Daging ikan adalah salah satu daripada menu makanan yang paling sihat dan juga popular di seluruh pelosok dunia, termasuklah di Malaysia.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Daging ikan adalah salah satu daripada menu makanan yang paling sihat dan juga popular di seluruh pelosok dunia, termasuklah di Malaysia.
Ini kerana daging makanan laut ini adalah sangat tinggi kandungan nutrisi seperti protein dan lain-lain yang perlu ada dalam diet seharian.
Terbaharu, telah muncul pula satu trend di mana snek kulit ikan yang menjadi kudapan dan sering menjadi carian masyarakat kita.
Persoalannya, adakah snek ini sihat? Jom kita semua ikuti artikel ini.
Ya, daging ikan adalah biasa kita dapat lihat dan dengar dijadikan sebagai menu masakan, namun bagaimana pula dengan kulitnya?
Walaupun sering diabaikan, ia kini telah menjadi terkenal ekoran ramai pengusaha yang menjadikannya sebagai snek untuk kudapan.
Buat anda yang tertanya-tanya, ia memang boleh dimakan namun perlu berwaspada kerana ada jenis ikan yang sangat tinggi kandungan merkuri.
Berikut adalah contoh jenis ikan dengan kandungan tinggi merkuri yang bahaya untuk dimakan:
Jadi, snek kulit ikan itu memang boleh dimakan (asalkan bukan daripada jenis ikan di atas). Persoalannya adakah ia mempunyai manfaat?
Secara umumnya, kalian perlu tahu bahawa kulit ikan itu mengandungi beberapa nutrisi termasuklah:
Menurut Dr. Irine Putri, daging dan kulit ikan itu sememangnya boleh dimakan bahkan tinggi dengan pelbagai kandungan nutrisi.
Berikut merupakan beberapa manfaat kesihatan yang dipercayai boleh didapati melalui pengambilannya:
Pun begitu, ada beberapa jenis ikan yang tinggi kandungan merkuri dan harus dielakkan daripada dimakan ya?
Dalam pada itu, kulit ikan yang dijadikan snek juga mungkin perlu dielakkan ekoran beberapa faktor tertentu!
Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu bahawa tiada salahnya untuk kita memakan daging dan kulit makanan laut ini kerana ada banyak manfaatnya.
Namun, sila awas ya kerana pengambilan snek kulit ikan ini mempunyai beberapa mudarat yang disebabkan oleh cara penyediaannya.
Buat anda yang belum tahu, snek ini dimasak dengan cara digoreng dan disalut dengan serbuk telur yang kemudiannya digaul dengan pelbagai serbuk perasa dan perisa.
Ia mungkin akan membuat snek tersebut lebih sedap namun tidak sihat jika diambil ekoran kehadiran pelbagai bahan perasa dan perisa yang tidak bagus.
Akibatnya, snek ini akan tinggi kandungan garam yang ternyata boleh menyebabkan darah menjadi pekat lantas meningkatkan tekanan darah anda.
Dalam pada itu, ketahuilah juga bahawa segala makanan yang bergaram wajar dielakkan oleh penderita kondisi tekanan darah tinggi, buah pinggang, strok dan jantung.
Daripada penerangan di atas, dapatlah kita konklusikan di sini iaitu snek kulit ikan bukanlah satu kudapan yang sihat ekoran cara penyediaannya.
Meskipun pada umumnya kulit ikan itu bagus, kehadiran pelbagai perasa dan perisa akan menyebabkan ia menjadi tinggi kandungan garam.
Ia sekali gus menjadikannya tidak bagus terutamanya buat penderita penyakit kronik.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
Secara ringkasnya, Public Health Malaysia telah menyimpulkan bahawa snek ini:
Namun, tidaklah kami melarang terus anda daripada mengambilnya ya? Ia boleh dimakan namun dalam kuantiti yang sedikit sahaja!
Sebaiknya, kalian mungkin perlu beralih kepada alternatif kudapan atau snek yang lebih sihat bagi kesihatan tubuh badan anda juga.
Selain snek kulit ikan ini, anda mungkin boleh ambil snek yang lebih sihat seperti:
Harus diingatkan bahawa senarai yang kami telah nyatakan di atas ini hanyalah sekadar cadangan berdasarkan kandungan nutrisi yang wujud.
Sebaiknya, sila dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan mengenai snek yang terbaik untuk diambil oleh anda bagi menggantikan kulit ikan tersebut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen