Manfaat Air Kelapa di Bulan Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jika anda perasan air kelapa mendapat permintaan tinggi setiap kali Ramadan. Buktinya, cuba anda berkunjung ke bazar pada lewat petang sudah pasti anda hanya melihat balang kosong sahaja. Ingin tahu mengapa air kelapa menjadi rebutan? Baca artikel ini.

Apakah itu air kelapa?

Secara semula jadi ia menyegarkan dan mempunyai rasa manis. Ia mengandungi karbohidrat mudah dicerna dalam bentuk gula dan elektrolit. Tidak boleh dikelirukan dengan santan atau minyak lemak tinggi, air kelapa adalah cecair yang jernih di tengah buah yang diambil daripada kelapa muda dan hijau.

6 sebab anda perlu berbuka puasa dengan air kelapa

Menggalakkan hidrasi

Bahan yang terkandung dalam air kelapa sangat berkesan menghidratkan tubuh manusia. Seharian berpuasa tanpa mengambil apa-apa makanan, tubuh kehilangan cecair yang kaya dengan mineral. Jadi air kelapa adalah minuman terbaik semasa berbuka puasa kerana mengandungi 294 mg kalium dan 5 mg gula semula jadi setiap gelas.

Merendahkan tekanan darah

Satu kajian pada tahun 2005 mendapati bahawa apabila subjek diberikan air kelapa selama dua minggu, tekanan darah sistolik mereka adalah 71 peratus lebih rendah dan tekanan darah diastolik mereka adalah 29 peratus lebih rendah berbanding mereka yang minum air kosong.

Membantu proses pencernaan

Air kelapa mengandungi asid laurik yang boleh menyembuhkan keradangan serta mengawal keasidan perut. Ini kerana sepanjang berpuasa tanpa disedari asid perut meningkat akibat tidak menerima apa-apa makanan. Asid perut yang tinggi menyebabkan perut berasa sakit.

Mengurangkan kolesterol dan trigliserida

Satu kajian pada tahun 2006 mendapati bahawa tikus yang diberi air kelapa mempunyai peluang penurunan serangan jantung. Ia membantu mengurangkan jumlah trigliserida kolesterol total mereka, dan kolesterol LDL, khususnya kolesterol yang terdapat di dalam hati.

Menurunkan berat badan

Air kelapa adalah rendah kalori. Ia mengandungi pelbagai enzim bioaktif yang membantu pencernaan dan meningkatkan metabolisme lemak. Malah, air kelapa kaya dengan kalium, yang membantu mengimbangi natrium. Natrium yang berlebihan dalam badan cenderung menyebabkan pengekalan air, menyumbang kepada berat air. Oleh itu, air kelapa membantu menyingkirkan air berlebihan serta toksin dari badan anda.

Merawat sakit kepala

Sakit kepala semasa berpuasa adalah perkara biasa kerana badan tidak menerima sebarang cecair pada waktu siang. Ia juga boleh menyebabkan seseorang mengalami migrain. Oleh itu, air kelapa sangat membantu dalam membekalkan elektrolit ke badan dan meningkatkan penghidratan.

Air kelapa juga kaya dengan magnesium. Orang yang mengalami migrain selalunya mempunyai tahap magnesium yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa magnesium boleh membantu mengurangkan kekerapan serangan migrain.

Kuantiti meminum air kelapa?

Air kelapa boleh dinikmati sebagai minuman begitu sahaja atau digabungkan dengan produk cecair yang lain. Tiada peraturan tertentu mengenai jumlah yang perlu diminum setiap hari.

Air kelapa mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang luar biasa. Ia tidak sepatutnya menggantikan air kosong, tetapi boleh menjadi alternatif hebat untuk minuman lain yang rendah gula dan kalori.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: