Panduan Berpuasa Bagi Warga Emas

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila seseorang sudah lanjut usia, banyak perkara yang membimbangkan kesihatan fizikalnya semasa berpuasa di bulan Ramadan. Seharusnya hal ini tidak perlu dirisaukan jika mereka masih boleh mengekalkan berat badan,kekal aktif, serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan tubuh. Sila baca artikel ini untuk mendapatkan tip kekal sihat dan bertenaga semasa bulan ramadan.

Tip berpuasa bagi warga emas

Menurut National Resource Center on Nutrition, Physical Activity and Aging, 1 daripada 4 orang tua di dunia tidak mendapatkan nutrisi yang cukup setiap hari. Apatah lagi jika menjalankan ibadah puasa, malnutrisi pada warga emas berisiko menyebabkan berat badan terlebih atau terkurang. Hal ini dapat melemahkan otot dan tulang.

Bagi memenuhi keperluan nutrisi warga emas, adalah disyorkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan serat, vitamin, mineral, dan nutrisi lain. Hadkan makanan yang mengandungi gula yang diproses tinggi, lemak, dan garam. Warga emas mungkin juga perlu menyesuaikan cara berpuasa untuk mencegah keadaan kesihatan yang buruk. Berikut merupakan tip dan pengambilan yang harus diperhatikan:

1. Fokus pada makanan berkhasiat

Seiring bertambahnya usia, keperluan kalori warga emas mungkin akan menurun, sementara keperluan nutrisinya tetap sama atau boleh jadi meningkat. Mengambil makanan kaya nutrisi akan membantu orang tua mendapatkan vitamin, mineral, protein, karbohidrat, dan lemak yang diperlukan. Beberapa contoh makanan kaya dengan nutrien yang boleh dimakan:

  • Sayuran dan buah-buahan
  • Kekacang dan biji-bijian
  • Susu rendah lemak
  • Makanan berprotein tanpa lemak
  • Hadkan makanan yang tinggi kalori, namun rendah nutrisi. Contohnya, tidak makan makanan bergoreng semasa berbuka puasa dan tidak mengambil makanan dan minuman manis yang mengandungi gula.

2. Makan makanan berserat

Serat sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memastikan sistem penghadaman yang sihat. Untuk mengelakkan sembelit dan masalah lain, sajikan makanan kaya serat pada setiap makanan sahur dan berbuka. Selain itu, serat larut sangat penting untuk menjaga kadar kolesterol sihat bagi para ibu bapa. Contoh, anda boleh mengambil bubur gandum, kekacang dan buah-buahan semasa waktu sahur.

3. Minuman suplemen

Apabila warga emas berpuasa, mungkin sedikit sukar untuk mendapatkan nutrisi disebabkan pola dan jam makannya yang berubah. Sebaiknya, tanyakan kepada doktor atau ahli nutrisi perihal perlu atau tidaknya mengambil suplemen vitamin atau mineral, seperti kalsium, vitamin D, magnesium, atau vitamin B-12.

Vitamin- vitamin tertentu ini, sering kali kurang diserap atau tidak diambil dengan cukup oleh warga emas. Namun, beberapa suplemen boleh mengganggu jika seseorang sedang menjalani rawatan tertentu. Tanyakan kepada doktor atau ahli farmasi mengenai potensi kesan sampingan, dan dos sebelum mengambil suplemen.

4. Minum air yang cukup

Biasanya warga emas tidak sedar diri mereka kekurangan air. Apabila ibu bapa anda sedang berpuasa, pastikan mereka minum air atau cecair sihat lain secukupnya. Usahakan juga untuk minum lapan gelas atau 2 liter air setiap hari. Mineral dan air juga boleh didapati dari minuman seperti jus, teh, sup, atau bahkan buah dan sayur-sayuran yang mengandungi air.

5. Bersosial

Selain memenuhi keperluan fizikal, keperluan dan kebahagian mental semasa berpuasa juga harus dipenuhi. Cuba lakukan interaksi sosial dengan bersahur atau berbuka bersama ahli keluarga, berbual bersama kawan seusia, dan aktiviti-aktiviti sosial yang lain. Dengan adanya interaksi sosial, warga emas boleh menjadikan ibadah puasa suatu hal yang menyenangkan, dan bukan menjadi beban atau sekadar menahan rasa lapar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan