Tips Menjadikan Majlis Keraian Seronok dan Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Anda boleh makan secara sihat dan kekal aktif secara fizikal semasa parti dan acara yang menyeronokkan. Majlis keraian sosial yang hebat mudah dianjurkan apabila makanan lazat dan sihat dari semua kumpulan makanan dihidangkan dalam persekitaran yang aktif menyeronokkan. Apa yang paling penting adalah fokus untuk menikmati majlis bersama kawan dan keluarga.

Tips mengadakan majlis keraian yang sihat

Sediakan makanan supaya kelihatan seperti suasana berpesta

Potong sayur-sayuran ke dalam bentuk baru, hiasi piring dengan buah-buahan yang menarik dan berwarna-warni, atau taburkan hirisan kacang badam atau daun bawang untuk memeriahkan hidangan yang kelihatan biasa.

Hidangkan minuman penghilang dahaga yang menyenangkan

Buat ais kiub yang menyeronokkan dari 100% jus atau tambah hirisan buah untuk membuat air kelihatan lebih menarik. Sediakan “float” dengan menambah serbat buah ke air berkarbonat (seltzer)

Pastikan setiap bahagian keraian melibatkan pergerakan

Menjadi aktif secara fizikal akan membuatkan semua orang merasa segar. Menari, bergerak, bermain permainan yang aktif, menggoyangkan badan, dan ketawa menambah keseronokan dalam mana-mana majlis keraian. Berjalanlah secara berkumpulan di sekitar kawasan kejiranan selepas makan, tanpa terus berbaring di sofa!

Promosikan tabiat yang sihat supaya menjadi ikutan anak-anak

Orang dewasa perlu menunjukkan contoh yang baik sejak awal lagi untuk anak-anak. Perlu diingat bahawa kanak-kanak cenderung mengikuti apa yang orang dewasa di sekeliling mereka lakukan – walaupun semasa di parti.

Membeli belah secara bijak untuk makan secara bijak

Jimatkan wang dengan menghidangkan makanan yang sesuai dengan bajet anda. Beli produk yang sedang dalam musimnya kerana kosnya kurang dan rasanya lebih baik. Rancang terlebih dahulu dan beli makanan dalam jualan murah.

Cuba beberapa resepi yang lebih sihat

Cari cara untuk mengurangkan gula, garam dan lemak semasa anda menyediakan resepi percutian kegemaran anda. Hidangkan buah-buahan yang manis bukannya makanan pencuci mulut yang banyak, dan cuba gunakan herba segar atau kering sebagai penambah perisa dalam hidangan anda.

Permudahkan segalanya

Jemput orang lain untuk turut menyertai dengan menyumbangkan mana-mana hidangan, membantu dengan aktiviti pembersihan, atau memastikan anak-anak anda kekal aktif dan bergerak. Ingatlah bahawa anda ingin menjadi sihat dan bahagia dan fokus ke arahnya – jangan tertekan!

Makanan yang paling sihat untuk parti

Bruschetta

Ia adalah salah satu makanan parti yang paling mudah untuk disediakan: Letakkan dengan campuran tomato, minyak zaitun, bawang putih dan basil di atas roti Itali – dan hasilnya – bruschetta anda sudah siap! Dan walaupun sekeping roti tersebut tidak menghasilkan banyak nilai pemakanan, percampuran tomato dan minyak zaitun menunjukkan nilai pemakanan yang tertinggi untuk pencegahan penyakit. Tomato mengandungi lycopene, antioksidan yang kuat untuk mencegah kanser dan penyakit jantung.

Salmon Salai di atas Roti Bakar

Dalam satu perkataan: omega-3. Asid lemak penting ini hanya terdapat dalam beberapa makanan, dan salmon adalah salah satu sumber yang sangat kaya dengan Omega-3. Ia membantu mengekalkan tekanan darah, mengekalkan paras kolesterol yang sihat, menghindari penyakit jantung, dan jika itu tidak mencukupi, ia memberikan anda kulit yang sihat dan bersinar.

Salsa

Sekiranya anda mempunyai beberapa pilihan untuk sos celup, salsa ini pasti sentiasa menjadi pilihan utama anda. Gracias Mexico, kerana menyumbangkan makanan jejari yang sangat lazat ini sebagai makanan koktel ke seluruh dunia, dan memberikan pilihan yang sihat untuk mereka yang sangat mementingkan kiraan kalori. Bahan-bahan utama dalam Salsa – tomato, lada, dan jus limau – semuanya mengandungi vitamin A dan C, sarat dengan serat, dan kalori rendah.

Guacamole

Avokado memainkan peranan utama dalam guacamole, itulah sebabnya ia kaya dengan lemak yang sihat dan nutrien berharga seperti beta-sitosterol, sterol tumbuhan semulajadi yang boleh mengurangkan tahap kolesterol jahat anda.

Koktel Udang

Kaya dengan protein dan rendah dalam lemak dan kalori, krustasia kecil ini hanya boleh menjadi makanan pembuka selera di parti yang terbaik. Dengan hanya sedikit udang di atas pinggan anda, anda kurang cenderung makan makanan yang berlemak yang dihidangkan kepada anda, kerana protein membuat anda rasa kenyang lebih lama. Udang juga mengandungi mineral zink, yang jarang ditemui dalam makanan jejari, yang membantu menguatkan sistem imun.

Sayuran dan Sos Celup

Berikut adalah strategi paling selamat untuk mengunyah semasa dalam parti: muatkan tiga perempat pinggan anda dengan sayuran dari piring crudite. Anda akan menjadi sibuk mengunyah karotenoid, yang merupakan sumber vitamin A yang kuat, sehingga anda lupa bahawa anda sedang bertambah sihat. Dan inilah bonusnya: Anda tidak perlu sepenuhnya meninggalkan sos celup yang lemak berkrim itu. Kajian menunjukkan bahawa menambahkan sedikit lemak ke sayuran anda membantu badan menyerap nutrien dalam pilihan makanan sihat anda.

Kebab Ayam

Pilihlah makanan berlidi itu – yang dicucuk dengan ayam sebagai pilihan sihat anda. Daging ayam yang diinspirasikan oleh selera Asia sebagai pembuka selera ini biasanya tidak berkulit dan dipanggang. Oleh yang demikian, ia mengandungi sedikit kalori atau lemak. Selain itu, perasa yang paling popular adalah sos teriyaki, yang dituang ke atas daging ayam tersebut dalam kuantiti yang kurang daripada satu sudu teh gula.

Sushi

Potongan-potongan salmon atau tuna di dalam sushi kaya dengan omega-3 yang sering didambakan, bahkan sushi tanpa ikan juga mengandungi sepotong timun atau sayur-sayuran lain yang sihat. Nasi dibalut dengan rumpai laut yang dipanggil nori, juga berkhasiat, kerana ia mengandungi mineral dari laut.

Buah dan Keju

Wanita memerlukan 1000mg kalsium sehari, yang memberikan lebih banyak alasan untuk memilih keju. Satu atau dua ketulan keju cheddar akan memberi anda kira-kira 120mg kalsium, tetapi ia juga menambah lemak dan kalori, jadi jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak. Keju keras seperti cheddar menghasilkan lebih banyak kalsium – dan lebih banyak kalori – berbanding keju lembut seperti brie atau kambing. Untuk buah, pilihlah strawberi, nanas, atau kiwi untuk mendapatkan tambahan vitamin C dan peningkatan sistem imun.

Kacang Campuran

Melainkan campuran kacang yang dipanggang dengan madu (dan oleh itu disalut dengan gula), anda boleh mempertimbangkan pengambilan kacang. Mengambil beberapa sudu kecil kacang boleh memberi anda vitamin, serat, dan protein yang baik untuk memastikan anda kenyang. Jika anda mendapati ada biji bunga matahari atau biji labu, maka ia lebih baik – kedua-duanya kaya dengan vitamin E, yang baik untuk peredaran darah, kulit, dan juga sindrom pra haid.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Bagi mereka yang tidak menunjukkan tanda-tanda kanser, terdapat pelbagai jenis langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi memastikan risiko barah kekal rendah. Kanser kolorektal merupakan kanser ketiga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Pesakit kanser usus akan menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan kanser yang dialami. Antara rawatan yang dilakukan ialah kemoterapi dan pembedahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan cinta

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna darah haid

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mendapatkan anak kembar

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan