukti tidak selamat untuk bayi anda:

    • Methotrexate (Trexall) dikaitkan dengan keguguran, sumbing, dan kecacatan kelahiran yang lain. Ubat ini juga dapat menyebabkan masalah kromosom, baik lelaki dan wanita harus berhenti meminumnya sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berusaha untuk hamil.
    • Retinoid oral seperti acitretin (Soriatane) boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, terutama ketika digunakan pada trimester pertama kehamilan.

    Penyakit psoriasis dan ibu menyusu

    Hormon selepas bersalin ditambah dengan penyakit psoriasis yang teruk mampu mempengaruhi keyakinan si ibu.

    Si ibu yang sedang menyusu dan mempunyai penyakit ini harus diberikan sokongan emosi dan fizikal sepenuhnya oleh orang sekeliling.

    Para doktor boleh galakkan bakal ibu dengan menerangkan bagaimana keadaannya mempengaruhi kehidupan seharian, dan bantu individu tersebut dalam membuat rancangan penjagaan selepas bersalin yang realistik.

    Seorang ibu mungkin bimbang untuk mendedahkan tubuhnya ketika menyusu, sekiranya mempunyai masalah kulit seperti luka, kulit bersisik, atau lepuh.

    Sekiranya si ibu mengalami masalah arthritis di tangan, dia boleh mencuba posisi bola sepak dengan kakinya dibengkokkan di lutut atau disandarkan untuk mengangkat kepala bayi ke paras payudara.

    Cara lain adalah dengan menggunakan bantal penyusuan yang rata di atas meja rendah, atau bahkan berdiri di atas kaunter tinggi agar mampu menyokong badan bayi.

    Ubat psoriasis yang boleh digunakan oleh wanita menyusu

    menyusu badan

    Tidak lama selepas melahirkan anak, kebanyakan wanita mendapati penyakit psoriasis mereka semakin mengurang.

    Malahan, ramai yang bertanya kepada pakar dermatologi mereka apa rawatan yang dapat digunakan semasa menyusu.

    Ini boleh menjadi soalan sukar untuk dijawab. Tidak ada kajian mengenai ubat apa yang masuk ke dalam susu ibu.

    Apa yang kita ketahui hanyalah datang daripada laporan bayi mengalami masalah ketika ibu menyusu menggunakan rawatan psoriasis.

    Bagi ibu yang menyusu, ubat-ubatan berikut dianggap sebagai pilihan paling selamat:

    • Kortikosteroid yang boleh digunakan pada kulit anda

    Pendedahan bayi terhadap ubat ini adalah minimum. Sekiranya anda menggunakan ubat kortikosteroid yang kuat, elakkan menggunakannya pada atau dekat puting payudara.

    Jika ia berlaku, seseorang bayi boleh mengalami tekanan darah tinggi dari ubat kortikosteroid kuat yang disapu pada puting.

    • Calcipotriene: Ini adalah ubat berbentuk vitamin D buatan manusia yang digunakan pada masalah psoriasis.

    Sekiranya ia termasuk dalam rancangan rawatan anda, pastikan pakar dermatologi anda memberikan dos yang dianggap selamat.

    • Fototerapi: 2 jenis fototerapi, UVB jalur sempit dan UVB jalur lebar, boleh digunakan semasa menyusu.

    Masih tidak ada laporan mengenai fototerapi UVB yang membahayakan bayi yang menyusu badan.

    Cara-cara melindungi bayi anda

    Sebaik sahaja anda memutuskan untuk hamil dan mempunyai penyakit psoriasis, berbincanglah dengan OB-GYN dan pakar dermatologi anda.

    Anda juga mungkin perlu mengurangkan atau tidak mengambil sesetengah jenis ubat selama beberapa minggu atau bulan sebelum mula hamil.

    Selain itu, cuba atasi penyakit anda sebelum hamil. Oleh itu, anda tidak akan mengalami masalah dan memerlukan ubat semasa kehamilan.

    Di samping itu, maklumkan doktor kulit atau rheumatology anda mengenai kehamilan sehingga ubat dapat disesuaikan jika diperlukan.

    Pun begitu, keputusan untuk merawat psoriasis semasa hamil atau menyusu adalah keputusan peribadi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan